"Awak buat apa dekat sini?" Ria bertanya seiring menggubah bunga yang ditempah oleh tunangnya..katanya untuk rakan sekerja yang nak bersara dah, maklumlah tunang dia ni cikgu. Muda lagi ya baru 28.
"Beli bunga lah..sambil-sambil tu melepas rindu dekat awak..hehe.." Tunangnya,Harith menjawab.
"Pandai je..oh ya, esok mak saya buat kenduri selamat sampai untuk angah, maklumlah dah lama tak balik, lepastu balik dengan nama seorang leftenan..tu mak nak buat kenduri..datang ye" Ria menghulurkan gubahan bunga tersebut kepada Harith, tanpa berlengah, Harith melakukan pembayaran.
"Tak tahu lagi lah, ci..cikgu Zufri ajak teman bawa murid-murid form 5 ke kursus SPM ni..kalau sempat abang datang ya.." Harith menjawab, selepas mengambil gubahan bunga,dia terus keluar tanpa berkata apa-apa, Assalamualaikum pun tak ada.
"Haih, ni mesti mood tak ok lagi.." Ria berpositif thinking. Dia kembali melakukan kerja seperti biasa, tanpa sedar dia teringatkan lelaki tadi.
"Bila lah dia nak datang bayar..." Ria mengambil barang-barang yang baru dan dibawa ke tempat gubahan bunga. Bosan sebab tiada pelanggan.
[BUNGA]
Xavier memandang jam yang diletakkan diatas meja miliknya. Jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Apabila Xavier memandang bouquet bunga yang terletak diatas sofa, dia teringat akan bayaran yang belum dia lunaskan. Dia bergegas bangun dan mengambil kunci kereta seiring mengambil bouquet bunga tersebut untuk dibawa kerumah ibunya.
Tiba dihadapan kedai Floris't yang dia kunjungi tadi. Kelihatan sudah ingin ditutup.
Dia turun dari kereta dan berjalan masuk. Masuk sahaja dia telah diraikan.
"CONGRATULATION! YOU HAVE WIN THE 1000 CUSTOMER TODAY!!" Seorang gadis menyambut dan menghulurkan 2 keping tiket ke konsert yang akan dilakukan di KLCC pada 12/3 nanti.
"Apa ni? " Xavier bertanya. Dia memang kurang minat dengan kejutan..tapi kalau buat kejutan dia suka, sampai mati orang tu dikejutnya.
"Tiket konsert..and bayaran yang tadi awak tak perlu bayar, untuk ibu awak kan? Lagipun awak pelanggan yang ke-1000 harini hehe.." Ria datang dan menghadiahkan senyuman.
Setiap orang yang ke-1000 datang akan diberikan kejutan, kalau ada modal sikit diorang akan beri tiket or barang-barang yang mahal seperti kupon untuk barang panasonic berharga RM1000.
"Aku beli bukan aku nak free..take it" Xavier tetap menghulurkan wang tersebut.
"Tak apa..saya dah kata free je..just take it, okay?" Ria menolak wang tersebut dengan lemah lembut.
"Then i'll just payed you with something else one day...I owed you one thing today.." Xavier berkata dan keluar dari Floris't.
Ria memandang sedikit pelik. Tak lama lepas tu dia mengeluh, ada juga orang yang macam ni.
"Irfan. Tutup kedai, saya nak balik dulu..urus semuanya..dan esok hingga ahad ni cuti, saya balik kampung. " Ria mengambil handbag miliknya dan keluar dari Floris't selepas mendapat anggukan dari Irfan,pekerjanya.
Selepas 2 Jam berada didalam kereta, Ria tiba dikampung halaman.
Tak lama selepas itu keluarga mak Usu nya pula yang tiba.
"Dah besar panjang dah kamu ni, macam mana kat sana? Ok tak?" Mak Usu bertanya kepada Ria. Ria hanya membalas dengan senyuman, tak larat sebab lama sangat drive.
Usai bersalam-salaman dengan keluarganya, Ria masuk ke biliknya. Mak Usu dah ada rumah dekat belakang jadi tak tinggal sebumbung, hanya keluarga Pak Uda dengan keluarga Mak Ngah je tinggal sekali dengan keluarga Ria.
"Hah, akhirnya..dah lama tak baring atas tilam lembut ni" Ria memeluk bantal golek yang berada disebelahnya. Hatinya asyik berdebar bila memikirkan tentang tarikh perkahwinan dia dan tunangnya semakin hampir.
Tetapi, wajah lelaki misteri tadi tak lekang dari fikiran, dirinya seakan-akan ingin mencari tahu tentang lelaki itu.
"Siapalah dia tu..dahlah orang kata tak payah bayar, dia bayar juga.." Ria menyelimuti dirinya.
Dah lupa nak mandi terus tidur berselimut sampai ke tengkuk. Sejuk sangat sebab malamtu berangin dan hujan.
[ BUNGA ]
X
Xavier memasukkan beberapa helai pakaian kedalam beg, sepatutnya balik harini..tetapi dia malas sikit, so dia balik esok memandangkan ada majlis dekat rumah kawan ibunya. Terpaksa ikut kalau tak ibu marah..anak ni takut dan hormat ibu kesayangan.
"Bunga, mana bunga tu..aku letak mana pula oi.." Habis tempat dicari sehinggalah dia tiba diruang tamu.
"Dekat sini rupanya.." Bouquet bunga diambil dan dibawa ke kereta. Selepas pintu rumah dikunci, Xavier masuk kedalam kereta dan meluncur keluar dari kawasan taman tersebut.
Dalam pukul 2:45 pagi, dia tiba dihadapan rumah keluarganya.
Pintu rumah dibuka oleh orang dalam, Xavier mengangkat beg miliknya dan mengambil bouquet bunga tersebut dan dibawa masuk kedalam rumah.
Dia bersalaman dengan ibu dan abahnya.
"Makin tinggi kamu ni, berapa cm dah? Dulu ibu tengok kecik je..haih.." Puan Laitifah memeluk anak lelakinya itu. Anak tunggal, seorang ni je dia dapat dalam 30 tahun berkahwin dengan sang suami, redha jelah sebab anak pun hormat ibu bapa.
"179 cm bu, orang suka minum susu tu cepat tinggi tu.." Xavier memeluk ibunya kembali. Ayah dia tak suka peluk-peluk orang, paling tidak salam-salam gitu je.
"Abah tak nak peluk ke? Laith balik ni.." Xavier mengalih pandangan pada abahnya pula.
"Esok-esoklah, malam-malam buta ni abah nak tidur, esok pagi ikut abah ke masjid..kamu jadi bilal esok" Encik Ruhaidi berkata seiring berjalan ke biliknya semula. Mengantuk mat.
"Ala abah..jadi imam terus lah..tak nak jadi bilal..orang azan tak sedap" Xavier mengeluh. Saje nak bergurau dengan abah sendiri.
"Kalu tok sedap, takdok nya aku suruh mung..azan besok" Encik Ruhaidi berkata dalam loghat kelantan. Dah asal kelantan nak buat camne.
Xavier hanya menggangguk, dekat rumah dia..dia memang solat tapi bila teringatkan kerja, macam solat pun..buat dosa juga.
Xavier berjalan kebilik apabila ibunya juga turut mengekori abahnya ke bilik mereka. Badan dibaringkan diatas katil, sekeping gambar dikeluarkan dari poket seluarnya.
"Natasha....sifat kau sama dengan 'dia', sayangnya..kau ubah sifat kau menjadi lebih kepada 'pick me', haih, dulu dah ok..ubah pula perangai, dahlah curang..." Xavier mengoyak gambar tersebut dan dibuang ke lantai.
Dia memang ada banyak gambar perempuan tu, dan setiap kali dia marah dia akan koyak gambar-gambar tu dan itu adalah sekeping gambar yang terakhir dia ada. Niat dia memang taknak simpan dah gambar tu lagi.
Malam tu, dia hanya tidur dengan hoodienya, malas buang dan malas mandi.
Memang malas sangat...
Bersambung....
YOU ARE READING
Bunga Terakhir
LosowePertemuan mereka tidaklah begitu perfect seperti orang lain tetapi kisah mereka adalah yang paling romantis. "Encik nak beli bunga ni untuk siapa? Girlfriend ke?" - Ria - "Untuk ibu saya.." - XAL Kisah mereka sangatlah romantis, tanpa sedar, lelaki...