2018
"Betul ke cik alamat ni?" Tanya pemandu teksi kepada sebuah keluarga yang menumpangnya kini. Yusof menyeluk keluar kertas yang berada dalam kocek seluarnya, lalu lipatan kertas tersebut dibuka. Alamat yang diberi menunjukkan rumah di hadapan mereka kini benar rumah yang mereka sewa seminggu yang lalu. Bagasi dikeluarkan dari belakang teksi lalu ditarik ke pintu hadapan rumah.
Rumah tersebut tampak selesa di mata mereka.
Setelah dipastikan oleh Yusof, pemandu teksi tersebut terus minta diri untuk beredar dari situ lalu pergi meninggalkan perkarangan rumah sewa tersebut. Sempat dia mengusap mukanya sambil beristighfar.
Telefon yang berada di kocek seluar diseluk lalu nombor telefon tuan rumah didail. Beberapa minit kemudian baru panggilan diangkat.
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya tuan rumah muncul di hadapan mereka bertiga. Jamal bersalaman dengan Yusof lalu menghulurkan kunci rumah sewa tersebut kepada Yusof.
Mereka melihat di setiap pelusuk kawasan rumah itu bersama encik Jamal iaitu pemilik rumah tersebut. Rumah papan berwarna hitam, mempunyai empat buah bilik, dan dua buah bilik air di luar dan dalam rumah. Ruang tamu dan ruang makan juga sangat luas. Sedang mereka asyik berjalan, Jamal berhenti di hadapan sebuah bilik yang agak tersorok.
"Jangan sesekali masuk mahupun buka pintu ini " Pesan Jamal. Entah mengapa dia pun tidak tahu, tetapi apa yang diberitahu oleh bekas penyewa rumahnya itu membuatkan dia gerun untuk menetap di rumah ini. Oleh itu dia membuat keputusan untuk mengunci pintu tersebut. Rumah ini juga tidak pernah diduduki oleh dirinya sendiri. Tujuannya membeli rumah tersebut hanya untuk disewakan kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan.
"Hutan di belakang rumah itu juga saya tidak sarankan untuk sesiapa pergi ke sana" Sambungnya. Entah mengapa dia mempercayai rumor penduduk kampung yang kononnya melihat hantu berlegar-legar di tengah malam dalam hutan tersebut. Namun, demi keselamatan penyewa barunya itu, dia terpaksa percaya dan memberi amaran kepada mereka.
Setelah selesai, Jamal meminta diri untuk pulang. Lega hatinya apabila mendapat tahu ada yang hendak menyewa rumahnya itu. Dia yakin Yusof masih tidak tahu tentang kisah rumahnya itu, tetapi cukuplah dengan amaran yang diberi olehnya. Mungkin tiada apa-apa yang buruk akan berlaku kepada keluarga itu.
"Bang!" Panggil Linda iaitu isteri kepada Yusof.
"Kenapa ayah?" Tanya Luna Arina iaitu anak tunggalnya. Pelik dia melihat ayahnya yang sejak tadi lagi termenung memandang siling rumah.
"Tak ada apalah, ayah cuma tak sedap hati" Puan Linda terus menggosok belakang badan suaminya. Yusof tersenyum kelat, mungkin perasaannya saja.
"Barang dah kemas?" Tanya Yusof kepada Luna. Luna mengangguk lalu menguntum senyum. Suka apabila mempunyai bilik yang luas dan sangat selesa. Awal lagi dia sudah menyusun barang-barangnya ke dalam kabinet rumah yang sedia ada.
"Nanti kita pergi masjid ye?"
Luna mengangguk laju, tidak sabar untuk melihat kawasan kampung....
Jarum jam menunjukkan pukul enam petang. Setelah selesai bersiap, keluarga itu keluar bersama telekung dan kopiah di kepala untuk menunaikan solat maghrib di masjid. Katanya masjid di hujung kampung itu baru sahaja dibina dan disponsor oleh pemilik syarikat terbesar di Malaysia.
'Wah, ramai orang' Bisik hati Luna. Tetapi timbul tanda tanya apabila melihat ramai penduduk kampung yang berteriak dan menangis di perkarangan masjid. Apa yang berlaku?
Yusof mendekati sekumpulan penduduk kampung dan memberanikan diri untuk bertanya kepada mereka tentang keadaan di sekitar masjid itu kini.
"Kamu penyewa baru rumah Jamal tu kan?" Tanya seorang pakcik yang berusia sekitar 60 tahun apabila melihat muka baru di kampung itu. Yusof mengangguk lalu mengukir senyuman.
"Kamu tak tahu ke?" Tanya penduduk kampung lain pula. Hatinya tiba-tiba menjadi resah.
"Jamal telah meninggal dunia pukul empat petang tadi, tepat selepas dia menghantar kunci kepada kamu" Ujarnya.
"Kata orang kampung, mereka melihat kereta Jamal tersadai di tepi jalan dan ditimpa pohon besar" Sambungnya lagi. Luluh hatinya mendengar perbualan orang kampung. Dia hanya berharap Jamal dikelilingi oleh orang yang beriman.
YOU ARE READING
KAMI datang nak raya!
HorrorBeritaSandra (rabu hingga ahad) 22 May 2022- Hantu di Malam Raya? Ramai yang percaya bahawa syaitan dan jin akan diikat menjelang ramadhan. Jadi ketika syawal menjelma adakah hantu akan terus dilepaskan? Seorang pengguna aplikasi Twitter telah mence...