Hari ini aku akan berkahwin dengan abdul kahar.
''betul ke kuputusan aku buat nie?''
aku fikir banyak kali.
''hello my daughter, dah siap ke?''
aku buka pintu. daddy terkaku tengok aku cantik pakai baju nikah.
''u look pretty , just like ur mummy''
aku senyum dan peluk daddy.
''biasa je daddy, no make up artist , no wedding planner, i'm ruining my wedding of the year''
aku berkata tahan sebak, aku tak nak kahwin lagi2 dengan mamat senyum sinis.
''tkpe nanti u dah habis belajar kita buat besar besaran, daddy pun nak buat besar besaran cause u satu satunya anak daddy, i'm sure i pick the right guy for u''
daddy berkata sambil usap kepala aku. nampak lah muka daddy tahan sebak, kalau boleh aku nak lari dari rumah je nie.
''let's go?''
aku mengganguk perlahan. Aku masuk kereta dalam perjalanan tu aku termenung, betul ke aku nak kahwin nie? fikiran aku melulu, cincin belah lelaki daddy yang beli, aku tak masuk campur langsung. Aku hanya bawa diri. Dah sampai aku nampak kahar berdiri , memakai songkok baju melayu putih, macam nie rupanya rasa nak kahwin.
''salam bakal daddy kamu''
aku senyum dan salam dato abu yamin.
''panggil ayoh je, kita kan nok jadi satu family dah''
aku mengangguk.
''baik ayah''
aku senyum, kahar dekat sebelah senyum sinis dan kenyit mata dekat aku. Dia saje je cari pasal. Masuk je pejabat agama, aku duduk sebelah kahar.
''fikir betul2, kau nak ke kahwin dengan aku nie?''
dia berbisik dan senyum sinis.
''Kalau ikutkan aku memang tak nak pun, tapi terpaksa aku relakan''
aku berbisik dan balas senyum sinis kahar.
''pengantin dah ready?''
tok kadi bertanya. mula lah tok kadi ceramah, tentang surat semua tentang syarat kahwin islam, tok kadi tanya kepada kahar pandai ke dia baca doa qunut, dia mengganguk dan baca, aku terkudu macam tak percaya mamat ni boleh baca doa.
''Aku terima nikahnya farah erina malaika binti dato ridwan dengan emas kahwinnya berjumlah 300 ringgit tunai!''
selesai sudah, masa untuk sarung cincin, dia sarung cincin aku terpaksa salam cium tangan dia. kahar senyum sinis pegang kepala aku.
aku pun buat benda sama sarung cincin ke jari dia. tok kadi suruh kahar cium dahi aku. kahar cium dahi aku lama sebab daddy tengah amik gambar, lepas je dia cium aku terus lap dahi aku.