''erina bangun mandi deh''
aku terdengar mok memanggil ku.
''hmm okay mok kejap lagi erina keluar''
aku terus ambil tuala, hmm malam tadi dia tak tidur sebilik dengan aku jadinya dia tidur mana?
''haish kenapa aku masih kisah pasal dia ni? wake up erina dia tak cintakan kau''
aku memandang cermin di dalam bilik air, habis lah mata ni dah sembab ,aku mengeluh mengambil gayung. Selepas mandi aku berjalan perlahan lahan keluar dari bilik.
''erina boleh tak tu nak jalan? nak asyraf tolong?''
terkejut juga lah asyraf ada dekat ruang tamu.
''eh it's okay, erina boleh ni jalan, kaki dah better dari semalam minum jamu''
aku berkata sambil senyum manis kepadanya.
''tengah hari baru nak bangun, kalau mok tak kejut tu mau ke petang terbongkang atas katil''
mak long memerli ku sambil memotong sayur di meja makan, aku hanya diam, kalau anak dah macam tu mesti mak pun sama, aku malas nak layan perangai2 macam ni.
''tengok tu bini mu tu kahar, orang cakap buat tak tahu je''
mak long berkata menunjukkan ke arah aku yang tengah amik cawan di singki.
''ye mak long, saya belum pekak lagi, saya dengar''
''kau tengok tu, biadap dengan orang tua, bini macam ni ke yang si yamin nak sangat untuk anok lakinya, kesian mu kahar''
Mak long berkata , aku masih menahan sabar, dalam hati aku dah membuak buak nak tutup mulut orang tua ni.
''tkpe laa mak long, kira bersyukur kahar dapat erina, daripada dapat anak mak long? ada apa? ada kereta kebun je''
aku senyum sinis kepadanya sambil keluar dari dapur mengendahkan kahar yang sedang memandang tajam ke arah ku.
''bosan eh erina?''
asyraf betanya sambil duduk sofa menghadap ku.
''begitu lah, tengok je tv''
''kenapa tak ajak kahar pusing kampung''
''dia pun busy, it's okay lah asyraf''
aku berkata sambil memandang tv.
''asyraf dah siap ke mu?''
mok baru keluar dari biliknya memakai baju kurung.
''wah mok ni lawa2 nak pergi mana?''
aku bertanya sambil ketawa kecil.
''pergi kenduri kahwin dekat rumah seberang sana, erina nak ikut tak?''
''eh takpe mok, erina nak duduk rumah je lagi pun kaki tak boleh jalan jauh lagi''
''erina okay ke sorang2 sebab mak long keluar, kaisarah maisarah dengan kahar keluar pergi pekan?''
''okay je asyraf , dont worry''
asyraf hanya mengganguk sambil mencapai kunci keretanya.
''nanti jangan lupa kunci pintu, jangan merayau pergi mana2 pula''
mok berkata sambil menutup pintu ruang tamu rumah.
''baik mok, hati hati asyraf bawa mok tu''
aku mencapai telephone untuk call daddy.
tut tut tut...
tak angkat....
''daddy selalu macam ni tak nak angkat call i''