Esok cuti sekolah dah bermula , harinie dah tkde class aku dah pack barang nak get ready balik, yayyy tak sabar nak balik rumah jumpa daddy.
"Semua dah ada, i think tkde tinggal barang"
Aku berkata sambil membuka pintu dorm dan mula mengangkat bag bagasi & guitar.
"Gerak luu dorm , jumpa kau dua minggu lagi"
Aku berkata sambil ketawa kecil dan kunci pintu dorm. Dah beberapa hari sejak kes kahar mengamuk tu , aku langsung tak jumpa dia apantah lagi text.
Aku berjalan ke tapak parking kereta sambil menunggu driver daddy sampai. Entah dari mana kahar datang berdiri sebelah aku sambil senyum sinis.
"Pehal kau?"
Aku berkata sambil memandang dia atas bawah2.
"Kau tunggu driver daddy?"
Dia berkata sambil senyum sinis.
"Ye ah tak kan tunggu kau pula"
Aku menjelir lidah ke arah dia.
"siapa kata kau balik rumah daddy? Kau balik rumah ayoh aku"
Dia berkata still dengan senyuman sinis.
"Aii kita tkde bincang pasal ni pun k, aku text daddy dia kata driver dia otw"
Aku berkata sambil pandang atas.
"Tkde istilah bincang erina Binti dato ridwan, btw driver daddy memang dah otw, tapi dia tak kan hantar kau balik rumah , dia hantar ke aiport"
Kahar berkata sambil membetulkan rambut curly dia.
"Masalah pe kau ni? Mesti kau kan yang rancang semua ni, hidup aku baru nak aman tanpa kau time school break ni"
Aku berkata dengan nada sayu.
"Padan muka kau, siapa suruh report dekat ayoh aku, nanti aku jumpa daddy aku report dekat daddy kau yang kau gatal dengan si budak fakhri tu, kau pun dua kali lima sama dengan aku lah pendek"
Dia berkata sambil meletakkan tangan kanan dia di kepala aku.
"Report lah cepat sikit kita berpisah werkkkk"
Aku berkata sambil jelir lidah.
"Kau ni , aku potong lidah kau kang baru tahu, kau nak kita berpisah? Dalam mimpi lah erina, aku tak puas lagi buat kau tak aman"
Dia berkata sambil ketawa sinis.
"Masalah betul kau ni kahak, dah lah nama abdul kahar nama macam zaman 80an"
Aku berkata sambil ketawa jahat.
"Dah bapak aku yang bagi nama, kau dah kenapa pendek?"
Dia berkata dengan nada tegas.
"Haih rosak cuti aku, baru nak happy duduk rumah tanpa kau"
Aku mengeluh sambil garu kepala, kahar on the other side senyum sinis. Aku baru nak jumpa daddy, kenapa aku ada husband yang macam dia ni?
Beberapa minit kemudian driver daddy sampai.
"Puan erina & encik kahar boleh masuk kereta,saya tolong angkat bag masuk bonet"
Driver daddy berkata aku hanya mengganguk.
"Tkpe biar saya yang angkat bag ni"
Kahar berkata sambil mengangkat bag bagasi aku masuk ke dalam bonet.
"Memang tepat pilihan dato, puan erina"
Driver daddy berkata , aku hanya senyum fake kepada dia. Masalah betul kena panggil puan erina. Kahar duduk sebelah aku tapi sepanjang perjalanan ke aiport aku hanya pandang tingkap melihat awan yang cantik.