DSAS 16

222 8 4
                                    


16. RUMAH TOK ZAHRA – PAGI

Kelihatan kereta Pak Long di hadapan rumah. Suraya yang pulang dari pusara ibu dan ayahnya, tidak jadi masuk melalui pintu depan. Dia terus sahaja melangkah ke belakang.

"Aya ke mana pagi-pagi ni mak?" Pak Long menyoal, apabila perasan kelibat Suraya pulang.

"Ke kubur. Sejak dia berkurung dekat rumah, itulah rutin dia." Tok Zahra membalas.

"Tapi kotor bajunya tu mak." Mak Long yang mengintai Suraya dari tingkap bersuara. Tok Zahra menghela nafas perlahan.

"Itu juga rutin si Kalsom, reja baling telur saja dekat Aya. Nak repot polis, dah gila katanya."

"La pasaipa jadi lagutu?" Pak Long naik hairan, dia merasa ada sesuatu yang berlaku tetapi tidak diketahuinya.

"Haris kena penjara. Gila la Kalsom tu."

"Apa kena dia dok baling telur dekat Aya pulak?"

"Dah dia kata Aya yang buat anak dia ke penjara."

"Haa pulak dah, kenapa?"

"Cerita lama pak long, tak apalah telur saja. Maaf ya, Aya tukar baju dulu ya." Suraya yang muncul dari dapur mencelah. Dia tak mahu Tok Zahra membuka cerita. Cukuplah mereka sahaja tahu.

"Aya tu lain sekarang mak, sebab Syafiq ka?" Mak Long menyoal, matanya memerhati gerak laku Suraya yang termenung di pangkin.

"Tak adalah. Dia tak sihat tu, nanti-nanti baik okaylah." Ujar Tok Zahra, menidakkan.

"Sakit apa tu mak?" Pak Long mencelah.

"Tak dak sakit terok. Biasa-biasa saja. Biaq lah dia." Tok Zahra tidak mahu menerus kata. Pak Long dan Mak Long berpandangan, kebingungan.

"Mak ada rahsia apa-apa ka?" Tebak Pak Long, Tok Zahra segera tersenyum dan menggeleng sahaja. Pak Long semakin kebingungan.

DALAM SU ADA SYAWhere stories live. Discover now