27. RUMAH PAK LONG – PAGI
Syafiq merengus kasar. Pintu kereta dihempas kuat. Edham pengurusnya berlari-lari anak mengejar di belakang. Saudara mara yang berada di ruang utama memandang ke arah Syafiq dan Edham yang seakan sedang berdrama.
"Kau tahu semua cerita, tapi sikit pun kau tak bagitau aku." Syafiq mencekak pinggangnya di tangga.
"Aku cari masa yang sesuai nak bagitau kau. Aku cuba nak selesaikan dulu dengan Rose Anna tapi..."
"Tapi sebab kau nak gunakan aku! Mulai hari ini aku pecat kau dari jadi pengurus aku. Its over!"
"Syafiq, tak boleh macam ni, kau... kau..."
"Pergi balik la Ed. Aku tak nak tengok muka kau depan aku lagi. Blah!" Syafiq terus naik ke biliknya. Dibiarkan Edham terpempan di anak tangga. Edham tak tunggu lama, dia turun dan terus masuk ke keretanya semula.
"Dah kenapa tu?" Pak Long menyoal saudara mara yang berada di situ. Yang sedari tadi menyaksi skit drama pendek Syafiq dan Edham. Semua hanya menjungkit bahu. Syafiq kembali menuruni tangga laju dan menghampiri Pak Long.
"Ayah, Syafiq dengan Rose dah putus tunang." Ujar Syafiq senafas. Pak Long beristighfar panjang. Mak Long yang berada di dapur laju meluru ke arah mereka.
"Dah kenapa pulak hampa dua nih!" Pak Long agak berang.
"Kenapa boleh putus? Esok dah majlis akad nikahnya." Mak Long mencelah sebelum Syafiq dapat menjawab soalan ayahnya.
"Rose Anna mengandung dan bukan anak Syafiq. Baru semalam Syafiq dapat tau itu pun sebab dia pengsan masa tengah fitting baju." Syafiq cuba menjelaskan. Pak Long dan Mak Long saling berpandang. Saudara mara hanya tercengang. Mereka tengah siapkan hantaran tetapi perkahwinan dibatalkan?
"Dah tu macam mana ni? Kita tak boleh tarik diri macam tu aje. Ayah kena call parents Rose Anna dulu."
"Takkan ayah nak Syafiq jadi pak sanggup. Syafiq tak nak." Syafiq membentak.
"Tak. Bukan macam tu, kita ni melayu, ada adat dan adab."
"Tapi dah booking semua, mana boleh cancel." Mak Long menyampuk.
"Dah tu awak nak menantu sekali cucu?" Pak Long yang sedang mencari nombor telefon bakal besan yang nampaknya tidak jadi, menempelak. Mak Long menggeleng kepala. Serabut!
"Awat tu Aya?" Tok Zahra yang sedang bersarapan dengan Tok Ummi menyoal. Suraya yang baru sahaja selesai menyiapkan bunga rampai hanya menjungkit bahu.
"Tak tau tok. Aya kat sini tak dengaq apa jadi."
"Pi sat tengok, lain macam sangat tok tengok tu." Tok Zahra menggesa. Hati tuanya meneka sesuatu tidak elok.
"Sat na..." Suraya segera menghampiri Mak Long di ruang utama. Syafiq yang berdiri di sisi Mak Long baru tersedar keberadaan Suraya di rumahnya.
"Aya..." Syafiq seakan terkejut memandang Suraya. Suraya sekadar tersenyum ke arahnya.
"Awat mak long? Nampak kalut ja?" Soal Suraya, melihat Pak Long yang sedang berbual di telefon dan kelihatan sangat tegang.
"Ni haa... Syafiq dengan Rose Anna tak jadi kahwin."
"Allahuakbar, pasai pa pulak. Esok dah majlis." Suraya terkejut besar.
"Rose Anna mengandung. Syafiq kata bukan anak dia." Mak Long menjeling Syafiq.
"Sumpah Wallah mama, bukan anak Syafiq. Kalau anak Syafiq takkan Syafiq nak batal, kahwin cepat cepat adalah." Bengang dia melihat jelingan Mak Long seakan memerli dirinya.
"Mama tak kata apa pun, terasa kenapa?" Mak Long membidas. Suraya sekadar memerhati tingkah kedua beranak tersebut.
"Rose Anna boleh terima ka? Dia okay?" Suraya menyoal Syafiq. Syafiq merengus.
"Nak tak nak kena terima, hidup-hidup dia tipu aku."
"Macam mana hang dapat tau?"
"Dia pengsan semalam, bawak pi klinik doktor kata pregnant 2 bulan dah. Kiranya dia mainkan aku ja la selama ni." Syafiq meraup wajahnya.
"Sabaq naa, insyaAllah ada jalan."
"Allah balas apa yang dah aku buat dekat hang kut." Tiba-tiba Syafiq seakan mengungkit kisah lama.
"Hal lama sangat dah, habih lupa dah. Allah Maha Penyayang, pegang tu ja." Suraya hanya tersengih sahaja, sungguh dia sudah tidak merasa apa-apa. Biar sedikit mahupun sekelumit. Rasa itu telah terbang jauh dari hatinya.
"Hal kenduri tak pa. Kita tak salah, malu apa." Mak Long menambah. Suraya minta diri untuk kembali ke dapur. Tok Zahra sedari tadi menggamit ke arahnya.
"Haa pasaipa?" Laju sahaja Tok Zahra menyoal. Tok Ummi juga seakan menunggu jawapan.
"Syafiq dengan Rose Anna tak jadi nikah esok. Rose Anna mengandung." Suraya menjawab. Tok Zahra dan Tok Ummi mengurut dada. Boleh sakit jantung dibuatnya!
"Haa sudahnyo dop jadi jugok. Allahuakbar." Tok Ummi bersuara.
"Macam-macamlah depa la ni. Ni esok-esok masuk berita kan malu satu keluarga. Allah..." Tok Zahra pula menambah. Suraya mendengar sahaja tidak mampu berbuat apa.
"Kenapa tok ummi?" Imran yang baru masuk ke dapur melabuh duduk di sebelah Tok Ummi.
"Ni haa Syafiq dok jadi nikoh. Bakpo lah haa..."
"La kenapa pula?" Imran terus menyoal.
"Katanya Rose Anna mengandung, pengsan semalam kat butik." Suraya mencelah.
"Dah tu kenduri macam mana?" Imran menyoal lagi.
"Kenduri tak pa. Hampa dua ada, kenduri hampa dua la. Ganti." Tok Zahra ketawa, sengaja mengusik. Terkejut besar Imran.
"Hoo lah. Mudah caro deh. Buleh Meran? Aya ni comey, baik." Tok Ummi menambah. Suraya ketawa sahaja.
"Jangan layan abang Im. Ni tok dua-dua ni, reja depa menyakat Aya ja dari semalam. Ni harini kena abang Im pulak." Ujar Suraya. Imran tersengih hujung bibir.
"Fuhh, ingat sungguh, berpeluh Imran tok. Boleh tu boleh, tapi mengejut tak boleh." Ujar Imran, membuat Suraya terlopong.
"Haa doh oyak doh, buleh sokmo ke Meran ni." Tok Ummi suka.
"Hang suka Aya ka Imran?" Tok Zahra menyoal, membuatkan Suraya sudah memerah mukanya.
"Tok, siapa aje yang tak suka Suraya cucu tok ni. Serba serbi lengkap. Orang kata kalau jadi isteri tu, sejuk mata sejuk hati." Suraya sudah terkaku di situ. Merah habis mukanya.
"Aloh aloh... oyak manis selalu deh." Tok Ummi dan Tok Zahra ketawa.
"Main-main noh abang Im, tak pa. Sat sat lagi, Aya pulak pekena abang Im. Tunggu sat." Suraya membalas dalam malu-malunya itu. Imran ketawa kecil.
"Tak, betul apa abang cakap. Aya ni bijak. Pandai masak. Pakai pun sopan. Muka pun manis aje, macam Tok Zahra muda-muda dulu." Imran mengambil hati.
"Amboi bila pulak tengok muka tok zahra muda-muda dulu, tok share kat dia ka tok?" Suraya membalas.
"Allah Aya.... orang puji ambik saja. Tapi toksah dongak, tunduk..." Tok Zahra memberi nasihat.
"Yoloh doh, buleh doh. Nanti oyak ko tok ummi deh. Aya, Meran deh. Kalau Allah bui, insyaAllah jadi. Doa sokmo deh." Nasihat Tok Ummi kepada kedua-duanya. Suraya dan Imran saling berpandangan sebelum sama-sama malu sendiri. Dua-dua pernah disakiti, kalau Allah izin, boleh sama-sama merawat luka lama yang berparut dihati.
YOU ARE READING
DALAM SU ADA SYA
RomanceSuraya, gadis yang melupakan impian masa depannya demi kasih buat nenda tercinta. Syafiq sepupunya yang glamour tiba-tiba meluah rasa dan membuatkan Suraya juga menyimpan harapan. harapan tinggal harapan, agak parah untuk Suraya melupakan. di uji T...