18. RUMAH TOH ZAHRA – MALAM
Pak Long dan anak-anak pulang dari surau. Mereka juga sempat membeli capati habuan makan lewat malam. Di anjung rumah kelihatan Tok Zahra dan Mak Long sedang berbual, tampak serius perbualannya.
"Sembang apa, nampak berat ja." Pak Long yang baru sampai turut serta, Mak Long laju sahaja menghidangkan capati yang dibawa pulang dan menuangkan kopi.
"Saya tanya mak, cerita sebenaq pasai Aya." Mak Long bersuara selepas melihat Tok Zahra hanya diam.
"Awatnya?"
"Petang tadi saya pi kedai Mak Leha tu nak beli kuih tako dia. Depa dok cerita macam-macam, tak sedap saya dengaq. Saya tanya mak, mak berat nak cerita, Aya tak bagi katanya."
"Apa dia sebenaqnya yang jadi ni mak? Saya pi surau orang dok tanya awat Syafiq dengan Aya tak jadi kahwin, pasai kes Haris ka? Saya heran, kes apa Haris buat dekat Aya ni? Ada apa-apa berlaku ka?" Pak Long menyoal, di kedai capati juga ada orang bertanya, sampai pening untuk nak faham cerita.
"Mak pun tak tau nak cerita lagu mana. Aya tak bagi cerita, lagi pun cerita dah lama. Bila berkaitan dengan Syafiq cerita jadi tak habis lagi la kut." Tok Zahra berjeda.
"Mak nak tanya jugak, pasaipa hampa semua diam ja pasai nikah kahwin Aya dengan Syafiq? Kalau tak jadi, habaq. Kesian Aya dok tunggu." Pak Long dan Mak Long saling berpandangan.
"Syafiq tak bagitau Aya apa-apa ka?" Pak Long pula kembali menyoal.
"Tak apa, Syafiq ada mesej Aya. Dia kata toksah tunggu dia, dia nak kami jadi sepupu saja. Aya tak kisah, Aya terima keputusan dia. Pasai cerita orang kampung tu, Pak Long toksah risau, Aya tak kisah depa nak kata apa pasai Aya. Buruk baik Aya Allah tau. Cukuplah Pak Long Mak Long percaya dekat Aya. Aya minta maaf, Aya masuk tidoq dulu na." Suraya bersuara, entah bila dia berada di muka pintu itu. Suaranya lemah, bukan seperti selalunya.
"Mak kena cerita dekat kami, apa sebenaqnya jadi." Pak Long berbisik tetapi tegas. Tok Zahra menelan liur kesat. Ditelan mati cucu, diluah mati anak... aduhai.
YOU ARE READING
DALAM SU ADA SYA
RomanceSuraya, gadis yang melupakan impian masa depannya demi kasih buat nenda tercinta. Syafiq sepupunya yang glamour tiba-tiba meluah rasa dan membuatkan Suraya juga menyimpan harapan. harapan tinggal harapan, agak parah untuk Suraya melupakan. di uji T...