26 : RUMAH PAK LONG – SENJA
Pak Ngah sekeluarga tiba di rumah Pak Long bersama-sama Tok Zahra dan Suraya. Rumah Pak Long sudah pun nampak meriah dengan khemah putih yang terhias indah warna biru dan pink. Dua hari lagi, majlis akad nikah Syafiq dan Rose Anna. Hari ke lima barulah majlis di pihak lelaki. Pak Long mahu majlis diadakan di rumah sahaja, biar di pihak perempuan majlis di Villa pilihan keluarga bakal besannya.
"Sampai dah Mak? Alhamdulillah... semua dah sampai..." Mak Long yang sibuk di ruang utama rumah keluar menyambut kedatangan ahli keluarganya. Mak Long kaku seketika melihat raut wajah Suraya yang muncul di ambang pintu. Di tangan Suraya penuh barang yang dibawanya.
"Aya? Allah... rindunya mak long." Mak Long laju sahaja memeluk tubuh Suraya. Suraya Cuma tersenyum lebar sahaja. Sungguh, Allah beranikan dirinya untuk kembali bersemuka dengan semua orang yang lama dijauhinya.
"Minta maaf Mak Long, penuh barang nak salam pun susah." Suraya menunjukkan ke tangannya.
"Bawak apa ni?" Mak Long menyoal.
"Kakak buat kek batik indulgence mak long... tak sabaq nak makan." Zairi menyampuk.
"Syok la hang noh. Makin besaq la esok." Mak Long mengusik, Zairi tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Banyak ni mak long, kata ada makan-makan malam ni kan? Tu Aya buat tu. Ni Tok pun ada buat pulut kuning dengan rendang ayam." Ujar Suraya. Pak Long yang baru sahaja muncul laju sahaja menghampiri.
"Sihat Aya?"
"Alhamdulillah, berkat doa semua. Aya is back." Suraya cuba bergurau. Pak Long sekadar tersenyum lebar dan mengangguk kepala.
"Alhamdulillah... seronok Pak Long tengok Aya ceria macam ni. Jom masuk, ramai nak jumpa Aya." Suraya melangkah masuk. Sungguh ramai betul orang di rumah Pak Long. Ada yang dikenalinya ada juga yang tidak berapa kenal. Saudara mara Mak Long barangkali.
Usai jemaah maghrib dan isyak beramai-ramai. Kini mereka berkumpul untuk menjamu selera BBQ malam itu. Kenduri untuk saudara mara yang berkumpul untuk majlis Syafiq. Seronok, ramai dan meriah. Gurau senda diselangi gelak ketawa.
"Hok ni yang dop jadi dengey Syafiq harituh Yah?" Tok Ummi menyoal Tok Zahra. Tok Zahra yang sedang menjamah bihun goreng mengangguk.
"Yang ni la haa, tak dak jodoh. Lagi pun sepupu rapat, bukan elok pun." Tok Zahra menjawab. Suraya yang sibuk melayan anak-anak saudara sepupu yang ada hanya tersenyum.
"Dop lah, aku ada sore cucu hok dok nikoh lagi. Mau Aya?" Tok Ummi sengih panjang. Suraya terkedu.
"Sapa Ummi? Pandai kenen cucu dengan cucu lo ni." Mak Long menyampuk, sedar Suraya kekok dengan soalan yang dikemukakan. Tok Ummi ketawa.
"Ummi nak bui ko Meran lo haa, dop jadi hok tuney haritu tu. Aya ni comey, Ummi berkeney. Buleh Aya?" Tok Ummi macam serius.
"Tak kenai pulak yang mana Meran tu?" Suraya sekadar berbahasa. Mak Long ketawa.
"Meran tu, abang Im tu haa, Imran, dok kipas BBQ tu." Mak Long menunjuk kepada seorang lelaki yang sibuk mengipas makanan yang sedang dibakar.
"Mau dok Aya?" Tok Ummi menyoal lagi.
"Berat soalan Tok Ummi, esok esok jawab boleh?" Suraya berseloroh, mahu lari dari soalan yang bahaya itu.
"Buleh... sebelum Tok Ummi kelik kelate oyak deh." Suraya serba salah mahu mengangguk atau menggeleng.
Suraya memandang ke arah Imran, lelaki yang menjadi imam maghrib dan isyak serta mengetuai bacaan yassin dan tahlil sebentar tadi. Anak saudara Mak Long yang paling tua. Ya Imran sudah hampir 40-an.
"Mau ka? Berkenan? Mak Long boleh risik-risik." Kalau dengan anak sendiri tak ada jodoh, dengan anak saudara pun okay!
"Ish Mak Long ni, mengarut aih. Aya la ni dah dekat 31 tahun, anak dara tua dah. Mana orang mau." Suraya membalas. Mak Long menjuih bibir.
"Imran tu anak teruna tua jugak, boleh aih."
"Jangan naa Mak Long. Tak mau cheq." Mak Long ketawa.
"Mak Long try noh, kut menjadi..." Mak Long mengenyit mata kepada Suraya yang sudah mengetap bibir, buat-buat marah.
YOU ARE READING
DALAM SU ADA SYA
RomanceSuraya, gadis yang melupakan impian masa depannya demi kasih buat nenda tercinta. Syafiq sepupunya yang glamour tiba-tiba meluah rasa dan membuatkan Suraya juga menyimpan harapan. harapan tinggal harapan, agak parah untuk Suraya melupakan. di uji T...