8: RUMAH TOK ZAHRA – PAGI
Zairi berlari naik ke atas rumah setelah beberapa buah kereta memasuki ruang laman rumah Tok Zahra.
"Abah, ada orang datang tu, ramai." Zairi memaklumkan Pak Ngah yang sedang berbual dengan Pak Long.
"Siapa?"
"Tak kenal. Ramai." Balas Zairi sebelum melangkah ke dapur.
"Assalamualaikum." Salam dari luar mula kedengaran. Tidak membuang masa, Pak Long dan Pak Ngah terus sahaja ke anjung rumah. Tergamam mereka, saling memandang satu sama lain.
Suraya yang sedang menjemur baju, terkejut melihat kedatangan ramai orang. Terpandang satu wajah yang sangat menjengkelkan dia, laju sahaja dia berlari ke arah Syafiq yang sedang bermain dengan adik-adiknya. Baju Syafiq di tarik supaya Syafiq mengikut langkahnya ke belakang rumah.
"Pasaipa ni?" Syafiq menyoal terkejut dengan reaksi tiba-tiba Suraya. Boleh sakit jantung dibuatnya!
"Dia datang weh. Bawak rombongan." Ujar Suraya, menunjuk ke arah depan rumah. Suaranya ada getaran. Syafiq mengintai-intai ke depan rumah. Memandang ke arah kereta yang banyak di laman depan.
"Dah tu kita nak buat apa la ni?" Syafiq kembali menyoal. Risau tengok riak wajah Suraya yang seperti menahan tangisan.
"Hang kata haritu kalau dia mai, hang akan bagitau tok kita kahwin. betui?"
"Haa betui. So hang setuju?" Soal Syafiq. Tanpa teragak-agak Suraya mengangguk laju.
"Boleh na? Aku tak mau dia weh. Aku risau tok terima." Ada air mata yang mengalir di pipi Suraya. Matanya tetap memandang Syafiq. Mengharap lelaki itu membantunya ketika itu.
"Hang jangan risau. Aku on saja. Apa saja demi mu Aya." Syafiq cuba menenangkan Suraya dengan berseloroh.
"Jangan memain. Kalau tok ka, pak long mak long marah, tak pa. Lepas depa balik aku terangkan semua dekat depa. Boleh na, please..."
"Boleh aih. Aku pi sekarang." Syafiq tersenyum. Hari di nanti telah tiba. Hari untuk luahkan semuanya.
"Ramai-ramai ni ada apa sebenaqnya?" Ujar Tok zahra kepada rombongan yang datang setelah air telah siap di hidang. Dari jauh kelihatan, Syafiq memasuki ruang perbualan, terus sahaja mengambil duduk disebelah ayahnya.
"Kami ni datang wakil Haris ni haa, untuk kali ke ketiga ke empat rasanya, nak pinang Suraya. Tok Zahra pun tau kut." Jawab wakil rombongan.
"Tok bagitau si Haris ni suruh mai sorang. Bukan bawak rombongan." Tok Zahra mula membuka suara.
"Kami pihak Suraya ni tau Haris ni suka sangat dekat Suraya sampai tak putus asa dok mai pinang banyak kali. Tapi kami ni tak ada hak apa, semua kena tanya tuan badan." Tok Zahra berjeda.
"Kita nak buat macam mana, Suraya memang tak nak. Ada pilihan hati dah katanya." Suraya yang di dapur, terkelu mendengar. Mak Long tersengih di tepinya. Bila pulak ada pilihan hati? Bisik hati Suraya.
"Kiranya, tak jadi jugaklah kali ni?" Wakil rombongan itu mengerling ke arah Haris yang meraup muka beberapa kali. Memerah mukanya. Malu atau marah hanya dia yang tahu.
"Tok minta Haris mai sendiri saja. Tok nak bagitau yang tak perlulah simpan rasa, marah ka dendam ka. Suraya bukan benci ka apa, dia ada hat dia suka dah. Hati ni kita tak boleh paksa-paksa." Ujar Tok Zahra.
"Boleh saya tau siapa pilihan hati dia?" Haris berdiri menyoal. Panas hati.
"Hat tu biaqlah dia ja tau." Balas Tok Zahra.
"Tak boleh buat saya lagu ni. Saya suka dia, nak dia jadi bini saya. Apa yang kurangnya saya banding dia?"
"Tak pernah aih kami tengok kurang orang. Dah dia ada pilihan hati dia, Tok nak buat lagu mana." Tok Zahra cuba menenangkan.
"Saya nak tau sapa pilihan Suraya? Takat dok kampung ni, semua saya kenai. Semua tak ada hat simpan hati kat dia." Jawab Haris bongkak. Pak Long berderam. Syafiq menggosok belakang ayahnya minta sabar.
"Tok pun tak kenai. Sat kita tanya. Syafiq panggil sat Aya." Ujar Tok Zahra. Syafiq bingkas sahaja bangun dan ke arah dapur. Suraya digamit untuk ke atas. Suraya menggeleng tetapi tetap melangkah apabila Mak Long menolaknya perlahan supaya ke depan.
Suraya melangkah lambat-lambat di belakang Syafiq. Syafiq seakan perisainya ketika itu. Hatinya resah, mahukah Syafiq membantunya ketika ini?
"Aya... Haris ni mai pinang hang lagi hari ni. Tok dah habaq hang tak mau kat dia walaupun dia mai seribu kali. La ni, hang habaq kat dia pasai pa hang tak mau. Tok penin!" Agak tegas suara Tok Zahra ketika itu.
"Siapa pilihan hati hang Suraya?" Lantang sahaja Haris menyoal. Suraya geram namun seram. Matanya mengerling ke arah Syafiq yang berdiri di sampingnya. Syafiq membalas pandangan Suraya dan tersenyum.
"Maaflah semua kalau apa yang saya cakapkan ni buat semua, terutama keluarga saya terkejut." Syafiq mula bersuara ketika Suraya masih teragak-agak dengan jawapannya sendiri.
"Sayalah pilihan hati Suraya tu. Saya dan Suraya dah buat keputusan untuk bernikah dalam masa terdekat." Suraya mengetap bibir dan memejam mata saat Syafiq menuturkan kata-kata itu. Semua di situ terkejut besar. Yang di dapur juga, tetapi Mak Long bertepuk tangan gembira.
"Jadinya depa dua ni bercinta dalam diam?" Wakil rombongan menyoal dan mereka berbisik sesama sendiri. Haris laju sahaja melangkah keluar selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Syafiq. Bengang, dia menjeling tajam.
"Tak apalah Tok Zahra, tak ada jodoh, jangan di paksa. Kami mintak maaflah ya. Kami sekadar bawak hajat. Terima kasih banyak jamu ayaq semua ni." Mereka kemudian beransur pulang dengan kehampaan dan cerita baru.
Habis semua tetamu pulang, Tok Zahra mengerling tajam kedua-duanya.
"Hampa dua mai sini." Ujar Tok Zahra garang. Nak tak nak, Syafiq dan Suraya melangkah berdiri di depan Tok Zahra. Yang berada di dapur terus sahaja laju ke depan. Berita tadi begitu mengejutkan.
"Betui hampa dua bercinta? Nak menikah?" Tok Zahra menyoal, tegas.
"Sebenaqnya tok...." Suraya belum habis kata, Syafiq memintas.
"Ya tok, kami suka sama suka. Kami nak nikah. Lagi cepat lagi baguih." Syafiq tersengih, dan kening diangkat-angkat sambil memandang Suraya yang tercengang.
"Weh... hang..."
"Ni apa ni... habaq betui-betui. Benda ni bukan benda main. Nikah kahwin bukan macam hampa main pondok-pondok dulu tu. Habaq betui kat tok, Syafiq."
"Syafiq, Suraya betui ni hampa dua ni?" Pak Long mencelah. Hairan sungguh perangai anak teruna sulung dia ni. Tak pernah diberitahu suka dengan Suraya, tiba-tiba nak menikah.
"Syafiq dah lama suka Aya. Dari zaman sekolah, sampai la, perasaan dia sama. Syafiq tau Aya pun suka Syafiq, cuma Aya ni dia malu tapi mahu."
"Pandai la hang... bila pulak aku suka hang?" Ujar Suraya sambil mengetap bibir. Hanya Syafiq yang mendengar. Tok Zahra menggeleng.
"Long hang macam mana?" Soal Tok Zahra. Tak sempat Pak Long menjawab, Mak Long yang membalas.
"Kalau mak okay, kami 100 kali okay!"
"Laju hang ni, kalut betui." Tok Zahra membalas. Semua hanya ketawa.
"Kalau macam tu, hujung bulan kita bagi depa nikah. Kenduri hujung tahun ja la. Tak lama dah. Boleh lagutu Syafiq, Aya?" Tok Zahra membuat keputusan. Suraya terdiam, tak mampu berkata apa. Syafiq pula bersorak gembira. Sudah!
YOU ARE READING
DALAM SU ADA SYA
Roman d'amourSuraya, gadis yang melupakan impian masa depannya demi kasih buat nenda tercinta. Syafiq sepupunya yang glamour tiba-tiba meluah rasa dan membuatkan Suraya juga menyimpan harapan. harapan tinggal harapan, agak parah untuk Suraya melupakan. di uji T...