BAB 6

277 21 0
                                    

    "Kak...bangun kak" samar samar suara Elisha menyinggah ke telinga Katherine. Perlahan lahan Katherine membuka matanya memandang Elisha.

"Kak...bangun lah..abang ngah demam teruk tu...Habis ketar ketar satu badan..Dari tengah malam tadi asyik muntah muntah..mama pun tidur kejap kejap je sebab teman Abang Ngah"

Terbuka luas mata Katherine,Hilang sudah segala kantuknya sebentar tadi. "Sha gi teman Abng Ngah dulu...lepas berus gigi Kak Ngah pergi"

Elisha mengangguk erti dan berjalan keluar daripada bilik tersebut.

          Perlahan-lahan Katherine menolak pintu bilik Uzayr. Matanya ternampak Uzayr yang sdang baring layu di atas katil manakala kepala di atas riba mama. Tangan mama memicit micit kepala Uzayr.Terketar ketar badan Uzayr. Padahal kipas pu bertutup.Mukanya pun pucat lesi. 

"Uzayr...kau okey?" tanya Katherine. Ye, soalan bodoh bukan?Sudah semestinya tidak okay..

Tapi bibir Uzayr mengukir senyuman "Kau buat alasan apa ha tak nak gi sekolah?"

Terus satu cubitan singgah di perut Uzayr "Kau jangan nak pikir buruk ye,...aku minta elok elok untuk tolong mama dengan persiapan malam ni"

Puan Katherina tergelak melihat gelagat anak kembarnya.

"Mama..Uzayr dah makan ubat?"

Mama menganggukkan kepala.

Katherine pun menoleh ke arah Uzayr semula "Sebenarnya kau sengaja tak nak kemas rumah malam ni kan?" sakat Katherine cuba menutup kerisauan nya yang menggunung gunung melihat keadaan Uzayr yang teruk begini.

Uzayr mencebik "Kalau aku sihat pun aku takkan tolong kau..baik aku lepak ngna sepupu sepupu..seronok la sikit"

Katherine sekadar gelak. Bukan dia tak kenal Uzayr...apa yang ditutur tadi jelas gurauan..kerana Uzayr seorang yang sanagat bertanggungjawab. Tak tahan dah duduk dlam bilik panas ni..entah macam mana la mama boleh bertahan.

"okey la...Aku nak turun.Aku nak tolong Elisha. Dia sorang je buat kerja kat bawah tu."

Uzayr menggantikan anggukan dengan mencelik mata sekali.

"Jangan bagi dia buat kerja berat berat..berhabuk habuk.."

"ye...tahu la aku nak jaga adik aku macam mana"

"Bukan dia je..kau pun sama"

Katherine pun mengangguk faham sebelum berjalan pergi.

   "Rin..." tegur Fasya sewaktu Katherine sedang membantu Elisha mengemas rumah.

Katherine pun menoleh kebelakang "Eh Kak Fasya! Bila sampai?" Bibir mengukir senyuman lebar.

"Baru je...Kak Fasay nak tolong mana yang mampu" Kata Kak Fasya bersama senyuman

"Jangan buat kerja berat ye Fasya...Awak tu sakit belakang..Resdung pun teruk.." celah Adam daripada belakang.

Katherine menggulingkan mata tanda menyampah dengan tingkah laku abangnya

"Rin...Along pesan dekat Rin sekali ye.." kata Adam selepas melihat Katherine ,membuat muka tadi.

"Apa apa yang berat..panggil along.." kata Adam.

Katherine mengangguk Faham

"Kerja tak banyak...apa apa akak tanya Elisha sebab dia yang hal mengemas ni..Rin bab menghias hias je...baru nak start la ni"

Kak Fasya mengangguk seraya meletakkan begnya di tepi untuk membantu Elisha yang kelihatan sangat sibuk. Elisha ni sempurna..manis pun manis..cantik pun cantik,rajin tak usah cakapla..masakan pun memang tip top..kalau dia tak ada penyakit jntung sudah semestinya dia sudah boleh berkahwin dn mesti dah dpt macam macam sijil kerana kebijaksanaanya yang jelas lagi nyata walaupun sekadar di rumah. Tapi Fasya yakin akan muncul seorang lelaki yang akan menerima segala kekurangan Elisha. Dan menjaga Elisha sepenuh hatinya. Doakan yang baik baik sahaja la....

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now