BAB 4

325 23 0
                                    

Katherine melepaskan keluhan selepas membaca notis tetang kembali ke asrama...itulah..lain kali jangan diseru...

"Taknak balik asrama ke tuuuu" muncul satu suara daripada tepi.Jelas ingin mengejek dirinya yang baru lepas mengeluh.

Katherine menjeling Elisha dengan tajam..sedap betul minah ni menganjing orang ye...

sesaat kemudian lengannya disiku lembut oleh Elisha dan Katherine pun terus menoleh

"Ngah...jom teman aku makan"

berkerut dahi Katherine mendengar ajakan daripada Elisha.Dapat dia rasakan seperti ada sesuatu yang tidak kene.

'makan apa?"

"biskut hup seng dengan air milo panas je la..."

Katherine melepaskan keluhan sebelum mengangguk.


         "Tadi mama dengan aku ada pergi appoinment pasal jantung aku ni"

Terdongak terus kepala Katherine selepas Elisha memulakan perbualan.

Ye,satu keluarga sedia maklum bahawa Elisha memang ada penyakit jantung sejak lahir, Dan kerana itu jugalah,Elisha tidak mampu untuk belajar di sekolah seperti budak budak yang lain,Elisha terpaksa belajar semuanya dirumah,Antara mama cikgunya ataupun cikgu luar datang dan mengajar.Sudah semestinya bayaran pun lumayan. Kasihan dengan nasib adik bongsunya..Kasihan juga dengan mama dan pap yang sentiasa risaukan Elisha jikalau Elisha tidak ada di hadapan mata. Mana taknya? Demam panas yang biasa biasa bagi manusia seperti kita ni pun dah boleh meragut nyawa adik bongsunya. Ibu mana yang x risau kalau anak berpenyakit?

"Ngah....ngah...ngah!"

Katherine tersentak..lahh...dia dah termenung dah tadi

"Kau dengar tak aku cakap ni?"

"kau cakap apa tadi?" Katherine bingung...sebersalah pulak..kesian Elisha cakap seorang je.

"hey laa kau ni..termenung pulak..dah aku kene ulang"

Katherine sekadar senyum sumbing menutup wajah sebersalahnya.

"Doktor cakap....jantung aku makin lemah..Mungkin ubat sahaja tak cukup...Bila tengok kadar pernafasan aku..waktu tidur pun jantung aku akan berhenti kejap kejap..Kejap kejjap tu boleh jadi satu hari nanty berhenti terus.Ubat terlalu banyak pun x boleh untuk badan aku...nanty boleh serangan jugak..Jadi satu satunya penyelesaian adalah pemindahan jantung..tapi doktor kata jangan letak harapan tinggi sebab semuanya bergantung kepada keadaan..sekarang ni..nak dapatkan jantung pun susah.Kalau dapat pun mungkin size atau darah tak sama"

Katherine terdiam.Tangannya yang memegang biskut sudah kaku.Pandangan juga sudah mula kabur dek air mata yang bertakung. Tunggu masa aja untuk turun.

Elisha menghadiahkan senyuman.Jelas hambar dan kosong di senyuman itu.

"Kalau satu hari nanti ditakdirkan aku pergi...Phone aku kau kene bagi kat mama tau...jadikan chat aku sebagai tempat luahan kau macam mana kau selalu luah perasaan kat aku masa aku hidup.Kalau kau kahwin nanti..sediakan satu kerusi kosong untuk aku..mana tau kalau aku boleh tgk?"

Akhirnya jatuh juga air mata Katherine.Tangan laju melayang memukul bahu Elisha

"Apa kau cakap ni?Kau nak pergi mana?!Asal nak kene luah dalam chat pulak kalau kau sentiasa depan aku?!Kau jangan nak cakap mende merepek dah ek!Aku x nak dengar dah.Akan adanya jantung yang sesuai dengan kau. Kau takkan kemana mana" Katherine menyeka air matanya dengan kasar.

Elisha juga menyeka air matanya yang jatuh entah bila "Aku x nak menyusahkan mama dah angah...mama dah banyak berkorban demi aku..mama yang mulanya paereka fashion..sanggup gadaikan karier mama sebab aku..mam sanggup jadi suri rumah untuk jaga aku..mama selalu menangis sebab risaukan keadaan aku..kalau kau kat tempat aku..kau akan rasa apa?"

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now