Rayyan melangkah masuk ke dalam hospital. Terasa buntu apabila melihat Farhan terlentang di atas katil di rumah bersama IV drip.Sudah semestinya ubat penenag sudah dimasukkan ke dalam badan Farhan untuk mengurangkan rasa sakit dan lemah badan Farhan. Jika terpaksa,Farhan akan dipindahkan ke Korea dalam keadaan tidak sedar. Satu keluhan berat dilepaskan dri mulut Rayyan. Selepas menghantar Alia ke hospital pagi buta tadi, dia pulang ke rumah untuk subuh dan membersihkan diri. Kini,dia datang semula untuk melihat keadaan Alia. Bersama hati yang berat,dia menolah pintu bilik wad Alia dan matanya terus tertancap kearah katil Alia yang kosong. Kemudian dia bergerak ke tandas pula. Kosong! Rayyan mula panik. Rambutnya ditarik kebelakang. Pantas dia membawa langkah ke kaunter nurse.
"Cik...nak tanya..pesakit nama Alia Sofea pergi mana ye?"
"Oh ye...dia ada pesan kalau ada orang cari dia...cakap dia ke ICU sekejap."
Berkerut dahi Rayyan,Selepas mengucapkan terima kasih,dia terus berlari ke ICU. Punat lif ditekan berkali kali.Tiba tiba rasa lif bergerak sangat lambat! Ah! Tak buka buka pintu lif ni! Tanpa berfikir panjang,dia terus berlari ke arah tangga dan berlari dengan pantas. Sumpah..hatinya memang sangat tak tenteram memikirkan Alia sekarang. Sangat sangat risau! Tiba di tingkat tiga yang menempatkan bilik ICU, mata Rayyan meliar mencari kelibat Alia pula dan kakinya yang tadi melangkah tanpa arah terus terpasung di lantai apabila menangkap susuk tubuh Alia yang sedang berdiri membelakanginya bersam sama IV drip yang berada di belah kiri.Alia bersama baju hospitalnya yang sedang menghadap ke seorang wanita lesu yanng terbaring lemah yang menempat seorang sahaja pesakit dalam bilik tersebut Badannya dipenuhi dengan wire dan air mask juga dipasang di wajah lesu tersebut. Bilik Kuarantin. Alia memandang wanita itu di sebalik cermin besar. Ternampak kecil sangat Alia Sofea di situ. Rayyan mengehla nafas lega.Kepalanya tertunduk ke lantai melepaskan lelah berlari. Dia pun buntu mengapa dia mudah hilang kawalan bila sesuatu yang berkaitan dengan Alia....Walhal menguruskan Farhan pun dia dapat selesaikan dengan tenang.
"Luka apa yang kau tanggung srang sorang dalam hati tu,Alia Sofea?" Bisik Rayyan
Rayyan tiba tiba terbayangkan Farhan yang berada di tempat wanita lesu tersebut.Air matanya mula bertakung tanpa sedar.Saat itu juga Alia teiba tiba memusingkan badan dan mata Rayyan dan mata basah Alia terus bertemu. Entah mengapa Rayyan rasa seperti hatinya sedang disiat siat dan ditikan tikam. Ikutkan kehendak,mahu sahaja dia membersihkan semua sisa sia air mata yang berada di muka pucat Alia,Mahu sahaja dia menyeka air mata Alia yang sedang mengalir laju,mahu sahaja dia menarik Alia ke dalam pelukannya,Mahu sahaja dia mengucup mata Alia yang lesu,Mahu sahaja dia yang menenangkan Alia saat ini. Tapi apakan daya...Haram tetaplah haram. Cukup cukuplah dia mencempung Alia pagi tadi. Kini,Air mata Rayyan juga mengalir sama...Sakit di hati bersatu dengan sakitnya fikiran yang membayangkan Farhan yang sedang menanggung sakit.
Perlahan lahan Rayyan memaksa bibirnya mengukir senyuman buat Alia. Air mata dan perasaannya yang berkecamuk disorok sebaik mungkin Hanya bibir sahaja yang mengukir sneyuman kepada Alia dengan harapan bahawa senyumannya akan menenangkan sedikit jiwa Alia yang sedang terumbang ambing. Dia ingin Alia tahu bahawa apa apa pun jadi, Rayyan mikael sentiasa ada buat seorang Alia Sofea.
"Dah okey dah?" Soal Rayyan kepada Alia sebaik sahaja Alia berhenti betul betul di hadapannya.Matanya merlirik sebentar ke arah tangan Alia yang berbalut akibat luka yang dalam.
"Awak buat apa kat sini?" Soal Alia tanpa menjawab pertanyaan Rayyan. Kepalanya ditundukkn memandang lantai. Belum sempat Rayyan ingin menjawab, Alia kembali bersuara "Awak tak patut ade kat sini..cukup lah saya menyusahkan awak...awak ada banyak lagi hal yang perlu ditanggung selain daripada saya."
Rayyan tersenyum sedikit "Saya datang untuk tiupkan semangat dalam diri saya yang ada ke badan seorang perempuan yang bernama Alia Sofea. Terlalu banyak yang perlu ditanggung di atas bahu saya ni dan saya perlukan Alia Sofea untuk ringankannya.Dengan melihat wajahnya sahaja saya bukan sekadar menjadi ringan,bahkan saya seperti boleh terbang.."
YOU ARE READING
Precious Blue Iris (Completed)
RomantizmKatherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sangat menawan.Ibunya berasal daripada france,Ayahnya pula kacukan Cina-Melayu. Tengku Izz Farhan b...