BAB 22

217 17 0
                                    

       Katherine mengangkat barang barangnya kemudian turun ke bawah. Tiba tiba Uzayr menegurnya.

"Asal mata sampai bengkak tu?"

Katherine mengeluh shaja,mata dijelingkan kepada Uzayr. Dia sendiri penat pikir...apa yang jadi semlam? Kenapa dia menangis? Apa penyebabnya?

"Entah! Tak tahu!" Katherine membentak

Berkerut hairan Uzayr "Period ke apa ni?...Mood kau macam tak ok je.."

Uzayr terus mengambil barang barang Katherine dan meletakkan ke belakang kereta.

"Mama...mama x hantar kitorang ke?" Soal Katherine.

Puan Katherina menggeleng. "Elisha kena pergi hospital lepasni...Jadi mama minta maaf ye...Kath dengan Uzayr balik dengan driver Farhan je macam haritu...Boleh?"

Berat rasanya ingin mengangguk..tapi menyusahkan mama dan papa lagi berat untuk dirinya

. Dia pun menghulurkan tanagn untuk bersalaman. Pipi mama dikucup kedua dua belah kemudian dia melangkah ke arah kereta. Sesaat matanya bertembung dengan mata farhan melalui cermin pandng belakang,tetapi cepat cepat dia melarikan pandangan.Rasa marah entah kenapa..padahal Farhan tak buat salah!

      "Bestieee!!!!" Alia terus memeluk Katherine. Tergelak riang Katherine dibuatnya! Drama betulla!!

"Aku ada viral untuk kau" Kata Alia.

"Kau ni kan! Tak menyempat apa apa dah nak bergosip!"

"Alaa...dengar lah dulu.."

Akhirnya termakan juga dengan hasutan Alia..dia membiarkan dulu barang barang di hadapan almari dan duduk bersila satu katil dengan Alia.

"Kau tau tak..cikgu tak daftarkan pun nama sekolah kita dlam pertandingan bola jaring?"

Terbuntang biji mata Katherine "Asal pulak?!"

"Cikgu kata pengetua bantah sebab sekolah kita banyak program dah...Patu bulan depan budak form 5 kena fokuskan trial spm..habis trial..cikgu akan bekukan semua perancangan untuk form 5 kecuali yang x mengganggu pelajaran sebab nak form 5 fokus betul betul pada Spm...Pengetua kecewa dengan pencapaian form 5 tahun lepas.."

Katherine mengeluh tetapi diam diam setuju dengan cikgu.

"Apa program yang banyak sangat tu?"

"Hujung minggu ni ada kem...Kau tau tak?"

Terkejut Katherine yang mendengar "Kem? Haa... yang ni aku tak tau.."

"Ha...Aku dah agak dah kau tak tahu..sebab kitorang pun baru tahu...Zaquan baru tampal nama kumpulan dekat papan kenyataan pagi tadi"

"Aku kumpulan dengan siapa?"

"Dengan Aku!" Serentak itu mereka terus berpelukan riang dan melantun lantunkan sedikit badan di atas katil.

"Dan ketuanya Farhan" 

Katherine terus menolak Badan Alia jauh dan senyuman digantikan dengan muka yang marah "Kenapa kena dia! Aku tak nak dengan dia!"

Alia menutup sebelah telinga dengan jari kerana nyaringnya jeritan Katherine.

"Alaa Kath...Farhan je pun...bukannya Alien.."

"Dia tu lah Aliennya!"

Alia mengeluh "Cikgu yang bagi...aku dan kau mana ada hak apa apa"

Katherine mendengus geram.

"Rumah sukan nanti pun..kau rumah hijau...aku rumah kuning"

"Wah...memang banyak program.."

"Alaa..lain lain lagi ke kita tahun ni?"

Alia mengangguk "Tapi Farhan tetap dengan kau"

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now