BAB 43

165 17 0
                                    

        Katherine mengambil sesuap nasi dan terus wajahnya berkerut seribu. Ahh!! Tawar nak mampos! Uzayr tiada buat masa sekarang kerana katanya dia ingin pulang ke rumah untuk 'Me time' sebab dah lama sangat berkepit dengan Katherine. Bunyi geselan intu bilik menyebabkan Katherine terkalih ke arah pintu dan saat itu juga bibirnya tersnyum lebar menunjukkan barisan gigi putihnya.

"Zaquan!" Teruja Katherine menyambut kedatangan Katherine.

Zaquan tergelak sendiri. "Wah wah...bertanaganya puteri kita sorang ni!"

Zaquan menghulurkan sebuah paperbag kepada Katherine dan tanpa menunggu lama,Katherine terus mengambil daripada Zaquan dan melihat isinya. Ternganga mulut Katherine akibat teruja dan terharu bersatu. Tangannya menarik isi itu keluar. 

"Baby moomin kesayangan saya!" Katherine terus memeluk erat pemberian Zaquan.

"Saya dah agak awak gilakan moomin....Semua barang awak ada sticker moomin. Kat beg dengan pencil box pun ada keychain moomin."

"Thank you Zaquan...Saya suka gila!" Katherine mengeratkan pelukan pada patung moomin. Daripada darjah 6 obsesnya pada moomin tidak berkurang hinggalah dia sudah 17 tahun. Kartun yang satu ini terlalu comel dan gebu!

**

  Farhan melangkah lemah ke arah wad Katherine....Urat kepala berdenyut denyut akibat kesan ubat yang masih kuat di dalam badannya. Sewaktu tiada orang yang mengawasinya di dalam bilik,Dia membuka mata...Bahunya tidak terasa sakit lagi seperti sebelum dia ditidurkan,Jadi sementara dia tidak diserang,dia harus menemui Katherine. Dia ingin berjumpa dengan Katherine dalam keadaan dia tidak apa apa sebelum dia meneruskan rawatan ke korea. Hatinya berat ingin meninggalkan Katherine.

    Langkah Farhan semakin perlahan di hadapan pintu bilik Katherine apabila gegendang telinga menangkap suara Katherine dengan satu suara garau yang sedang bergelak ketawa. Hatinya terasa seperti disiat siat. Tapi abaikan perasaannya..dia mendekati pintu wad untuk meliihat gerangan orng yang sedang bergelak ketawa dengan Katherine. Farhan agak tersentak melihat figura Zaquan di tepi katil Katherine. Mereka bergelak ketawa bahagia sambil bergurau senda. Farhan menolak tepi perasaan buruk yang makin menguasai diri,dia ingin melangkah masuk,namun sewaktu tangannya dinaikkan ke pemegang pintu,bahunya terus diserang rasa sakit dan Tangan Farhan terjatuh ke sisi. Tangan sebelah lagi mencengkam kuat bahu yang sakit. Bibir bawah digigit akibat rasa sakit yang teramat. Allahhhh!!! Badan Farhan tersandar ke dinding dan perlahan lahan menyorot jatuh ke bawah. Air mata Farhan jatuh ke pipi.  makin lama makin deras. Allahu..sakitnya rasa di bahu ini ya allah....Sesaat selepas itu,Pandangannya mula kabur sekejap warna kelabu dan sekejap kelam warna hitam...Allah...berikan aku peluang untuk berjumpa dengan dia ya allah...Akhirnya Farhan pasrah...mendengar gelak ketawa dan dapat melihat senyuman Katherine juga cukup memberinya satu perasaan hangat dan bahagia walaupun dirinya sendiri sedang menanggung sakit yang tak terperi. Sekurang kurangnya Katherine bahagia walaupun dia akan pergi jauh selepas ini.

**

     Rayyan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Alia pulang ke asrama. Tiba tiba handphone nya berdering. nama Ashraf tertera di skrin,serta merta Rayyan mengangkat.

"Hello?"

"Along hilang!"

"Apa benda?!"

"Farhan hilang,Rayyan!!! Dia hilang waktu kitoang semua tak de dalam bilik dia!! Kereta pun ada satu hilang..maksudnya dia bawak kereta. Aku tahu kau tahu dia akan ke mana. Pergi ambik dia sekarang"

Tanpa menangguh walau sesaat pun,Rayyan terus memusingkan Katherine dan menderu laju ke arah hospital

"Kau memang gila lah Farhan!" Rayyan mendengus geram dan tangannya memukul stereng kuat.

      Rayyan berlari lari menaiki tangga kerana tidak betah menunggu li yang terasa sungguh lambat. Dia berlari pantas ingin ke wad Katherine dan langkahnya terhenti apabila mata menangkap figura Farhan yang sudah terduduk lemah menahan sakit bersama wajah yang berkerut kerut dan air mata yang sudah meluncur laju. Rayyan mengeluh berat,kepalanya terjatuh menunduk lemah. Sungguh dia kasihankan Farhan. Kakinya dibawa ke arah Farhan dengan perlahan kemudian dia melutut di hadapan Farhan.

"Farhan...jom balik" pujuk Rayyan. Tangannya terus menarik sebelah tangan Farhan dan meletakkan ke atas bahunya sendiri untuk memapah Farhan,namun badannya terhenti apabila Farhan seolah olah enggan bangun.

"Aku nak gi korea"

Rayyan sungguh terkejut dengan pernyataan Farhan kali ini.

"Aku nak ke korea secepat mungkin. Book ticket flight paling cepat" Farhan memandang wajah Rayyan dengan mata yang basah dan riaknya separa merayu.

"K..Kau serious?" Rayyan masih tergamam.

"Ya...keputusan aku muktamad."

"Okey..jom kita balik" Rayyan pantas membantu Farhan bangun dan mereka berjalan pergi.

**

    Rayyan mendaratkan Farhan ke atas katil.

"Farhan ada cakap apa apa tak kat Rayyan?" Soal datin Lilia.

"Dia nak gi korea. Dia nak jalankan rawatan ni...dan dia nak pergi secepat yang mungkin"

Datin Lilia mengangguk dan mengucapkan kata syukur dengan Farhan yang akhirnya berlembut hati untuk meneruskan rawatan. Kemudian kaki dibawa mencari suaminya untuk menyampaikan berita tersebut.

     Slepas Datin Lilia pergi,Rayyan berbalas pandangan dengan Ashraf.

"Dah ready?" Soal Ashraf seolah olah memahami benar dengan perasaan Rayyan."

"Kau betul betul dah ready nak tinggal Alia? Kita bukannya pergi sekejap je"

Rayyan sekadar mengukir senyuman tawar. Tiada jawapan bagi soalan berat yang diberikan oleh Ashraf.

"Kau tak perlu ikut,Rayyan...Farhan dah besar..mummy dengan daddy pun ada untuk jagakan Farhan"

"No." Rayyan menyangkal pantas kata kata Ashraf hingga Ashraf tergamam sebentar. "Aku takkan biarkan dia lalui semua benda tu seorang diri...sama lah macam dia yang sentiasa tolong aku dulu walaupun dia sendiri pun sakit."

Ashraf mengangguk faham. Biarlah Rayyan dengan keputusannya,Dia sekadar memberi pendapat dan dia tiada hak untuk memaksa atau membuat keputusan.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now