Harini sudah hari kedua dam akan menjadi hari yang memenatkan. Setelah selesai menukar balutan tangan Alia...Mereka berdua pun berjalan keluar daripada khemah. Katherine mengeluh berat. Haih..ini adalah satu satunya baju berlengan panjang Uzayr dan baju spare terakhir Uzayr. Selepas ini aktiviti mereka adalah mandi lumpur...Jadi Katherine membuat keputusan untuk memakai baju Uzayr untuk aktiviti kali ni..selepas aktiviti...hmm entahlah Dia pun x tahu nak pakai baju apa.Katherine membawa langkah ke lapangan yang mereka akan buat senama pagi. Tiba tiba seseorang menyuakan setin kopi betul betul di hadapan wajahnya.
"Untuk tenaga pagi ni"
Katherine menoleh ke tepi dan bibirnya terus mengukir satu senyuman. "Thank you,Zaquan"
Dia membuka tin dan terus meneguk kopi sebelum menyambung langkah. Sebenarnya memang dia sangat ngantuk...mujurlah Zaquan belikan kopi...segar lah sikit mata ni..
Sebaik sahaja dia tiba di lapangan tersebut,Mulutnya yang tadi rancak berborak dengan Zaquan terus diam apabila dihiasi oleh permandangan yang sangat sangat dia tidak suka dan hatinya yang sebentr tadi setenang air laut kini sudah bertukar menjadi Tsunami! Tangannya mengepal penumbuk..Kenapa? Kenapa hati harus rasa begini sedangkan Farhan marahnya bukan main beria petang semalam dan sikit pun tidak memohon maaf! Tapi apabila mata melihat Batrisya dengan gaya gediknya sedang lap peluh yang ada di dahi Farhan dan Farhan juga tidak memberi respond..seolah olah terima sahaja sentuhan Batrisya..Di tangan Farhan juga ada botol Batrisya. Ini mesti pompuan ni dah bagi air dekat Farhan!.
Pantas sahaja langkah kaki dibawa untuk masuk ke barisan,Sengaja dia lalu di tepi Farhan dan Batrisya.Dia pun terus menyepak tanah di tepi kaki Batrisya hingga Mereka berdua tertoleh kepada Katherine.
"Erghhh!! Najis! Aku yang lalu pun dah geli...Kau boleh berdiri sini lama ama Batrisya?"
Melihat Batrisya yang baru sahaja ingin membuka mulut untuk menjawab, Katherine cepat cepat menepis.
"Oh yee!!! Patutlah boleh tahan berdiri sini...Sebab kau pun sendiri busuk macam najis...Iyakan? Haihhh la...macam mana la orang boleh bertahan duduk dengan kauni?"
Katherine pun membuat muka jijik sambil menggeleng kepala kemudian berjalan pergi.
"Hoi,pompuan!" Batrisya ingin membuka langkah mengejar Katherine namun Farhan lebih pantas menahan.
"Biarkan dia Batrisya...Aku sendiri un tak menafikan apa yang dia cakap. Siapa suruh buat dia marah? Kan dah mendapat....Aku tak pernah bagi pun kau izin untuk sentuh aku..kau je yang memandai" Farhan pun terus berjalan pergi meninggalkan Batrisya yang terkebil kebil.
Selepas 15 minit mereka bersenam pagi untuk memanaskan badan,Akhirnya mereka mula bergera untuk ke lumpur. Mulanya,Semuanya nampak geli untuk melangkah masuk ke dalam lumpur,Perempuan macam Katherine lagilah gelinya! Tapi selepas tu,Semua dah terlebih selesa dah...macam macam gelagat! Terbahak bahak Katherine Gelak melihat perangai tak semengah masing masing.
"Baiklah...misi korang selama mandi lumpur ini adalah...Cari kepah! Kumpulan yang paling banyak akan menang.Kepah kepah yang korang jumpa akan dibakar malam ni waktu BBQ selepas night walk"
Mendengarkan pengumuman abang fesi,Semua bersorak gembira. Katherine di belakang tidak sempat ingin bersorak kerana menumpukan perhatian kepada langkahnya. Sangat sangatlah tidak selesa dengan kaki yang tersarung stokin...dan kaki yang berat untuk angkat kerana tanah.
"Boleh tak?"
Katherine mendongakkan kepala ingin melihat gerangan yang menegurnya.
"Uzayr...Susah nya nak gerak.." Adu Katherine.
YOU ARE READING
Precious Blue Iris (Completed)
RomantiekKatherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sangat menawan.Ibunya berasal daripada france,Ayahnya pula kacukan Cina-Melayu. Tengku Izz Farhan b...