Langkah Rayyan terhenti di tengah jalan apabila dia terpandang kepada susuk tubuh yang sangat dikenalinga sedang duduk di atas bangku dalam keadaan menunduk seolah olah perkara yang difikirannya benar benar berat. Tanpa berfikir panjang,Rayyan terus berjalan ke arahnya dan menegur.
"Uzayr...Kau buat apa kat sini?"
Uzayr tersentak dan serta merta mendongak melihat susuk yang menegurnya.
"Kenapa kau duduk sini? Humyra tak okey ke?" Soal Rayyan lagi.
"Aku tak tahu lah Rayyan..aku betul betul risau ni...Dia suruh aku keluar sebab dia kata dia tak suka orang tengok muka dia pucat macam tu..hodoh katanya. Tapi aku sempat dengar dia menangis lepas aku tutup pintu..aku x boleh nak masuk sebab aku hormatkan permintaan dia..Aku x nak menjadi beban untuk dia.. Aku dah tak tahu nak cakap apa..Takkanlah aku nak puji dia cantik,pulak?"
Rayyan tergelak sedikit,kemudian dia mengangguk faham. "Biar aku yang pergi dekat dia..lepas ni aku datang balik"
Uzayr mengangguk setuju "Apa apa roger aku"
Rayyan menghentikan langkah betul betul di hadapan pintu bilik ward Katherine. Dia menarik nafas dalam dalam kemudian menghembuskannya. Dia berdoa supaya dia mendapat kekuatan untuk berjumpa dengan Katherine.Lagi lagi dengan jelas riak wajah Katherine yang sedang menanggung rindu terhadap Farhan. Berapa a=banyak agaknya yang Katherine ingat? Dia pun tak tahu...Kalau Katherine ingat betapa rapatnya dia dan Farhan dulu..sudah semestinya perasan ingin bertemu dengan Farhan sedang membuak buak.
Dengan lafaz bismillah,Rayyan pun menolak pintu wad dan terus melangkah masuk dan matanya terus mendarat ke arah wajah Katherine yang pucat lesi. Dia sedang bersandar lemah di kepala katil.
"Hye Gorgeous..." Sapa Rayyan dengan suara yang lembut. Satu senyuman manis terukir di bibir walaupun hati sedang menahan rasa kasihan yang teramat melihat Katherine begini lemah.
Katherine tergelak kecil "Gorgeous? Muka saya mesti macam mayat hidup sekarang ni"
"Honestly...awak memang nampak sangat sangat kurus berbanding dulu...But when it goes to Katherine Humyra...in whatever state she is...She will always beautiful."
Lagi sekali Katherine tergelak,kali ini bersama gelengan di kepala. "And when it goes to Rayyan Mikael...He's mouth will always as sweet as a sugar"
Rayyan gelak sedikit "What happen,Gorgeous...Macam mana boleh tiba tiba sakit teruk ni?" Soal Rayyan perihatin.
Tangan Katherine ternaik memicit kepala yang sakit "Biasalah...Memories strikes"
"Something good or something bad?"
Katherine memikir sejenak "Neither...It's something precious.."
Rayyan mengangguk faham "Gorgeous menangis ke tadi?"
Katherine diam tidak memberi jawapan.
"Gorgeous gorgeous miss his Prince, huh?" Soal Rayyan...dia tak ingin menyentuh perihal Farhan dalam emosi sedih.
Saat itu jugalah air mata Katherine menitis setitik ke sisi wajah Katherine.
"Mana dia Rayyan? Takkan lah awak puntk tahu dia ke mana? Dia memang tak nak jumpa saya ke?" Bergetar suara Katherine saat meluah soalan soalan yang sungguh membebankan hati dan perasaan.
Rayyan memandang sayu ke dalam mata biru Katherine yang basah.
"Satu je yang awak perlu buat,Gorgeous...Yakin dengan Farhan. Dia takkan buat sesuatu benda tanpa sebab. I've told you before...Kadang kadang saya sendiri pun sukar faham dan tembak dengan tindakan tindakan dia. Put your trust on him. He's Tengku Izz Farhan."
Sedih hati menyaksikan keadaan Katherine dan Farhan dalam masa yang sama.
Seorang menanti tanpa tahu keaadaan orang yang dinanti.
Seorang lagi sedang bertarung nyawa dan merahsiakan sebaik mungkin keadaan dirinya daripada orang yang menanti.
YOU ARE READING
Precious Blue Iris (Completed)
RomanceKatherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sangat menawan.Ibunya berasal daripada france,Ayahnya pula kacukan Cina-Melayu. Tengku Izz Farhan b...