BAB 23

193 22 0
                                    

          Mata terbeliak luas apabila tersedar daripada mimpi yang terasa sangat nyata.Lama mata merenung kepada siling putih bersama mimpi sebentar tadi yang masih berlegar legar di dalam kepala.Terasa nyata sungguh mimpi tersebut. Permandangan dirinya dan Farhan yang berjalan jalan setiap pagi sambil bermain main soalan matematik..dia memberi soalan,Farhan menjawab..sebijik dengan apa yang Farhan buat bersamanya...malah soalan juga sama.

"Kau dah bangun?"

Berkecai habis lamunan Katherine apabila Farhan menegurnya. Pandangan mata beralih kepada Farhan.

"Sakit kepala tak?"

Soalan Farhan dibiar sepi tanpa jawapan. Mata memandang wajah Farhan dengan lama..Kenapa terasa seperti Farhan adalah seseorang yang dekat tetapi jauh dengan dirinya? Kenapa diri seolah olah rindukan Farhan?

"Kita pernah kenal ke,Farhan?" Akhirnya terpacul juga soalan itu daripada mulut Katherine.

Farhan terkaku.

"Susah ke kau berterus terang dengan aku?" Air mata menitis setitis ke bantal.

Farhan melepaskan keluhan dengan kepala yang tertunduk ke bawah.

"Your past can be hurtful,dangerous, and sad Humyra...Can you just don't think too much?" Pujuk Farhan lembut.

"Siapa kau pada aku? Kita pernah kenal ke,Farhan?"

"Aku boleh jadi orang yang paling kau benci" Pantas Farhan memotong kata kata Katherine.

Terdiam Katherine di buatnya. Mustahil...Mustahil dia bencikan Farhan....segala bayangan yang dia nampak...semuanya indah belaka...senyuamnnya saat bersama Farhan seolah olah senyumannya paling bahagia..hanya dengang Farhan! Malah dia sendiri pun tidak pernah nampak senyumannya begitu! Mustahil Farhan adalah orang yang paling dibenci..Kepala mula rasa serabut....Berdenyut denyut.

"Stop thinkjing..you're hurting,Myra...Kau kena rehat"

Makin serabut dibuatnya. "Aku nak balik asrama! And! Aku tak nak kau jalan dengan aku!"

"No. Aku akan hantar kau sampai depan pintu."

"Aku cakap tak payah kan? Uzayr mana? Takkan dia tak de dengan aku sekarang?"

Farhan menyelak langsir tingkap "Hari dah gelap Katherine Humyra....Uzayr terpaksa balik asrama...dia juga tak berapa sihat harini..bersin tak habis habis...Jadi apa apa pun..kau kena balik dengan aku.Kau terlentang atas katil ni daripada pagi tadi sampai petang...badan kau pun lemah lagi...apa kau nak suruh aku tinggal kau lagi?"

"Ye...tinggal aku sorang...Hidup mati aku tak de kena mengena dengan kau" Padangan mata Katherine bertukar beku.Keras.

"Enough Katherine Humyra! One is Enough! I lost half of my soul the first time I lost you,and there's no twice!"

Katherine bertentang mata dengan Farhan. Kedua dua beku tetapi kesedihan jelas terpampang di dalam mata mereka yang seperti lautan.

"Apa jadi antara kau dengan aku dulu Farhan....Susah ke berterus terang?"

Farhan mengeluh.... "Jalan dengan aku atau tunggu Uzayr yang kena tak sihat datang sini ambil kau?"

Katherine juga mengeluh kali ini "Ye lah...aku balik dengan kau je"

Katherine turun daripada katil..tangan ingin mencapai beg galas Katherine,namun tangan Farhan lebih pantas mengambil beg.

"Dah..kau jalan depan..aku ajalan belakang"

Katherine tidak mahu melawan.Badannya penat..lesu....jadi dia akur dan mula berjalan.

          Sudah 3 hari berlalu,Dia dan Farhan juga kekok..tetapi bab matematik..boleh pulak si Farhan tu ajar tanpa segan silu!

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now