-MCL012-

7 5 0
                                    

Photo:Pinterest

Voteu juseyooo~~

+×+

"Aku penatlah dengan kau ni Areum,"keluh Wooyeon.

"Kau ingat aku tak pernah penat dengan kau?Aku ni lagi penat daripada kau lah kalau nak diikutkan,"kata Areum. Begnya diambil, mahu berangkat ke officenya.

"Eh..aku melawak je, janganlah nak terasa. Macamlah kau tak biasa,"kata Wooyeon. Dia menarik lengan Areum.

"Kau ni merosakkan mood orang betul, tapi tak apalah sebab aku gembira harini,"kata Areum. Dia tersenyum.

"Haa aku nak tanya ni,"kata Wooyeon. "Nak tanya apa?Cepat tau aku nak pergi dah ni, nanti ketua tim aku marah,"ujar Areum. Dia duduk di sebelah Areum.

"Kau..balik lewat pergi mana semalam?Takkanlah pergi makan rumah eomma Tuan Choi kau tu pun berjam?"soal Wooyeon. Keningnya dijongketkan olehnya.

"Aku ada sembang sikit dengan eommeoni lepas tu aku sembang pula dengan Yeonjun,"terang Areum.

"Kau panggil dia Yeonjun je ke?Dia tak marah ke kalau dia tau?"soal Wooyeon lagi.

"Taklah. Dia okey je, Sudahlah aku dah lambat ni, nanti terlepas pula bas aku, Annyeong!"kata Areum. Dia bangun dari duduknya lalu menapak pergi. Heelnya dipakai. Kemudian pintu utama rumahnya dibuka.

"Eh Soobin, kau buat apa dekat sini?Jemput aku ke?"soal Areum. Dia tersenyum kecil.

"Ye lah. Si Soojin ni lah. Macam-macam pula hal dia pepagi ni. Nak jemput kau sekalilah apa lah. Dah jom, dia dah tunggu dekat bawah tu,"kata Soobin. Lengan Areum ditariknya.

Areum segera merentap lengannya daripada genggaman Soobin.

"Kau kenapa ni Areum?"Soal Soobin. Dia tersenyum.

"Aah..kau takut Soojin jealous ke?"soal Soobin. Areum mengangguk.

Soobin mula terkekeh. "Aduh kau ni.. Soojin tu okey je, lagipun aku bukannya suka kau, kau tu sentiasa milik Yeonjun,"kata Soobin.

"Apa kau merepek ni?Dahlah jom kita pergi,"Soobin menarik lengan Areum.

+×+

"Weyh. Kita nak pergi mana?Mana Soojin?"soal Areum.

"Soojin suruh aku jemput kau, aku dah hantar dia ke tempat kerja dia sudah,"kata Soobin.

"Eh..bukan tempat kerja dia jauh dekat depan lagi dari rumah aku ke?"soal Areum.

"Huh?Aku tak fahamlah apa yang kau cakap ni, kau diam je lah. Kalau tak nak menyusahkan aku,"kata Soobin. Dia fokus memandu keretanya.

"Aku tak suruh pun kau pick up aku, kau yang datang sendiri..Eh tak..Soojin yang suruh,"kata Areum. Dia mendiamkan diri setelah berkata seperti itu.

"Kau!"

"Kenapa dengan aku?"soal Areum.

"Good morning pretty, dah makan?"soal Soobin. Dia tersenyum lagi.

Areum mendiamkan diri. Dia merenung ke luar tingkap.

"Areum aku cakap dengan kau ni,"kata Soobin. Dia tersenyum sambil melihat ke arah Areum.

Mr. Choi's Love ||CHOI YEONJUN|| (HIATUS)Where stories live. Discover now