-MCL032-

6 3 0
                                    

-voteu~~

+×+

"Areum suka warna apa eh?" Soal Yeonjun perlahan. Sejak berkahwin ni, tak pernah pula dia tahu tentang Areum. Macam Areum ni suka makan apa atau ada alergi apa?

"Areum suka warna ivory dengan ballet slipper," kata seorang lelaki. Dia mengambil bunga mawar berwarna putih.

"Kau siapa? Kenapa kau tahu tentang Areum ni?" Soal Yeonjun.

"Aku Taehyun, kawan sekolah menengah Areum," jawab Taehyun. Dia memperkenalkan dirinya kepada Yeonjun.

"Kau.. yang jumpa dengan Areum dekat pasaraya tu kan?" Soal Yeonjun.

Bukannya menjawab, Taehyun hanya mengangguk kecil.

"Kau nak beli bunga ke? Untuk Areum?" Soal Taehyun.

"Tak payah sibuk,"

"Kau tak boleh beli bunga kalau ikut warna dia, kau kenalah beli bunga ikut maksudnya," kata Taehyun. Bunga tulip berwarna merah jambu diambil olehnya.

"Tulip bermaksud cinta sejati. Tapi kalau mengikut warna, aku tak tahulah pula," kata Taehyun.

"Tapi kalau mawar aku tahulah," tambah Taehyun lagi.

"Aku tak tanya kau pun,"

"Maknanya kau dah tahu maksud semua bunga dekat sini? Termasuk bunga yang tu?" Soal Taehyun. Jari menunjukkan ke arah sejenis bunga yang terletak jauh daripada bunga-bunga yang lain.

"Aku.."

"Bunga tu kau mesti selalu nampak dekat nampak dekat permakaman kan?" Soal Taehyun. Yeonjun hanya mengangguk kecil.

"Takkanlah aku nak bagi bunga tu dekat Areum pula," marah Yeonjun. Dia berdecit.

Setakat bunga apalah sangat kan?

"Jadi kau tahulah maksud mawar putih ni?" Soal Taehyun.

Lantas saja Yeonjun menggeleng.

"Kalau mawar putih bermaksud kesucian atau ada juga yang kata maksudnya permulaan baru, kalau mawar merah pula lain maksudnya cinta dan romantik," kata Taehyun. Dia berjalan ke kaunter.

"Ya, encik?" Soal wanita yang berdiri di kaunter.

"Cik, mawar tu Gigi tak ada ke? Juliet? Campanella?" Soal Taehyun.

"Tak ada, encik. Lagi pun yang tu agak eksklusif dekat sini," kata wanita itu.

"Tapi, encik.. mawar semuanya sama encik tinggal pilih mana yang berkenan," kata wanita itu.

"How about Iceberg? Ada tak?" Soal Taehyun lagi.

"Iceberg? Saya rasa ada kalau tak ada pun mungkin ada Anne Harkness," kata wanita itu.

"Kejap eh," wanita itu terus keluar dari kaunter, dia berjalan ke arah mawar-mawar tersebut.

"Haa ni ada," kata wanita itu. Sekuntum bunga mawar putih diberikan kepada Taehyun.

"Encik nak warna putih ke?" Soal wanita itu. Dia kembali masuk ke kuanter.

"Ya,"

"Kau nak beli bunga apa ni? Kau nak Anne Harkness ke? Atau nak bunga mawar yang bergradasi ni?" Tanya Taehyun.

"Tapi aku tak tahu Areum suka bunga apa," kata Yeonjun.

"Manalah aku tahu. Areum tak pernah bagi tahu pula dia suka bunga apa. Entah-entah dia tak suka bunga," kata Taehyun.

Mr. Choi's Love ||CHOI YEONJUN|| (HIATUS)Where stories live. Discover now