-MCL036-

11 4 2
                                    

-Voteu~~

+×+

"Eh, tapi saya bukan pembunuh berantai!" Nafi Yeonjun.

Dia pembunuh berantai?

"Encik ni siapa? Tiba-tiba datang ke sini? Ada hal apa?" Soal wanita yang baru sahaja memarahinya tadi. Suaranya sedikit kasar.

"Entah-entah encik ni penculik? Ataupun perogol!?" Teka wanita itu.

"Bukanlah!" Nafi Yeonjun lagi.

"Kalau macam tu kenapa kacau dia ni? Mentang-mentang dia sakit mental, encik nak guna-gunakan dia lah!" Marah wanita itu.

"Sakit m -mental?" Soal Yeonjun.

"Kalau macam tu duduklah dulu, encik. Saya tak rasa encik ni orang jahat," kata wanita itu. Yeonjun dibawa masuk ke dalam kafe.

"Encik nak minum apa?" Soal wanita itu.

"Amerikano ais," jawab Yeonjun ringkas. Wanita itu mengangguk laju sebelum meninggalkan Yeonjun.

+×+

"Encik ni dari mana ni? Cari siapa? Ke datang bercuti? Atau ada kerja?" Soal wanita itu.

"Saya datang cari isteri saya sebenarnya. Dia lari ke sini. Tapi saya tak tahu dekat mana dia tinggal," terang Yeonjun.

"Aik? Isteri encik lari dari rumah ke? Haa mesti encik ni kaki pukul kan!?" Kata wanita itu.

"Bukanlah! Aku tak suka pukul eh. Jijiklah!" Marah Yeonjun. Tangannya segera disilang ke dadanya.

Marah ke merajuk?

"Kalau macam tu siapa nama dia? Saya tahu semua dekat kampung ni," kata wanita itu.

"Hm.. mungkin cik tak tahu nama isteri saya. Dia jarang nak balik kampung dia. Lagipun dia tak suka keluar sangat ni," kata Yeonjun.

Ya ke Areum tak suka keluar?

"Encik pasti? Entah-entah dia tak keluar sebab nak jaga hati encik aje," kata wanita itu. Suka betul nak cari gaduh dengan orang.

"Eh..hm.. tak payahlah kau sibuk fasal keluarga aku!" Kata Yeonjun. Marah? Ya.

Ting!

"Encik tunggu sekejap eh, ada orang datang tu, sembanglah dulu dengan Si Jimin tu," kata wanita itu. Dia langsung pergi.

"Tadi Cik Areum ada dekat belakang sana," kata Jimin.

Yeonjun mula menggaru kepalanya. Perlu ke dia percaya dengan orang gila ni? Ish.

"Urm.. tak apalah," kata Yeonjun.

Tak selesa.

"Saya pergi dululah, Encik Yeonjun," kata Jimin.

Tersembur amerikano aisnya. Manalah perempuan gila ni tahu nama dia ni?

"Bye!" Kata Jimin. Dia melambaikan tangan kepada Yeonjun sambil mengukirkan senyuman.

"Baik aku buat-buat tak kenal," kata Yeonjun.

Setelah Jimin pergi, dia mengeluh.

Mr. Choi's Love ||CHOI YEONJUN|| (HIATUS)Where stories live. Discover now