-MCL021-

5 4 0
                                    

Voteu juseyoo~~

+×+

"Awak ada apa cari saya ni, Yeonjun? Ada hal penting ke sampai tercungap-cungap ni?"soal Areum. Dia cuba bangun dari duduknya.

"Tak payah bangun. Duduklah situ,"kata Yeonjun. Perlahan Areum mengangguk.

"Huening, Soyeon, tinggalkan kami berdua boleh?"pinta Yeonjun. Soyeon mengangguk kecil sebelum pergelangan tangan Huening ditarik olehnya.

Setelah Soyeon dan Huening keluar, Yeonjun mula membuka mulutnya.

"Areum. Appa awak dah bagitahu ke belum soal perkahwinan kita tu?"soal Yeonjun. Dia menatap mata Areum. Cantik. Itu sahaja yang dapat diungkapkan oleh Yeonjun.

"Perkahwinan apa?"soal Areum pula. Rasanya tak ada pula Tuan Jung memberitahunya tentang apa-apa perkahwinan.

"Pakaian yang awak lakarkan tu dah siap. Cantik kejadiannya. Jadi, eomma nak awak pakai baju tu semasa perkahwinan kita nanti,"terang Yeonjun.

"Kejap apa maksud awak ni?Perkahwinan apa ni?P-perkahwinan kita?"soal Areum. Seakan-akan tidak percaya apa yang Yeonjun terangkan. Perkahwinan kita?

"Ya, perkahwinan kita. Kita akan berkahwin. Eomma dah siap hantarkan jemputan kepada kawan-kawan dia. Mengikut tarikh, 3 hari lagi kita akan kahwin. Jadi, Jung Areum bersiap sedialah,"terang Yeonjun lagi. Kali ini dia memastikan Areum betul-betul faham akan penerangannya itu.

"Kahwin?K-kita?"tanya Areum. Jari telunjuknya menunjukkan ke arahnya lalu ke arah Yeonjun berkali-kali.

Yeonjun tidak menjawab hanya dibalas dengan sedikit anggukkan. Cukup membuatkan Areum terkejut.

"Awak..betul-betul nak berkahwin dengan saya?"soal Areum.

Tidak seperti tadi, sekarang Yeonjun hanya diam, tidak juga dia membalas dengan bahasa tubuh.

Areum juga terdiam.

Beberapa saat mereka terdiam sehinggalah Areum membuka mulutnya.

"Maknanya tak bukan?Awak takkan pernah suka akan saya kan?"

"Aku cuba Areum. Aku akan cuba,"

+×+

Areum bangun dari tidur lenanya itu.

"Huft" Areum mengeluh. Jam di dinding ditiliknya.

Dia sudah dibolehkan pulang ke rumah. Akan tidak percaya hari ini juga perkahwinannya akan berlangsung. Ya, hari ini.

Wajahnya diraup. Gugup mungkin.

Dia bangun dari duduknya. Bolehlah daripada tak dapat berjalan langsung. At least kakinya itu membaik.

Tok!

Tok!

Tok!

Pintu bilik tidur Areum diketuk. Seseorang yang berada di luar mula membuka mulut.

"Areum dah bangun ke? Appa nak pimpin Areum ni,"kata seseorang itu. Sudah pasti itu Tuan Jung.

"Dah appa,"jawab Areum ringkas.

Mr. Choi's Love ||CHOI YEONJUN|| (HIATUS)Where stories live. Discover now