-MCL025-

8 3 2
                                    


Voteu juseyoo~~

+×+

Areum menguap. Pagi - pagi lagi, Yeonjun sudah mengajak dia bersenaman. Kacau ketenteramannya mahu tidur saja!

Tapi Areum suka dapat meluangkan masa bersama suaminya itu. Selalunya setiap cuti, Yeonjun selalu menghilang. Kalau tidak main golf mungkin dia pergi hangout bersama kedua rakannya itu.

Tapi hari ini dia berkata mahu keluar berdua dengan Areum. Mahu tak senyum sampai ke telinga kalau dah Yeonjun yang cakap begitu.

Yeonjun kata dia mau hangout tapi, Soobin ada blind date manakala Beomgyu pula mahu meluangkan masa dengan Haeun. Terbantutlah niatnya mahu keluar lepak bersama mereka berdua.

"Petang ni ikut aku pergi pusat membeli- belah,"kata Yeonjun.

Areum hanya mengangguk - anggukkan kepalanya. Sudah lama juga dia tidak keluar membeli. Kalau keluar pun hanya membeli barangan dapur sahaja.

+×+

"Apa tema kita nanti? Ke random aje?"soal Areum. Belum lagi sampai ke mall, pelbagai jenis soalan telah dilontarkan oleh Areum. Teruja sangat.

"Sebelum ke mall, kita ke rumah eomma dulu. Sebab tulah aku bawa kereta hari ni,"kata Yeonjun.

Ya betul. Bukan menaiki Hyundai milik Yeonjun tapi kereta sport Ferrari Laferrari berwarna hitam. Terkejut juga Areum. Tak pernah dia menaiki kereta sport.

Selalunya naik helikopter aje.

"Kita memang berdua aje ke hari ni?"soal Areum.

"Kenapa? Salah?"soal Yeonjun.

"Tak salah. Cuma nak tanya aje,"kata Areum.

"Dah sampai, cepat turun,"kata Yeonjun.

Eh. Rasanya macam baru sahaja naik kereta. Lalai sangat bersembang sampai tak perasan dah betul - betul depan rumah Puan Choi.

Beg tangan berjenama Chanel itu diambilnya.

"Kau beli guna duit kau sendiri ke?"tanya Yeonjun. Dia tertanya - tanya.

Tak tahu lagi ke yang isteri dia ni kaya?

"Ya, kenapa tanya macam tu? Awak ingat saya mencuri ke? Atau awak ingat ni barang tiruan?"jawab Areum.

"Eh.. tak. Cuma tertanya, mana dapat duit? Cukup ke gaji dekat syarikat tu? Dengan bil rumah lagi, makan lagi,"

"Cukuplah. Buat apa tak cukup pula. Selalunya makanan Areum tak beli sangat pun, appa yang hantar,"terang Areum.

"Appa kerja apa? Tak pernah pula tahu,"

"Appa kerja biasa je. Peladang,"jawab Areum. Yeonjun hanya meng'oh'kan saja.

+×+

"Yeonjun, Areum, eomma dengan appa nak cakap sesuatu ni,"kata Puan Choi. Tuan Choi hanya mengangguk - angguk.

Baru sahaja pulang dari Amerika.

"Aik, bila appa balik?"soal Yeonjun.

"Semalam,"

"Okey bukan tu yang kitorang nak cakapkan,"kata Puan Choi. Bahu Tuan Choi dicuit olehnya menyuruh Tuan Choi untuk bercakap.

Mr. Choi's Love ||CHOI YEONJUN|| (HIATUS)Where stories live. Discover now