-MCL019-

9 5 0
                                    

Photo: Pinterest.

Voteu juseyoo~~

+×+

"Aku peninglah Soobin,"kata Yeonjun.

"Haa kau dah kenapa pula kali ini?"soal Soobin. Iced americano diletakkan di atas meja Yeonjun. Sudah semestinya minuman itu dibeli untuk Yeonjun.

"Eomma aku lah suruh aku kahwin dengan Areum. Sampai appa Areum pun pun cakap yang aku ni tunang dia,"keluh Yeonjun. Kepalanya dipicit.

"Alah, eomma kau nak sangat tu kau kahwin dengan dia,"kata Soobin. Bukannya menenangkan Yeonjun malah merumitkan lagi fikiran Yeonjun.

"Aku peliklah dengan kau ni, Soobin. Haritu, kau pernah cakap yang kau suka dia kan?Kenapa nak jodoh-jodohkan aku dengan dia pula ni?"soal Yeonjun. Iced americanonya disedut.

Sedapnya.

"Lah kau tak dapat lagi ke?"

"Kalau cakap dia suka aku..haritu masa aku jumpa dia, dia kata tak suka pun aku,"kata Yeonjun.

Ah rumitnya!

"Dia cakap macam mana?"soal Soobin.

"Aku ada lah tanya dia, dia suka aku ke tak. Lepas tu dia diam je, mestilah tak kan?"terang Yeonjun. Soobin hanya mampu menepuk dahinya.

"Kau peninglah seorang diri, aku ada hal ni nak kena buat dekat luar,"kata Soobin. Dia keluar meninggalkan Yeonjun.

"Haa pergilah,"

+×+

"Aduh lembab betul mamat tu,"kata Soobin. Dia berdiri di atap syarikat tersebut, Kota Seoul dipandang dari atas.

"Kau kenapa hyung?"soal Huening Kai yang baru saja tiba dengan Soyeon.

"Aduh Huening, kenapa kau bawa aku datang sini?!Aku nak jenguk Areumlah!"kata Soyeon lengan Huening ditarik kuat.

"Eh kau diamlah Soyeon. Tak habis-habislah dari tadi lagi memekak. Areum. Areum. Areum. Penat!"keluh Huening.

"Biarlah. Dia tu kawan baik aku. Kau tak fahamlah,"kata Soyeon.

Soobin hanya tersenyum melihat karenah Huening dan Soyeon. Serasi, itu sahaja yang difikirannya.

"Kau ni, jadi tak nak pergi jenguk Areum?Tengok Soyeon ni, tak keruan kalau tak ada Si Areum tu,"kata Huening.

"Mestilah aku pergi,"

+×+

"Pakcik, Areum macam mana?"soal Soobin. Wajahnya risau.

"Dia ada je dekat dalam tu, tak sedarkan diri lagi, nanti sedarlah tu, lagi pun luka dia tak parah pun. Doktor kata mungkin tak sedar dalam beberapa hari je,"terang Tuan Jung.

"Taklah saya cuma risau saja,"

"Pakcik tahu kamu risau,"kata Tuan Jung. "Pakcik tahu juga yang kamu suka pada Areum,"kata Tuan Jung.

"P-pakcik..tahu daripada siapa?"soal Soobin. Rasanya dia dah banyak rahsiakan soal perkara ini.

"Aku yang bagitahu,"kata seseorang.

Mr. Choi's Love ||CHOI YEONJUN|| (HIATUS)Where stories live. Discover now