-MCL023-

7 3 0
                                    


Voteu juseyoo~~

+×+

Setelah sebulan perkahwinan Areum dan Yeonjun, Mereka tetap tidak pernah tidur bersama apatah lagi bersentuhan seperti pasangan suami isteri yang lain.

Tapi Areum tidak pernah mengatakan apa - apa. Baginya, mungkin Yeonjun masih kekok dengan perkahwinan mereka itu. Lagi pula, dia pun tidak selesa tidur bersama lelaki.

Seusai sahaja keluar dari bilik mandi, Areum masuk ke dalam bilik Yeonjun. Panggil Yeonjun untuk sarapan.

"Yeonjun,"panggil Areum.

Tiada Yeonjun. Hanya ada telefon pintarnya. Ke manakah dia menghilangkan diri? Mungkin sedang mandi.

Ting!

Ting!

Telefon pintar Yeonjun berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Tapi Areum biarkan sahaja. Privasi Yeonjun kan.

Tapi, telefon itu tidak berhenti berbunyi. Seakan - akan memanggil Areum untuk membalasnya.

Areum berjalan menuju ke telefon pintar Yeonjun. Telefon itu diambil.

Eomma.

"Oh.. eommeoni ke? Ingat siapa,"kata Areum. Lega. Tahu pun cemburu.

Tak apa bukan kalau dia melihat chat Yeonjun bersama Puan Choi?

"A-apa..?"

"Jadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Jadi..selama ni.."

Dengar sahaja pintu bilik mandi di buka, Areum terus meletakkan kembali telefon pintar tersebut.

"Oh, Areum. Ada apa ni?"soal Yeonjun. Dia keluar dengan bathrobenya. Telefon pintarnya diambil.

"Makanan dah siap,"kata Areum.

Melihat sahaja wajah Areum yang kelihatan lain dari biasanya itu membuatkan Yeonjun risau. Keningnya dikerut. Jujur, dia sangat risau.

"Areum, kau ada masalah?"soalnya. Mesejnya bersama Puan Choi tadi ditengok.

"Cepat pakai baju tu, nanti kita makan sama - sama,"kata Areum.

"Areum dah tengok kan? Mesej Yeonjun dengan eomma tu?"soal Yeonjun.

Areum terkedu.

Yeonjun pasti mesti kerana mesej eommanya itu.

"Awak.. suka Soyeon ke?"soal Areum.

Mr. Choi's Love ||CHOI YEONJUN|| (HIATUS)Where stories live. Discover now