-MCL016-

13 4 9
                                    

Photo: Pinterest.

Voteu juseyoo~~

+×+

"Baguslah? Apalah yang mengarut sangat ni, eomma?"soal Yeonjun.

"Baguslah. Eomma tak suka Si Soyeon tu. Eomma suka Areum je,"kata Puan Choi. Dia kelihatan tenang.

"Tak naklah eomma!Apa ni jodoh-jodohkan orang ni?Yeonjun tak sukalah sikap eomma yang macam ni!"kata Yeonjun.

"Apa pun yang terjadi, Soyeon takkan naklah dekat Yeonjun. Areum dah banyak cerita fasal Soyeon dekat eomma,"terang Puan Choi.

"Sini duduk dulu,"tambah Puan Choi lagi. Tempat duduk di sebelahnya ditepuk-tepuk. Yeonjun segera duduk bersebelahan dengan Puan Choi.

"Yeonjun tak suka Areum. Dia tak secantik Soyeon,"kata Yeonjun. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Puan Choi.

"Jadi Yeonjun nak bercinta dengan orang yang cantik saja?Kalau nanti korang bergaduh, kecantikan dia tu boleh buat korang berbaik semula?Kalau dia curang, kecantikan dia tu boleh hentikan dia dari curanglah?"soal Puan Choi.

Yeonjun mengeluh.

"Eomma takkan faham, Soyeon tu.. mengingatkan Yeonjun pada seseorang,"kata Yeonjun.

"Seseorang kepala kau!Eh Yeonjun ni dengan perempuan pun tak pernah rapat selama ni, tiba-tiba mengingatkan kepada seseorang. Tak ke pelik jadinya tu?"kata Puan Choi seraya bahu Yeonjun dicubitnya.

"Eh sakitlah!"

"Hari jadi appa dah dekat,"kata Puan Choi. Tiba-tiba dia menukar topik.

"Yeonjun baru ingat. Bila kita nak pergi lawat appa?"soal Yeonjun.

+×+

"Eh appa ni kenapa dua tiga hari ini nampak sibuk je?Ada hal apa ni?"soal Wooyeon.

"Tak ada apa-apalah. Wooyeon tak payah banyak tanya,"kata Tuan Jung. Dia mengabaikan Wooyeon.

"Eh?"

"Appa datang sini sebab ada hal kerja, kau apa tahu. Kau nak bercinta je. Oh fasal kerja kau tu aku dah bagitahu appa. Itu yang appa abaikan kau,"terang Areum.

Secawan teh hangat yang terletak di atas meja itu diambil lalu dihirup olehnya.

"Eh kau ni kan!"

"Tak payahlah jerit-jerit, nenek tengah tidur tu. Nanti terjaga kau dodoikan dia,"kata Areum.

"Eleh senang je,"

"Dengan lagu BTS,"kata Areum lagi.

"Err..okey aku diam,"balas Wooyeon.

"Berhenti kerja kau tu, aku dengan appa sangguplah setakat nak belanja kau dengan boyfriend kau tu,"terang Areum.

"Tapi boyfriend aku suruh belikan dia Hyundai,"kata Areum. Mata Areum terbeliak.

"Gila ke jantan tu?Kenapa kau pula yang kena belikan dia kereta?Alamak.. kau tak payahlah belikan dia kereta bagai. Handbag kau mana?"soal Areum.

Mr. Choi's Love ||CHOI YEONJUN|| (HIATUS)Where stories live. Discover now