-"Dia kejam! Dia lakukan perkara terkutuk itu kepada pelajarnya sendiri! Usir dia! Dia tak layak jadi guru!"-
Iruka bangun dalam keadaan terpinga-pinga dan berpeluh-peluh, bajunya basah lencun kerana keringat yang membasahi diri. Beberapa kali cuba menarik nafas sesak untuk bertenang.
Dia menjatuhkan kaki ke sisi katil diatas lantai, lantai yang membeku langsung tidak mengganggunya.
Dia melihat jam diatas mejanya, hari hampir menjelang fajar. Dia menelan liur pahit. Dadanya turun naik masih terasa mencucuk kerana mimpi yang melanda.
Tangannya menggigil hebat dengan terketar-ketar menyapu wajahnya kasar. Lalu menekan siku sendiri ke pahanya sambil telapak tangan masih menutup wajahnya. Dia hampir membongkok ke lututnya sendiri. Menahan diri dari menangis.
'Oh Tuhan! Saya tak akan pernah terlepas darinya kan?' Iruka bergumam dalam sesak nafasnya. Dia mengangkat wajah menarik lagi nafas beberapa kali dan menghembus kasar.
"Bangun Iruka! Awak kuat, perkara itu sudah berlalu!" Dia berjanji kepada diri sendiri. Segalanya hanya kisah silam. Dia mengangguk sekilas kepada diri sendiri. Lalu bangkit menuju ke bilik mandi setelah meregang seketika.
Dia perlu mencari rumah dan dia juga perlukan sebarang pekerjaan untuk memulakan kehidupan baru di Konoha.
Dia berdoa supaya segalanya berjalan dengan lancar pada hari itu.
Sudah dua minggu dia tiba di Konoha dan masih belum mendapatkan sebarang pekerjaan dan juga rumah yang mampu dia miliki
-
Kakashi dengan tenang menekan butang lif dan menunggu dengan sabar. Sesekali dia menjeling pada jam ditangannya. Dia tersenyum melihat pada angka.
Hari itu cukup dua minggu dia datang kerja tepat pada waktunya atau dia boleh katakan dia tiba lebih awal walaupun lima minit.
Tetapi hari ini dia telah muncul dihadapan menaranya setengah jam lebih awal dari waktu biasanya membuat pemandunya alias kawan baliknya memandang aneh kepadanya.
Apabila pintu lif terbuka. Kotak lif itu kosong dengan senang hati dia melangkah masuk dan menekan butang untuk ke tingkat tujuh di mana pejabatnya terletak. Pintu lif hampir tertutup apabila beberapa orang dengan pantas menyelinap masuk.
"Oh Tuhan! Saya fikir saya akan terlepas lagi" itu suara Naruto, salah seorang pekerjanya. Lelaki itu sangat bertenaga dan ceria. Mereka berkemungkinan belum menyedari bahawa Kakashi berada di belakang mereka.
"Sial, Naruto! seperti awak tak pernah lewat!" Kiba mendengus sambil menolak bahu lelaki itu. Kakashi tidak berkata apa-apa dengan pertuturan agak tidak sopan antara staf kerjanya.
Kemudian matanya bertembung dengan mata Sakura yang terkejut. "Bos!" Wanita itu hampir menjerit. Pantas menampar kedua rakannya untuk melihat ketuanya.
"Selamat Pagi, Bos" mereka menegur serentak sambil menunduk hormat kepadanya. Kakashi perasan wajah Sakura yang tersipu-sipu.
Dia hanya mengabaikannya, sudah letih untuk melayani wanita-wanita yang sedaya-upaya cuba menarik minatnya. Entah seratus atau sejuta kali dia berkata tidak berminat, mereka tetapi berdegil untuk menggodanya.
"Agak meriah pagi ini" Kakashi membalas kemudian, cuba mengurangkan tekanan yang meningkat diantara mereka. Masing-masing hanya tersengih malu. Tidak berkata apa-apa sehinggalah pintu lif terbuka.
Pekerja terus berlari keluar meninggalkan Kakashi yang cuba menahan tawanya sendiri. Masa muda yang bersemangat. Kakashi menggeleng kepalanya apabila terasa suara kawan baiknya yang juga saingannya, Gai terngiang-ngiang di kepalanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Like Bread and Coffee
FanfictionKetika mereka bertemu, roti dan kopi menjadi saksi mekarnya debunga kasih diantara hati yang sunyi dan jiwa yang kosong