"lihat itu dia, dasar manusia munafik dan hipokrit. Di depan lembut seperti sutera di belakang tajam dan kejam seperti belati! Menjijikkan!"
Iruka membuka matanya, bunyi bising seperti barang dibuang memanggilnya dari mimpi buruk yang menikam. Dadanya berombak kencang. Nafas turun naik cuba diatur baik.
Dia akan berterima kasih dengan pergaduhan yang berlaku diantara jirannya. Walaupun kedengaran kejam tetapi dia terjaga kerana itu.
Dia bangun dari tempat tidurnya yang tidak selesa, selepas keletihan berkerja dia telah rebah di sofa dan terus terkubur dalam tidur letihnya.
Dia sengaja melakukan dua kerja pada satu masa kononnya untuk menyibukkan diri supaya dia lupa apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Sudah bertahun-tahun hidupnya tidak mudah.
Apabila dia fikir dia akan menjadi lebih baik. Mimpi-mimpi itu datang menyerangnya tanpa ampun. Dia hanya inginkan kehidupan yang tenang dan dia tidak tahu mengapa perkara itu tidak boleh membiarkan dia sendiri.
Malam-malam tidurnya tidak pernah indah terutama sejak dia berpindah ke Konoha. Dia mula berfikir mungkin kerana Konoha lebih dekat dengan apa yang dia fikirkan keluarga.
Dia mencapai telefonnya dan merenung jam yang tertera. Dia mengeluh. Gerai ramen yang mengambil dia berkerja akan dibuka kurang dari dua jam. Dan dia tidak boleh tidur semula.
Jadi dia mengambil keputusan untuk melakukan sedikit senaman pagi. Dia perlu mandi dan menukar pakaian yang lebih selesa.
Kemudian dia berlari anak disekeliling kawasan tempat tinggalnya dan seterusnya sehingga dia tidak menyedari bahawa kakinya telah membawanya ke tasik yang telah menjadi antara tempat kesukaannya.
Ingatan tentang Sukea meningkat, dia boleh katakan dia rindukan kehadiran lelaki itu. Walaupun mereka baru berjumpa sekali. Dan sudah sebulan berlalu dia berharap dia berjumpa dengan lelaki itu lagi.
Apabila jam hampir menunjukkan pukul lapan pagi, Iruka mengambil keputusan untuk menamatkan larian paginya dan bersiap untuk ke tempat kerjanya.
Sebelah pagi dia kerja di gerai menjual ramen. Pemilik Ichiraku Ramen sendiri yang menawarkannya pekerjaan sebagai pembantu kedai kerana dia telah datang dalam keadaan kusut, kucar-kacir dan mengadu kepada lelaki separuh baya itu bahawa dia sangat terdesak mencari kerja untuk memulakan hidup barunya di Konoha.
Walaupun masak bukan bidangnya tetapi melihat lelaki tua itu dan anak gadisnya memasak dan menjamu pelanggan dengan ramen dan mereka kelihatan sangat gembira dia sangat berpuashati.
Itu mengingatkan kepada reaksi bekas pelajarnya ketika dia menyerahkan pemarkahan ujian kepada mereka dan sangat gembira apabila mereka mendapat markah yang tinggi.
Dia sejujurnya sangat merindui suasana mengajar dan belajar. Iruka mengeluh. Perkara yang dia inginkan tidak benar-benar akan berlaku lagi.
"Sudah sepuluh tahun" Bekas guru itu merungut dalam nafasnya. Dia terkenangkan nasibnya. Dia kini sudah berusia tiga puluh tahun dan dia masih tidak dapat melihat ke mana arah hidupnya membawa.
"Selamat pagi, Iruka" Iruka mengangkat wajah dan melihat senyuman mesra Ayame.
"Pagi, Ayame" balas Iruka ceria, membuang segala kerengsaan yang berlaku dalam kepalanya. Gerai dibuka dengan kemunculan pelanggan yang mahu sarapan. Walaupun hidangan utama kedai itu adalah ramen, mereka juga menyediakan hidangan sampingan.
Apabila jam hampir pukul tujuh mereka bersiap-siap berkemas untuk menutup kedai.
Setelah itu dia akan terus menuju ke sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24jam sehari untuk memulakan kerja sambilannya tepat jam lapan sehingga dua pagi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Like Bread and Coffee
FanfictionKetika mereka bertemu, roti dan kopi menjadi saksi mekarnya debunga kasih diantara hati yang sunyi dan jiwa yang kosong