"Dia muncul!" Naruto terpaksa menjauhkan telefon dari pendengarannya "dia berada di Konoha sekarang!" Suara teruja itu kedengaran bersemangat di seberang talian.
"Bertenang Sasuke, awak mengejutkan saya, saya tak pernah dengar suara awak seteruja ini" Balas Naruto.
"Maaf, cuma awak faham saya cuma bersemangat sahaja, boleh kita jumpa?" Soal Sasuke di hujung talian. Naruto berkira-kira dia melihat jadual kerjanya dan berfikir sejenak.
"Makan siang hari ini?" Naruto bertanya kembali.
"Hebat! Saya jumpa awak nanti di Ichiraku" Sasuke bersetuju dan talian terus dimatikan.
Naruto terus tertumpu pada kerjanya sehinggalah bahunya dicuit dari belakang, sebaik sahaja dia mengangkat wajah dia melihat Sasuke berdiri sambil merenungnya lantas dia menoleh melihat jam. Dia hanya mengangguk sambil mengemas meja kerjanya dan mengikut lelaki itu keluar sambil mengabaikan berpasang mata merenung mereka.
"Periksa telefon awak! Dua puluh minit saya tunggu di Ichiraku dan hebatnya awak tak muncul" Sasuke merungut sambil menekan butang lif.
"Maaf-" gumam Naruto sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Dia tersengih ke arah Sasuke saat melihat tujuh panggilan tidak dijawab. Dia terlupa dia meletakkan telefonnya dalam mod senyap.
Mereka terus diam sehinggalah mereka tiba d Ichiraku memilih tempat yang sedikit tersorok dan memesan makanan. Naruto seperti biasa telah memesan Miso ramen dan Sasuke memilih Yakisoba untuk makan tengah hari mereka.
"Jadi apa perkara penting yang awak mahu cakap?" Naruto terus ke isi cerita sambil menghirup sedikit air suam yang disediakan pekedai secara percuma kepada pelanggan.
"Oh, ya. Sekejap" Sasuke pantas menyelongkar kocek seluarnya dan mengeluarkan telefon pintarnya, dia membelek seketika sebelum menyerahkan alat komunikasi itu kepada kawannya.
"Lihat!"
Naruto pantas mengambil dan melihat apa yang cuba ditunjukkan oleh Sasuke. Membutang matanya melihat apa yang tertera di skrin telefon itu. Mulutnya yang sedikit ternganga ditutup oleh tapak tangan manakala matanya mula berkaca-kaca.
"Gambar itu baru diambil beberapa minggu lalu dan lokasinya saya pasti adalah di sekitar taman Konoha tidak jauh dari sini hanya perlu setengah jam jika naik motosikal" Sasuke menerangkan kepada lelaki yang masih tidak dapat bersuara.
"Saya telah menghantar Juguo ke sana untuk-" Kata Sasuke mati apabila Naruto dengan perlahan meletakkan telefon itu dan menekup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Bahu rakannya jatuh, seketika bergegar. Sasuke telah mengambil isyarat untuk bangkit dan duduk di sisi lelaki itu mengusap bahunya memberi keselesaan.
Apabila pelayan datang menghantar makanan mereka, Naruto langsung tidak mengangkat wajah, hanya Sasuke mengangguk berterima kasih dan tersenyum kepada pelayan yang kelihatan risau melihat Naruto.
"Siapa yang mengambil gambar itu?" Naruto akhirnya bersuara sebaik pelayan itu pergi.
"Seorang jurugambar bebas. Tak silap saya namanya Sukea, Shisui telah mengikutinya kerana dia meminati gambar-gambar yang lelaki itu ambil. Sehingga semalam, Shisui muncul dengan menunjukkan gambar itu kepada saya. Dia terkejut apabila melihat gambar itu. Ini adalah kali pertama Sukea memfokuskan kepada seseorang" Sasuke mengambil semula telefonnya dia menyapu seketika telefon itu.
"Saya telah menghantar pesanan kepada lelaki itu bertanyakan tentang abang awak, tetapi dia masih belum balas malah dia belum melihat perbualan itu." Sasuke sedikit mengeluh.
Dalam satu paparan, menunjukkan gambar yang sama ditunjukkan Sasuke. Lelaki dalam gambar itu tersenyum cerah sambil latar belakangnya kabur. Naruto tersenyum melihat apa yang tertulis disana.
'Senyumanmu secerah matahari pagi' perkataan itu ditatapnya. "Senyuman Ruka-nii memang indah tapi sejak hari itu saya tidak pernah lagi melihat senyuman itu" Naruto berbisik sambil jarinya meluncur lembut diatas gambar yang tidak bergerak. "Hantar gambar ini kepada saya, boleh? Mungkin saya akan tunjukkan kepada Deidara niisan" Kata Naruto lagi. Sasuke mengangguk kembali duduk ditempatnya.
Manakala di dapur. Iruka sedang berbual dengan Moegi gadis lepasan sekolah yang sedang bekerja sambilan sambil menunggu keputusan peperiksaannya keluar.
"Ada apa Moegi? Awak berkerut dahi sejak tadi dan terus mengintai ke luar" Soal Iruka sambil mengelap pinggan basah dan menyusun ditempatnya semula.
"Salah seorang pelanggan sepertinya sedang menangis." Gadis itu mengeluh. Iruka hanya tersenyum sambil menyambung semula kerjanya manakala Moegi telah dipanggil untuk menghantar hidangan kepada pelanggan baru.
____________
Kakashi merenung jam tangannya dia tersengih. Sudah waktunya untuk pergi. Dia mencapai blazer hitamnya dan bergegas keluar. Memberi sepatah kata kepada pekerjanya dan meninggalkan pejabatnya.
Sebaik sahaja pemandunya menghantarnya pulang dia mengarahkan lelaki itu pulang sahaja manakala dia bergegas untuk menukar pakaian dan Sukea kembali petang itu.
Tanpa kata dengan menaiki kenderaannya dia segera menuju ke taman yang sering dikunjunginya. Dia telah menunggu hampir dua puluh minit barulah seseorang yang ditunggunya muncul sambil tersenyum cerah seperti selalu.
"Sukea-san!" Iruka menegur dengan teruja seperti biasa dia menghulurkan sebungkus roti kepada temannya dan Kakashi mengganti dengan memberinya secawan kopi. Masing-masing tersenyum.
"Nah, maaf kopi mungkin sudah sejuk" Kata Kakashi.
"Tak mengapa terima kasih saya hargainya" Balas Iruka menyedut sedikit minuman suam itu untuk membasuh tekaknya "sangat sempurna!" Tanpa sedar dia menjerit teruja.
Kakashi hanya ketawa kecil. "Ya, sangat sempurna" Dia bersetuju dengan temannya. Mereka makan sambil berbual kecil.
"Ibu bapa awak tentunya berbangga dengan awak" Kakashi menyatakan apabila Iruka membahaskan tentang kerjaya gurunya suatu ketika dahulu, kemudian menoleh apabila lelaki disebelahnya tegang tiba-tiba. "Awak okey?"
Iruka tidak mengangguk atau menggeleng. Matanya merenung kosong kakinya. "Saya tak tahu adakah mereka pernah berbangga dengan saya" Dia berkata dalam bisikan kecil, Kakashi hampir tidak mendengar.
"Kenapa? Apa maksud awak?" Kakashi menyapu tangannya membuang sisa-sisa roti ditangannya dan berganjak untuk duduk dekat dengan Iruka. Sambil menundukkan kepalanya dan menjenguk wajah Iruka.
"Saya sebenarnya dihalau keluar rumah oleh sesuatu perkara yang saya tidak buat" Iruka menoleh memandang Kakashi sepenuhnya. "Betul! saya tidak lakukan perkara itu" Lelaki gelap itu bersungguh-sungguh cuba meyakinkan Kakashi. Dia terpaksa menangkap tangan Iruka membawa ke pangkuannya. Lelaki itu hampir diserang panik lagi.
"Bertenang Iruka-"
"Saya betul! betul! tidak buat itu-" Kakashi yakin sedikit masa lagi lelaki yang lebih muda itu akan menangis.
"Hei, tak apa, saya percaya awak, bertenang-" dia cuba memujuk. Sambil tangan pucatnya menyelit rambut panjang yang terlepas dari ikatannya ke belakang telinga Iruka.
"Awak buat?" Iruka berkata seperti tidak percaya. Kakashi hanya tersenyum, walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku hanya, dia yakin apa pun perkara itu. Iruka tidak mungkin lakukannya. Lelaki ini terlalu baik untuk jiwanya. Dia tidak yakin bahawa lelaki di hadapannya sanggup melakukan sesuatu yang kejam.
"Saya buat, walaupun tiada siapa percayakan awak, Iruka. Yakinlah saya akan jadi satu-satunya yang percaya awak walaupun dunia ini menentang awak. Jadi-" Kakashi berjeda seketika "Apa yang berlaku sebenarnya?" Dia terpaksa bertanya. Dia melihat bahu Iruka semakin tegang di bawah sentuhannya dan lelaki itu semakin menunduk
Apabila dia mengangkat wajah untuk memandang Kakashi. Air matanya jatuh. "Mereka.... saya merogol pelajar saya"
Bersambung....
KAMU SEDANG MEMBACA
Like Bread and Coffee
FanfictionKetika mereka bertemu, roti dan kopi menjadi saksi mekarnya debunga kasih diantara hati yang sunyi dan jiwa yang kosong