Sudah lebih seminggu mereka di kampung Iruka, kampung itu tenang dan damai. Di sana terdapat sebatang sungai yang airnya sangat jernih dan sejuk di hujung kampung itu, tetapi nampaknya jarang dikunjungi kemungkinan penduduk kampung sudah jemu.
Kakashi perasan bahawa di setiap petang, Iruka akan turun ke sungai dan duduk di salah satu batu sambil kakinya tenggelam hingga ke lutut di dalam air.
"Hei-" Kakashi menegur lembut, Iruka tersenyum sambil menepuk ruang kosong di sisinya. Kakashi dengan senang hati mengambil tempat itu.
"Obito datang, dia mahu pulang ke Konoha dia juga bertanya sama ada kita mahu ikut bersamanya" Kakashi berkata lembut, menarik tangan Iruka ke dalam genggamannya.
Wajah ceria Iruka serta-merta berubah sedih, terus menunduk memandang air yang mengalir, sesekali terlihat anak-anak ikan naik ke permukaan.
"Kakashi-" Iruka berbisik "saya tak mahu pergi, saya tak mahu tinggalkan ibu bapa saya lagi" Iruka memandang dengan mata yang berkaca.
"Saya faham-" Walaupun terkilan, Kakashi cuba tersenyum. Jika dia di tempat Iruka, dia akan lakukan perkara yang sama.
"Tetapi saya juga tak mahu berpisah dengan awak-" Butiran jernih telah mengalir.
"Tidak Koibito, saya tak akan lepaskan awak" Kakashi mengusap air mata itu.
"Tapi awak akan pergi dan.. dan.. awak jauh.. awak mungkin akan lupakan saya"
"Saya tak akan lupakan awak" Kakashi menarik Iruka untuk bersandar padanya.
"Janji!"
"Bukan janji tetapi pasti!. Saya akan datang melawat awak nanti" Kakashi mencium atas kepala Iruka yang bersandar di bahunya.
Iruka diam sambil menjalinkan jari mereka dan mencium belakang tangan Kakashi sebelum membawa ke dalam pelukannya.
Mereka terus diam sambil menikmati kehadiran kasih sayang yang membalut mereka.
"Saya akan rindu awak" Bisik Iruka. Melingkari tangannya di sekeliling Kakashi. "Akan sangat rindukan awak-" Mengangkat wajah untuk menekan ciuman singkat di pipi Kakashi. "Berjanjilah untuk setia hanya kepada saya" Iruka semakin meringkuk di dalam pelukan Kakashi.
"Ya, Koibito" Balas Kakashi sambil bermain dengan rambut panjang Iruka.
"Kalau awak tipu, saya akan pastikan awak akan menjadi anak tiri saya" Ugut Iruka.
"Hei!" Kakashi menjerit geli. Tidak menyangka mendapat ugutan seperti itu. "Tidak mungkin!" Balas Kakashi "Tidak akan pernah!" Dia tidak dapat membayangkan melihat Iruka bermesra dengan bapanya.
"Kenapa tidak, ayah awak sangat hebat" Iruka tersengih main-main. Kemudian ketawa dengan pandangan ngeri yang dihantar Kakashi.
"Jadi saya tak hebat?"
"Tak!" Dia ketawa apabila Kakashi mencucuk sisinya. "Anata, berhenti! Saya geli!" Iruka menjerit ketawa dalam pelukan Kakashi.
Pergelutan dan ketawa geli berlaku sehingga kedua mereka tergelincir dari batu dan kedua-duanya berakhir di dalam air cetek.
Ketawa gagal berhenti kerana masing-masing cuba menenggelamkan diri masing-masing ke dalam air sehingga Iruka berakhir di atas Kakashi. Kedua-dua mereka basah kuyup dari hujung rambut dan hujung kaki.
KAMU SEDANG MEMBACA
Like Bread and Coffee
FanfictionKetika mereka bertemu, roti dan kopi menjadi saksi mekarnya debunga kasih diantara hati yang sunyi dan jiwa yang kosong