Ketika cahaya panas menerangi segenap ruang di kamar memaksa Kakashi meraup wajah kekesalan. 'Siapa yang buka langsir!' batinnya menjerit. Kerana hari cuti dia hanya ingin tidur lebih lama.
Tiba-tiba sahaja satu barisan senyuman manis terbayang di fikiran. Matanya terus terbuka luas, menoleh ke sisinya, tempat di mana Iruka tidur semalam.
Ruang sebelahnya kosong, Kakashi berdecit berfikir jika Iruka melarikan diri untuk pulang. Berharap lelaki itu tidak memarahinya kerana membawanya pulang tanpa persetujuan. Dia bangun sambil mengusut rambut. Meregang sebelum meninggalkan katil.
Ketika pintu bilik ditutup di belakangnya, dia mendengar suara ketawa dari ruang tamu. Dia sangat mengenali suara-suara itu.
Dia menuruni tangga, agak terkejut melihat Iruka dan bapanya sedang berbual mesra dan di tangan mereka masing-masing terdapat bungkusan barang dapur dan keperluan harian.
"Awak pergi mana?" Dia bertanya lebih kepada Iruka sebaik kakinya menjejaki anak tangga terakhir. Kedua lelaki lain kelihatan sedikit terkejut dengan teguran tiba-tiba.
"Oh! Kakashi-kun, selamat siang, nampaknya" Tegur Sakumo sambil merenung jam. Kakashi menyumpah dalam nafas. Dia fikir masih awal.
"Kenapa tak kejutkan saya-" Dia berkata malas lalu merosot ke sofa seperti kucing kekenyangan. Sakumo dan Iruka saling bertukar berpandangan.
"Itu anak saya, dia sangat malas kalau hari cuti" Usik Sakumo, Iruka tersenyum mengetahui fakta baru tentang Kakashi.
"Saya akan bawa ini ke dapur" Iruka berkata lembut sambil mengambil bungkusan bawaan Sakumo bersamanya. Hatake yang lebih tua itu memberikan senyuman terima kasih sebelum menyertai anaknya di atas sofa.
Pagi itu apabila Iruka bangun. Dia hampir diserang panik kerana tidak tahu di mana dia berada. Kemudian dia perasan Kakashi sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Dia bernafas lega.
Pada mulanya dia hanya berbaring diam tanpa bergerak menunggu untuk lelaki di sebelahnya bangun, tetapi nampaknya Kakashi tidak menunjukkan bahawa dia akan bangun pada jam terdekat. Jadi dia memberanikan diri untuk keluar mencari seseorang.
Apabila dia keluar dari bilik Kakashi, dia terkejut apabila Ayame menegurnya. Dia telah tertanya-tanya kenapa wanita itu sudah tidak membantu ayahnya membuka kedai, ternyata dia bekerja di sini.
Kemudian Sakumo muncul. Iruka hampir mahu melarikan diri melihat wajah garang lelaki yang hampir mirip Kakashi.
"Jadi awak kawan Kakashi yang Ayame katakan semalam, saya Sakumo, ayah Kakashi" Ternyata lelaki itu ramah dan wajahnya manis ketika tersenyum.
"Saya Iruka, Sakumo-san. Senang berkenalan dengan awak" Iruka sedikit menunduk tetapi terkejut apabila dibalas dengan pelukan.
"Kakashi jarang bawa kawannya pulang, dan awak mungkin yang pertama menginap di sini" Sakumo berkata sebaik pelukan dileraikan dan dia hampir dapat menangkap nada usikan lelaki itu. Iruka memerah tanpa dipaksa.
Kemudian selepas sarapan Sakumo mengajak keluar membeli beberapa barang keperluan mereka telah pergi hampir dua jam sebelum pulang dan bertemu Kakashi yang masih mengantuk menuruni tangga.
"Awak menculiknya sebelum saya sempat kenalkan dia kepada awak." Kakashi merungut sambil bersandar, matanya terpejam. Kemudian dia mendengar bapanya ketawa kecil.
"Saya suka dia, Iruka-kun lelaki yang baik" Serta merta mata Kakashi terbuka luas terus merenung bapanya. Adakah Hatake lebih tua itu tahu sesuatu. Kakashi menelan liur. "Saya bapa awak Kakashi, saya sangat mengenali awak"
"Awak tak marah?" Suara Kakashi kecil. Sakumo tersenyum.
"Pada mulanya apabila Ayame beritahu awak bawa pulang seorang lelaki saya agak kecewa kemudian apabila saya mengenalinya, dia lelaki yang baik malah Ayame mengenalinya dan berkata Iruka-kun adalah orang yang paling baik yang pernah dia kenal"
KAMU SEDANG MEMBACA
Like Bread and Coffee
FanfictionKetika mereka bertemu, roti dan kopi menjadi saksi mekarnya debunga kasih diantara hati yang sunyi dan jiwa yang kosong