4

77 13 3
                                    

Naruto mundar mandir di pejabatnya, pejabat itu sunyi kerana sedang waktu makan tengah hari. Dia menggigit bibir sambil merenung telefonnya berulang kali.

"Sasuke lagi?" Suara Shikamaru menegur. Naruto tidak berkata apa-apa dia benar-benar resah dan gelisah. Tanpa memandang pewaris Nara itu dia duduk semula ditempatnya yang bertentangan dengan Shikamaru.

"Saya sangat berharap dapat berjumpa dengannya. Sangat, sangat berharap" Naruto merungut dalam nafasnya.

"Oh itukah" Shikamaru mengeluh mengerti dengan perasaan sahabatnya itu. "Sudah sepuluh tahun, jika saya awak, saya sudah berputus asa" balasnya

"Kerana itulah, saya bukan awak, saya tak akan berputus asa dengannya. Walaupun seratus tahun sekalipun saya akan tetap cari dia dan bawa dia pulang" Naruto bersandar sambil melipat tangannya di belakang kepala.

"Jadi apa maklumat terbaru tentang dia?"

"Kali terakhir dia dilihat di Kirigakure. Entah kenapa dia seperti mengetahui saya menghantar orang mengejarnya dan dia hilang selepas itu tanpa jejak" Naruto mengeluh lagi

"Ada apa?" Sakura muncul bersama Ino dan Hinata.

"Ini Naruto, dia tidak pernah berhenti mencari abangnya" Shikamaru jelas malas untuk berkongsi tetapi dia tetap bersuara

"Saya kagum dengan awak Naruto" Sakura berseri-seri. "Jika saya orang yang awak cari saya akan gembira kerana ada seseorang tidak pernah berputus asa dengan saya" Sakura mengambil tempatnya begitu juga Hinata dan Ino

"Malangnya saya tidak pernah jumpanya. Sial! Sudah sepuluh tahun!" Geram Naruto

"Apa yang sepuluh tahun?" Suara yang tidak asing menegur mereka. Segera mereka berdiri menghormati majikan yang melintasi mereka.

"Kakashi-sama selamat siang" Sakura menegur ketua. Kakashi hanya tersenyum melihat masing-masing wajah pekerja wanita kemerahan.

"Apa yang sepuluh tahun?" Kakashi mengulangi soalannya sambil berdiri di dekat dengan Naruto.

"Ah.. saya telah mencari abang saya yang lari rumah sepuluh tahun lepas" Naruto mengarut lehernya sambil ketawa janggal.

Kakashi hanya mengangguk. Dia berpaling untuk melangkah sebelum kembali kepada Naruto. "Mahu saya tolong? Saya ada kenalan yang membuka agensi penyiasat persendirian" Tawar Kakashi. Mulut Naruto melopong dengan tawaran tiba-tiba ketuanya.

Dia tergagap-gagap "er.. tak mengapa saya tak mahu susahkan awak bos, lagi pula saya sudah ada seseorang yang membantu" Naruto menolak dengan sopan. Lagi sekali Kakashi mengangguk lalu tersenyum kemudian kembali ke pejabatnya, mereka dapat mendengar dia bersiul kecil.

Sakura dan Ino segera mendekati Naruto yang masih terpinga-pinga melihat ketua mereka, satu-satunya ketua mereka yang tersenyum lebar kepadanya. Umum mengetahui seorang Hatake Kakashi bukan seseorang yang mudah tersenyum atau bercakap.

Naruto berkelip-kelip memandang Sakura dan Ino yang mencuitnya. "Kenapa tolak pertolongan Kakashi-sama! Awak bodoh!" Sakura menjerit dalam bisikan.

"Ya! awak bodoh, Naruto!" Ino juga menambah. Naruto mendengus. Dia bukan sengaja menolaknya, hanya dia terganggu dengan kebaikan tiba-tiba ketuanya.

"Tetapi adakah awak perasan, angin bos hari ni sangat baik. Saya juga perasaan sekarang dia selalu membawa roti dan kopi yang sama setiap pagi. Sedangkan dia beberapa kali menolak roti yang sama saya cuba tawarkan kepadanya" Sakura berbisik

"Itu kerana awak cuba menggodanya" Shikamaru membidas hanya untuk mendapat jelingan daripada wanita itu.

___________

Like Bread and CoffeeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang