12

70 8 3
                                    

Kakashi mengetuk papan kekuncinya sambil terus fokus kepada kerjanya. Dia mahu menyelesaikan semua kerja sebelum hujung minggu kerana dia ingin bercuti beberapa hari.

Ketukan pintu menarik perhatiannya.

"Masuk" Laungnya langsung tidak mengangkat wajah.

"Saya bawakan kopi istimewa buat awak bos" Pembantunya berkata di muka pintu. Kakashi hanya mengangguk seperti biasa membiarkan wanita itu masuk meletakkan minumannya.

"Saya akan minum kemudian" Balas Kakashi langsung tidak memandang pembantunya yang meletakkan kopi di atas meja.

"Ada apa lagi?" Soal Kakashi apabila dia tidak merasakan sebarang pergerakan pembantunya untuk keluar, matanya tertumpu pada kertas kerjanya "saya sangat sibuk sekarang"

"Saya penat buatkan kopi untuk awak tetapi awak tak mahu minum" Suara itu langsung tidak kedengaran seperti pembantunya. Dia pantas mengangkat wajah.

"Iruka!" Dia hampir menjerit terkejut. Iruka ketawa kecil. Tanpa menunggu Kakashi bangun meninggalkan kerusinya terus ke arah Iruka, menarik lelaki itu ke dalam pelukan beruang.

"Oh, Tuhan! Ruka, saya rindukan awak!" Dia terus mencium wajah Iruka berkali-kali. Lelaki sawo matang itu hanya ketawa geli dengan serangan kekasihnya.

"Saya juga rindukan awak, Kashi. Tunggu-" Iruka melepaskan pelukan Kakashi dan mengorek begnya. Dua bungkus roti dikeluarkan. Barulah Kakashi sedar terdapat dua cawan kopi diatas mejanya. Dia terus ketawa geli lalu dia mengambil roti-roti itu dan meletakkan roti tersebut di sebelah cawan kopi.

Kakashi bertenggek di sudut meja lalu menarik Iruka rapat ke arah. Tangannya mengelilingi pinggul Iruka, menutup jurang antara mereka. "Awak buat apa kat sini?" Dia menyoal.

Muka Iruka yang tadinya cerah berubah cemberut. "Saya datang sebab nak jumpa awak tapi kalau awak tak sudi, tak mengapa saya boleh balik" Iruka cuba melarikan diri tetapi tangan Kakashi menghalangnya.

"Tidak! Saya nak jumpa awak, sangat. Cuma saya terkejut awak muncul tiba-tiba dan tak beritahu saya" Dia menyentuh dagu Iruka menarik wajah lelaki itu untuk memandangnya.

"Saya nak buat kejutan" Iruka kembali tersenyum sambil melingkari tangannya di sekeliling leher Kakashi. Jari jejarinya bermain di sekitar hujung rambut perak lelaki itu.

"Berapa hari awak disini?" Iruka mendongak seolah-olah jawapannya tertulis di atas. Kemudian dia. Mengangkat bahu.

"Saya belum dapat kerja lagi, jadi saya tak berfikir untuk pergi mana-mana" Dia tersengih main-main.

"Kerja? Jadi awak-"

"Ya, anata. Saya kini tinggal di Konoha, saya ada hubungi tuan rumah lama saya, dia cakap ada rumah kosong yang kebetulan penyewanya baru sahaja keluar beberapa hari lepas. Jadi selepas saya jumpa awak, saya akan pergi melihat rumah itu." Terang Iruka.

"Tak perlu"

"Haah! Hei, saya tak mahu tinggal di tepi jalan" Iruka merungut.

"Saya tak suruh awak tinggal di tepi jalan, Koibito. Awak tinggal dengan saya"

Mata Iruka membulat. Dia tergagap-gagap. "Saya.. tak mahu sudahkan awak. Lagi pula, apa bapa awak katakan nanti-"

Like Bread and CoffeeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang