Bab 11

172 4 0
                                    

"Papa Mansor bukan papa kandung Adreanna." Suaranya tenang, tapi kata-kata itu bagai halilintar yang menyambar hati aku. Dia menggenggam tangan aku lembut, menarik aku duduk di sisi katil sebelum dia ikut duduk di sebelah. Matanya memandang tepat ke arah aku, penuh kasih sayang, seolah-olah cuba memastikan aku bersedia untuk kebenaran yang akan dia sampaikan.

"Mummy kandung Ad... sakit. Sakit kronik. Blood cancer stage 4." Kedengaran suara dia sedikit bergetar, seperti menahan rasa sebak yang menyelubungi diri dia. "Papa Mansor kenal keluarga kandung Ad sebab... dia uncle Ad. Masa tu Ad baru umur sembilan tahun. Papa Mansor jumpa Ad tengah duduk di sebelah jasad mummy... yang dah tak bernyawa, dekat hospital." Genggaman tanggannya diperketat. Seolah dia sedang melawan segala emosi yang cuba untuk menguasai dirinya. Namun dia tetap mengukir senyuman tipis dibibirnya.

"Sebelum dia pergi dia ada pesan sesuatu dekat papa. Dia minta papa tolong jagakan Ad macam anak dia orang sendiri. Sebab mummy tahu papa dan mama tak boleh ada zuriat sendiri. Mama ada masalah kesihatan yang buatkan dia tak boleh mengandung. Tapi papa tak pernah kisah. Kasih sayang dia kepada mama tak pernah berkurang sikit pun sampai ke sekarang." Aku terpaku. Dada aku berombak, seolah-olah cuba menyerap maklumat yang dia lontarkan.

"Lepas tu?" Aku akhirnya bersuara perlahan, hampir berbisik. "Lepas arwah mummy pergi, papa dan mama, ambil Ad sebagai anak mereka. Sejak hari tu, mereka jaga Ad macam anak dari benih mereka sendiri. Tak pernah kurang kasih sayang. Tapi..." Dia diam, memalingkan wajahnya seketika

"Hubby mesti persoalkan mana pergi ayah kandung Ad selama ni." Dia tersenyum tawar kearah aku. Dia seperti dapat membaca fikiran aku sebegitu saja. "Daddy, dia dah lama menghilang. Sebelum mummy sakit lagi. Ad pernah dengar cerita... yang daddy ikut perempuan simpanan dia. Tinggalkan kami berdua macam tu saja. Papa Mansor marah, tapi... apa yang dia boleh buat? Takdir."

Hati aku pedih mendengar cerita itu. Tapi Adreanna? Wajah dia tetap tenang. Tiada air mata. Tiada rintihan. Cuma... kekuatan.

"Kau okay dengan semua ni?" Aku tanya, penuh ragu. Macam mana dia boleh sekuat ini?

Dia angguk perlahan. Senyumannya tidak goyah., masih mekar diwajahnya. "Ad okey. Ad dah belajar terima semuanya. Redha dengan takdir Allah. Papa dan mama jaga Ad dengan penuh kasih sayang. Bagi mereka, Ad bukan anak angkat—Ad anak mereka. Amanah arwah mummy dulu, mereka pegang sampai sekarang." Aku hanya mampu memandang, kagum dengan kekuatan dalam dirinya. Tapi satu soalan masih menghantui aku.

"Habis tu... macam mana papa yang boleh jadi wali kau masa kita nikah? Bukan dia tu..."

"Dia pak cik sebelah daddy. Basicly sah secara agama. Dia ayah angkat Ad yang memang betul, tapi dia juga ada talian darah yang sah dengan Ad. Dia pak cik dari sebelah daddy. Adik kandung dari daddy. Jadi dia sah jadi wali Ad masa kita akad nikah dulu."

Aku angguk perlahan. Sekarang aku faham. Banyak sangat perkara tentang dia yang baru aku tahu hari ini. Tapi aku tak boleh lari dari satu persoalan—adakah masih ada rahsia lain yang dia sembunyikan dari aku?

Aku melangkah seorang diri di tengah-tengah kesibukan bandar Maldives, bagaikan hanyut di dunia yang bukan milikku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melangkah seorang diri di tengah-tengah kesibukan bandar Maldives, bagaikan hanyut di dunia yang bukan milikku. Orang mungkin menganggap aku gila—berjalan tanpa tujuan jelas di tempat asing ini. Tapi aku tidak peduli. Aku ada misi yang jauh lebih penting.

Mata aku liar memerhati setiap sudut, mencari sesuatu yang hanya aku tahu. Orang ramai terus berlalu-lalang, wajah mereka kabur dalam perhatian aku yang tertumpu pada satu perkara. Langkah aku terus membawa aku ke sebuah lorong kecil, sempit, gelap, dan berbau busuk. Lorong itu seperti dunia lain—sepi, hanya aku dan dinding batu yang catnya mengelupas dan penuh calar.

Seperti tahu akan ketibaan aku disitu, dari kegelapan, sosok seorang lelaki sasa muncul dari celah pintu besi di antara dua bangunan. Wajahnya tidak ramah, matanya tajam seperti sedang mengukur aku.

"What have you gotten?" Tanpa berkata apa-apa, dia menyerahkan bungkusan kertas coklat ke arah aku.

Tangan aku pantas membukanya. Dalam bungkusan itu, ada beberapa keping gambar. Gambar-gambar itu membuat hati aku berdegup kencang.

"She had followed you from Malaysia," katanya dengan nada kasar, seperti menyampaikan peringatan.

Aku hanya mendengus kecil, sinis. "You have already done what I ordered you to do. Now go."

Lelaki itu tidak membantah, hanya melangkah pergi tanpa sepatah kata. Aku menyimpan bungkusan itu di dalam jaket kulit hitam aku dan melangkah pergi, tapi fikiran aku masih terperangkap pada gambar-gambar itu. Bayangan wajah yang aku kenal benar terukir di sana.

Setibanya di resort, langkahku perlahan memasuki bilik, tetapi apa yang aku lihat sebaik pintu terbuka... satu pemandangan yang benar-benar mengejutkan. Adreanna... memakai lingerie dress. Aku terhenti seketika, mata terfokus pada tubuhnya yang separa terdedah itu.

"Serius Adreanna, lingerie?" Aku melihat matanya yang besar, terpaku memandangku yang baru saja tiba di depan pintu bilik.

"Wh-what?"

"Are you trying to seduce me or what Mrs. Adreanna Liara?" Senyum nakalku terukir, aku melangkah mendekat, memperkecil jarak di antara kami berdua. Setapak demi setapak, akhirnya tubuhnya terpaksa bersandar pada dinding yang dingin, sementara aku menekan kedua tanganku di sisi kiri dan kanan kepalanya, menghalangnya dari lari.

"You can't run sugar cube." Wajahku tetap tersenyum penuh teka-teki, menikmati reaksi lucu darinya.

"Adreanna... Adreanna panaslah. Lagi pun... sayang baju ni, orang bagi tapi tak pakai." Aku ketawa kecil, menambahkan nada gurauan.

"Kau tahu tak baju ni diciptakan untuk apa?" Aku bertanya sambil menunggu reaksinya. Dia hanya menggelengkan kepala, wajahnya kelihatan betul-betul tidak tahu.

"Baju ni, diciptakan untuk... si suami 'ngap' isteri dia." Aku menggoda, dan wajah Adreanna terus merona merah. Dengan sepantas kilat, tubuh aku di dorong kasar dan dia berlari ke bilik air. Aku hanya mampu ketawa terbahak-bahak, tak mampu menahan geli hati melihat kelakuannya yang lucu itu.

"What a cute reaction of her." Namun, mata aku tiba-tiba tertancap pada skrin telefon Adreanna yang bercahaya. Entah kenapa, rasa ingin tahu lebih kuat daripada kewarasan aku. Perlahan-lahan, aku capai telefon itu dan mengakses masuk.

Ada mesej masuk dari nombor yang tidak berdaftar. Aku scroll sedikit, dan... jantung aku hampir gugur. Dan mata aku terus tertancap ke beberapa gambar terpampang di skrin. Gambar-gambar aku bersama Tanisha—kenangan lama yang aku sendiri hampir lupa. Tapi apa yang betul-betul mencuit hati aku adalah respon balasan Adreanna pada mesej itu.

"Akak... akak sakit ke? Atau akak tersalah hantar mesej ni?"

Aku tergelak kecil membaca jawapan sarkastiknya. Tapi itu belum habis. Ada lagi satu mesej di bawahnya:

"Sorry, your tactic not work on me, darling 😉."

Emoji mata mengeyit di akhir mesej itu benar-benar melengkapkan kecomelannya. Aku tak dapat menahan tawa kecil. Memang si kecil ni ada-ada saja cara dia nak menyindir. Nampaknya, Adreanna sengaja nak tambah minyak pada api. Tapi aku akui, pendekatannya berkesan. Tengok sajalah, nombor itu telah diblok oleh si pengirim. Mungkin dia 'koyak' dengan balasan pedas Adreanna.

Ah, lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Penat betul nak layan drama macam ni.

________________________________

Gaisek jangan lupa follow ig dan telegram channel Mira tau untuk new upadate. Link ada dekat profile wattpad Mira ye. Hehehehe...sayang korang semua. Muah 😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LOVE'S MELODY [OG]Where stories live. Discover now