"Cik. Bangun cik."
"Dah tiga hari cik tertidur kat sini. Saya tak dapat hubungi keluarga cik. Ada yang kata mereka dah berhijrah ke luar negara."
"Cik. Dah seminggu saya datang sini. Esok saya kena fly ke Manchester. Ada hal kerja sikit."Hampir sebulan aku terbaring di atas katil hospital. Seminggu lebih aku tak dengar luahan dari seorang lelaki yang sering memberi semangat kepada aku supaya sedar. Tetapi aku tidak dapat mengawal tubuh badanku. Tiba-tiba nafasku sesak dan aku ditarik oleh seseorang ke tempat yang gelap.
"Jangan tarik saya!"
"Cik! Jangan pergi!"
Aku kenal suara itu tetapi wajahnya tak dapat aku gambarkan. Hanya samar-samar dan lelaki itu memanggil aku ke arahnya.
"Cik! Sini! Ikut saya!"
Sesak di dada aku semakin menjadi-jadi. Akhirnya aku tersedar."Nurse. Nampak tak lelaki tu?"
"Ya cik. Lelaki mana ya?"
"Lelaki tu. Dia yang panggil saya--"
Kepala aku diserang kesakitan. Aku menjerit sambil memegang kepala aku.
"Argh!"
"Cik. Sabar kami akan bantu cik."
"Argh! Lelaki tu! Saya nak jumpa dia!"
"Cik sabar cik. Cik duduk di sini dulu."
Bahuku dicucuk jarum dan cecairnya membuatkan aku lali. Akhirnya aku tertidur."Helo. Aku balik Malaysia esok insyaAllah. Kenapa kau call aku?"
"Eh perempuan yang kau langgar tu dah sedar. Dia cari kau aku rasa."
"Serius? Aku try siapkan kerja hari ni. Kalau sempat esok pagi aku sampai Malaysia."
"Better kau cepat. Aku rasa keadaan dia memang tak stabil sangat. She needs you."
"Thanks bro. Kau tengok dia dulu. Apa-apa jadi call."
"Ok Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
I'll be back soon. Don't worry."Cik. Sila makan sikit. Dah dua hari cik tak makan."
"Saya nak jumpa lelaki tu!"
"Kejap ya cik. Saya cuba tanya abang tu.""Abang, kenal tak siapa yang cik ni dok cari?"
"Ouh dia kawan saya. Kejap lagi dia sampai Malaysia. Dia tengah ada kat Manchester."
"Okey. Cik pergi la cakap kat dia. Saya asyik kena sumpah ja asal cakap something dengan dia."
"Haha. Okey.""Cik. Kawan saya akan sampai kejap lagi. Cik makan la sikit."
"No! Where is he?"
"Dia dalam perjalanan. Apa kata cik sabar?"
"Sabar? No I want to know who is he!"
"He's on his way! Don't you get it?!"
"Assalamualaikum."
"Bro. She's waiting for you."
"Thanks bro. Boleh tak tinggal kami berdua kejap?"
"No hal bro. Apa-apa call aku nak pergi jumpa member jap."
"Alright.""Cik. Ingat saya tak?"
"Saya dapat mengecam suara awak jer. Awak siapa ah? Kenapa awak selalu datang melawat saya huh?"
"Ingat tak masa accident hari tu?"
"Ya saya tak dapat nak ingat sangat. Kenapa?"
"Saya yang--"
"Yang?"
"Saya punca kemalangan."
"What?"
"Masa tu saya--"
"No! Saya taknak dengar! You killed my fiancee!"
"Saya nak mintak maaf sangat--"
"Berambus! Keluar dan jangan kau datang lagi kat sini! Aku taknak tengok muka kau! Pembunuh!"
"Listen to me--"
"No! Shut up! Keluar!"
"Okay. I'll go."
Aku menangis teresak-esak. Aku tudak dapat menahan sebak di dada. Aku kehilangan orang yang aku cintai. Seminggu saja lagi sebelum kami sah diikatkan dengan talian pernikahan.