Bab 9

409 17 0
                                    

"Assalamualaikum. Ish mana semua orang ni. Kenapa rumah gelap?"
"Anas!"
"Dhiya? Mana awak?"
"Anas!" Dua orang lelaki bersenjatakan parang sedang mengacukan parang mereka kepada Dhiya.
"Lepaskan dia!"
"Dhiya mana Ummi?"
"Ummi tak tahu! Anas tolong saya!"
Anas membuka langkah silat dan belum sempat dia mula Ummi datang dengan membawa kek.
"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Anas Fakhri. Allah selamatkan kamu."
"Ya Allah! Apa Ummi ni? Buat prank melibatkan nyawa. Macam mana kalau betul terjadi."
"Ummi nak tengok kematangan kamu. Alhamdulillah anak Ummi dah besar." Ummi mengalirkan air mata.
"Ummi jangan menangis. Ummi terima kasih kerana melahirkan Anas. Anas bukan anak yang baik. Anas tak mampu nak balas segala jasa Ummi selama 27 tahun Anas hidup bawah tanggungan Ummi dan Abuya."
"Setiap detik waktu Ummi maafkan dosa kamu Anas."
"Malam ni kita pergi makan dekat luar. Kita bawa Dhiya sekali."
Dhiya seronok melihat keluarga yang sebahagia mereka. Dia masih tertanya-tanya di mana keluarganya berada.

"Ummi."
"Ya Dhiya."
"Ummi dah call keluarga Dhiya?"
"Allahu. Ummi lupa nak bagitahu. Hari tu Ummi ada suruh orang call. Diorang cakap keluarga Dhiya ada di Sydney."
"Alhamdulillah. Bila Dhiya boleh pergi melawat?"
"Nanti Ummi bincang dengan Anas."
"Terima kasih Ummi. Dhiya malu nak tinggal di sini lama-lama."
"Rumah ni rumah kamu juga Dhiya."
"Hehe Dhiya tumpang jer."
"Semua dah siap?"
"Dah Anas."
Ummi menolak aku keluar dari bilik. Tudung yang dililit Ummi cantik sekali. Pakaian itu dibeli Abuya kepada Ummi tetapi Ummi sudah tidak muat untuk memakainya.
"Bidadari dari mana ni?"
"Ish Anas ni. Biasa jer la saya."
"Anas. Kamu tolak Dhiya. Ummi nak naik ambilkan beg tangan Ummi."
"Okey Ummi."

"Dhiya. Wallahi awak cantik malam ni."
"Sebelum-sebelum ni?"
"Sebelum-sebelum ni tak cantik. Biasa jer. Tapi malam ni awak lagi cantik daripada apa nama penyanyi tu?"
"Siti Nurhaliza?"
"Tak. Ha! Beyonce. Haha!"
"Anas! Betul saya tak cantik."
"Taklah. Awak cantik di mata saya. Awaklah yang menghiasi taman indah dalam hati saya ni."
"Jiwang ceh! Sudah la. Angkat saya masuk dalam kereta."
"Eh bangun jalan sendiri. Haha!"
"Merepek dia ni!"
Anas mengangkat Dhiya dengan penuh hemah.
"Semua dah sedia? Jom kita gerak."
"Tunggu Ummi, Anas."
"Allahu lupa Ummi haha!"

Love Is CintaWhere stories live. Discover now