Kereta Anas dipandu dengan penuh hemah. Akhirnya mereka sampai ke sebuah restoran yang mewah.
"Okey dah sampai!"
"Ummi ambilkan kerusi roda Dhiya. Kamu tolong angkatkan dia Anas."
Anas keluar dari kereta dan datang ke bahagian belakang tempat duduk.
"Dhiya are you ready?"
"No--" Belum sempat Dhiya sambung ayatnya, Anas terlebih dahulu mengangkat Dhiya.
"Anas Fakhri!"
"Haha. Duduk diam-diam. Saya hempas atas tanah nanti."
"Letak baik-baik Anas. Kamu tolak dia boleh?"
"Okey Ummi."
Anas menolak kerusi roda Dhiya. Restoran itu sememangnya mewah. Reka bentuknya yang unik dan pelbagai jenis corak di dinding menarik minat orang ramai untuk makan di situ."Nak pesan apa?"
"Saya nak pesan--"
"Ya?"
"Saya nak pesan hati saya supaya cinta akan Dhiya."
"Dia yang mana ya Encik?"
"Allahu Akbar! Maaf anak makcik ni skema sikit."
"Haha."Usai makan mereka bersiar-siar di bawah cahaya lampu KLCC. Dhiya begitu teruja kerana dia belum pernah melawat ke situ.
"Ummi, cantikkan Dhiya?"
"Ummi faham perasaan kamu Anas. Ummi selalu pujuk hati Dhiya supaya terima kamu. Tapi hati dia keras."
"Anas nak dia jadi teman serumah Anas sampai bila-bila."
"Baguslah anak Ummi ada niat macam tu. Doa dekat Allah, minta Allah bukakan hati Dhiya."
"InsyaAllah Ummi."
"Dhiya!"
"Ya Ummi."
"Jom kita balik. Dah lewat malam ni."
"Baik Ummi."Sampai sahaja di rumah, Anas menolak kerusi roda Dhiya masuk ke dalam rumah.
"Anas."
"Yup."
"Betulkah awak ikhlas mencintai saya?"
"Haha. Itu saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata. Biarlah Allah dan saya sahaja yang tahu."
"Kalau saya tolak awak, awak nak buat apa?"
"Kalau awak tolak saya, saya jatuh. Saya dah besar jadi saya perlu bangkit semula dan kejar awak sampai dapat."
"Anas Fakhri. Saya--" Anas berhenti menolak kerusi roda Dhiya.
"Apa?"
"Saya rindu keluarga saya. Boleh tak awak hantar saya pulang ke sana?"
"Allahu Dhiya. Apa saja yang awak nak akan saya tunaikan."
"Bila?"
"Esok?"
"Serius?"
"Yes."
"Yeay! Anas! Saya sayang awak!"
"What?"
"Saya urm nothing!"
"I heard you just now. Ulang lagi sekali."
"Nothing."
