Anas keluar dari mahkamah dengan penuh rasa kekecewaan. Dia merasakan kesalahannya terlalu berat. Dipandangnya Ima buat kali terakhir.
"Anas Fakhri."
"Ummi. Maafkan Anas tak dapat jadi suami yang terbaik."
"Ummi faham Anas. Mungkin jodoh kamu setakat sini sahaja."
"Terima kasih kerana memahami Anas Ummi."
"Ummi yang lahirkan kamu. Perit melahirkan kamu itu biarlah Ummi sahaja yang rasakan. Ummi tak mahu anak Ummi rasa perit dalam kehidupannya."
Ummi memeluk Anas.3 tahun kemudian, Anas masih hidup seorang diri. Dia telah meluaskan perniagaannya sehingga ke Singapura dan Brunei. Anas pandang ke luar tingkap. Di situ dia dapat melihat menara KLCC. Dia mengimbau kembali kenangan bersama Dhiya ketika Dhiya masih berkerusi roda.
"Encik Anas."
"Eh. Ya?"
"Ada tetamu nak jumpa Encik Anas."
"Suruh dia masuk."
"Anas Fakhri." Anas kenal suara itu. Dia pusing ke belakang untuk melihat pemilik suara itu.
"Ima Syariza. Ima buat apa dekat sini?"
"Saja nak jumpa dengan abang erk Encik Anas."
"Ima buat apa lepas kita bercerai?"
"Saya balik ke pangkuan keluarga dan teruskan perniagaan ayah saya. Alhamdulillah hari ni saya dapat call daripada Encik Anas untuk menjadi rakan kongsi syarikat saya? Betul?"
"Ya betul Ima Syariza. Sila duduk. Ima dah lama abang tak--"
"Saya datang bukan untuk bincang hal keluarga."
"Ima. Abang minta maaf pasal kejadian hari tu. Abang tak berniat langsung nak ucapkan perkataan tu."
"Maaf saya ada banyak hal lagi di pejabat. Kalau Encik Anas masih nak berbincang tentang hal keluarga kita batalkan niat kita." Ima bangun dan berjalan ke arah pintu.
"Ima! I'm so sorry."
"It's too late Anas Fakhri." Ima menjawab tanpa melihat ke arah Anas.