Kakiku diletakkan besi di dalamnya agar tulang-tulangku bercantum semula. Semakin lama aku melihat kakiku semakin aku sedih. Barangkali aku akan mengambil masa lebih tiga bulan untuk berjalan semula. Hidup di hospital sungguh tidak menyeronokkan. Aku terpaksa dibantu orang lain dalam melakukan kerja harian. Pakaianku perlu ditukar dengan bantuan orang melainkan aku punya saudara mara. Tetapi mereka telah pergi ke luar negara atas dasar kerja. Aku tinggal seorang diri di Malaysia. Aku memilih untuk tidak mengikuti mereka kerana aku tidak suka budaya barat. Aku bukan jenis mudah terpengaruh tetapi aku tidak suka dengan kebebasan yang mereka miliki.
"Cik."
"Ya. Kau? Hey kau buat apa lagi kat sini ah?"
"Saya akan datang sampai cik maafkan saya."
"No. Mana mungkin seorang pembunuh mendapat kemaafan dengan senangnya."
"Sedangkan Nabi Muhammad memaafkan umatnya. Inikan kita pula manusia?"
"Kau tak payah nak buat ceramah perdana eh! Kau ingat aku tak belajar agama?"
"Saya hanya menasihati. Tak salah kita nak nasihat sesama umat."
Aku cuba untuk turun katil tetapi aku tersilap langkah. Akhirnya aku rebah jatuh ke atas lantai.
"Argh!"
"Cik!"
Lelaki itu mengangkat aku. Dia begitu prihatin terhadap aku sehinggakan dia sanggup datang melawat aku setiap hari.
"Cik degil sangat. Dah tak mampu tu mintak la tolong orang."
"Aku tak mampu aku nak cuba!"
"Cik kekadang tu kita kena la mintak tolong kalau taknak terima padah. Ha macam cik sekarang."
"Terima kasih!"
Aku diletaknya dengan penuh hemah di atas kerusi roda.
"Tu helmet awak ker?"
"Yes. Saya punya. Kenapa?"
"No. Saya teringat dekat arwah tunang saya. Dia ada helmet macam tu. Dia selalu naik motor besar. Haha."
"Hurm kebetulan saya memang naik motor besar pun sebab tu pakai helmet macam ni."
"Ouh really? Tapi tunang saya--"
"Cik Dhiya Hannani?"
"Ya saya."
"Esok cik dah boleh balik. Nanti boleh ambil ubat dekat doktor sebelum discharged. Okey?"
"Terima kasih.""Dhiya Hannani? Tu nama awak?"
"Tak mana ada. Nurse tu silap orang."
"Main-main hehe. Nama saya Anas Fakhri."
"Sorry I don't want to know you."
"You have to."
"Why? Dah la langgar orang lepas tu nak kenal-kenal pula."
"Kenapa memang salah eh? Kalau dah nama pembunuh kita memang tak boleh kenal dia?"
"Yes. Tu prinsip aku."
"Okay then. Terima kasih sebab belanja saya makan selama lebih sebulan jugak la."
"What? Bila pulak aku belanja?"
"Sepanjang awak koma hahaha!"