Bab 8

413 14 0
                                    

"Anas mari makan. Hari ni Dhiya masak sekali."
"Anas ada hal dekat pejabat." Anas berjalan ke arah pintu dengan pantas.
"Anas. Duduk sini. Tak baik kita tolak rezeki Allah beri. Lagipun apa perasaan Dhiya kalau kamu tak mahu makan masakan dia?"
"Tapi Ummi--"
"Anas Fakhri bin Abu Sufian. Come and sit here."
"Okey Ummi."
Anas berjalan tetapi langsung tidak memandang wajah Dhiya.
"Mana Abuya, Ummi?"
"Abuya dapat call dari Sydney pagi tadi. He went there this morning."
"Okey. Hari ni Anas balik lambat sikit."
"Jangan selalu sibukkan diri Anas. Anas lupa hari ni hari apa?"
"Hari apa?"
"Happy Birthday son."
"Allah! Macam mana Anas boleh lupa. Haha! Thank you Ummi."
Dhiya hanya duduk diam di situ.
"Orang tu taknak ucap apa-apa ker?"
"Huh? Apa?"
"Ucap la sesuatu." Anas senyum sehingga ke telinga.
"Happy birthday?"
"Ucap la panjang-panjang sikit untuk bakal suami."
"Happy birthday my soul."
"Haha! So awak setuju la nak kahwin dengan saya?"
"No."
"Ceh! Okey Ummi Anas pergi kerja dulu."

"Eh kenapa Dhiya menangis ni?"
"Ummi hari ni sepatutnya Dhiya berkahwin."
"Kita merancang tetapi Allah yang menentukannya. Dhiya rancang tapi Allah dah tentukan pemergian dia."
"Dhiya sedih Ummi. Kenapa bukan esok atau minggu depan atau bulan depan dia pergi Ummi?"
"Dhiya. Tak baik cakap begitu. Dhiya seolah-olah melawan takdir! Mengucap Dhiya!"
"Ummi Dhiya tak boleh terima semua ni."
"Bersyukurlah kamu masih punya kaki. Berapa ramai yang tiada kaki dan harapan untuk berjalan tu sememangnya tiada?"
"Ummi." Dhiya menangis dan Ummi bangun untuk memeluknya.
"Dhiya. Lupakan semua yang berlaku. Dhiya kena teruskan hidup."
"Dhiya tak boleh Ummi."
"You can do it Dhiya! Sampai bila Dhiya? Belajar terima hakikat. Redha!"
"I'll try Ummi."
"Dhiya. Kenapa tolak Anas? Apa kurangnya dia?"
"Dia tak kurang apa-apa pun Ummi. Tapi--"
"Tapi apa?"
"Setiap kali Dhiya nampak dia, Dhiya akan teringat arwah! Anas menyerupai arwah. Wataknya dan nakalnya."
"Baguslah kalau begitu. Mudah untuk Dhiya sayang akan Anas."
"Give me time Ummi."
"I'll wait for the answer."

Love Is CintaWhere stories live. Discover now