"Saya dah balik Malaysia dua tahun yang lalu. Saya balik lepas dapat tahu yang awak kahwin. Tu pun Nina yang bagitahu."
"Kenapa tak call saya?"
"Saya datang kenduri kahwin awak. I saw happiness in your eyes. Saya berhenti berharap. Saya tahu awak dah lupakan saya."
"No! Tak pernah langsung hati saya buang nama Dhiya Hannani."
"Saya datang dan Ummi nampak saya. Lepas tu saya terus lari masuk kereta."
"Saya datang sini bukan nak dengar cerita lama Dhiya. Saya nak awak tahu yang saya masih sayang akan awak."
Telefon Anas berdering. Anas cuba untuk membiarkan saja telefonnya berdering tetapi tidak selepas nama yang dipapar di skrin telefon adalah nama isterinya.
"Helo Ima."
"Abang, Aina. Sesak nafas!"
"What? Okey Ima ada dekat mana sekarang?"
"Ima ada atas ambulans ni."
"Okey dah sampai hospital mana bagitahu abang okey."
"Kenapa bro?"
"Umar, anak aku."
"Anak?"
"Yes, Dhiya. My daughter."
"Aku kena gerak sekarang. Umar jom."
"Anas."
"Ya?"
"Saya nak ikut."
Telefon Anas berdering lagi.
"Helo Ima."
"Abang Ima dah sampai. Abang datang Hospital Pantai sekarang."
"Okey Ima. Doa banyak-banyak anak kita selamat."Mereka sampai di Hospital Pantai. Ima sedang bersandar di dinding dan menangis teresak-esak.
"Ima."
"Abang." Ima memeluk Anas. Perbuatan mereka diperhatikan oleh Dhiya. Dhiya tahu mereka hidup bahagia.
"Mana Aina, Ima? Abang nak jumpa dia."
"Aina--"
"What?"
"She's gone!"
Anas terduduk di lantai hospital. Umar menenangkan dia. Segala kata-kata semangat tidak lagi dihiraukan Anas. Dia hanya memandang ke lantai hospital.
"Call Ummi. Tell her Ima."
"Ima dah call tadi sebelum abang sampai. Ummi kata Ummi datang kejap lagi."
Setitis air mata pun tidak mengalir di pipi Anas.
"Kenapa awak tak menangis Anas? She's your only child."
"Dhiya. Anak itu pinjaman dari Allah."