"Ummi ni la Dhiya Hannani."
"Look at her. She's beautiful."
"Ummi jangan puji nanti kena beli wheelchair baru. Takut terlebih kembang haha."
"Pergi tengok Abuya kamu. Mari Ummi bawa dia pusing.""Dhiya, anak Ummi ada dua orang. Seorang dah pergi menghadap Ilahi. Ummi ada Anas jer."
"Innalillah. Apa nama lagi seorang tu?"
"Arif Arman. Dia meninggal dunia sebulan yang lalu."
"Anas tak cerita pun dekat saya."
"Arif ada penyakit leukimia. Anas tak sempat jumpa arwah sebab terbabit dalam kemalangan. Anas mengambil masa lebih seminggu untuk lupakan Arif. Dia asyik keluar pergi ke hospital untuk melawat gadis yang dia langgar."
"Jadi Anas yang datang melawat saya setiap hari."
"Ouh kamulah gadis tu? Anas selalu cerita dekat Ummi tentang kamu."
"Dia cerita apa Ummi?"
"Dia kata kamu degil. Kamu selalu cari pasal dengan doktor dan nurse. Meraung tak mahu makan ubat. Betul ker?"
"Betul Ummi. Saya tak dapat terima hakikat yang saya kehilangan tunang saya."
"Dhiya. Ummi pernah kehilangan orang yang Ummi rapat. Kehilangan insan yang Ummi sendiri lahirkan. Ummi tak menangis hari yang Arif meninggal dunia tu. Bagi Ummi, anak ni pinjaman daripada Allah Taala. Bila tiba masa Dia nak ambil, kita kena terima. Dia lebih berhak atas sesuatu."
"Ummi. Kami dah rancang perkahwinan kami yang lagi semjnggu jer nak berlangsung. Dhiya tak dapat terima yang dia akan pergi sebelum kami sempat bersama." Aku menangis teresak-esak. Ummi memeluk aku erat.
"Ummi faham perasaan kamu, Dhiya. Ummi faham.""Ehem!" Sapaan itu mengejutkan kami berdua.
"Eh Anas! Buat apa kat situ?" Tanya Ummi kepada Anas.
"Anas dari tadi berdiri dekat sini Ummi. Anas dah dengar semua benda."
"Anas! Awak biar betul?"
"Korang tengah cakap pasal--"
"Pasal apa?"
"Pasal Anas yang kacak lagi bergaya ni. Haha!"
"Ya Allah anak Ummi ni. Bila nak ubah perangai kamu?"
"Bila Anas dapat kahwin dengan orang yang dah lama Anas tunggu."
"Dhiya ker?"
"What? No Ummi Dhiya tak akan terima dia sebagai suami!"
"Dhiya kalau jodoh tak ke mana."
"Betul tu Dhiya sayang."
"Euw!"
"Haha. Dhiya anak Ummi ni memang suka menyakat orang. Jom masuk. Mesti Dhiya tengah lapar kan?"
"Ya, Dhiya kempunan nak tumbuk orang. Nak sepak tak boleh. Tak mampu."
"Haha comel la kamu berdua ni. Ummi kahwinkan nanti."
"What? Taknak Ummi."
"Boleh jer Ummi. Senang Anas boleh dukung dia setiap hari haha!"
"Sudah makin merepek kalau kita layan si Anas ni."