< 13 • tujuh hari >

108 19 5
                                    

✩°:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
───────────────

:───────────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"like the stars."

✩°:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
───────────────

↻ ◁ II ▷ ↺
for you, chapter 12

[ Sabtu, 8:50 malam ]

SUDAH hampir seminggu.

Dan lukisannya masih belum siap.

Setelah berfikir sejenak, jejaka itu mengambil keputusan untuk duduk memandang langit di balkoni luar bilik, menatap ribuan bintang yang dideskripsikan sebagai seorang Hana Sofia.

Semangat yang tiba tiba menerjah minda.

Suasana yang tenang, dan sosok gadis indah yang menjelajahi minda kosongnya. Saat tiada manusia lain yang memandang langit kerana kesibukan, masih ada Luqman yang setia dengan buku lukisan yang diniatkan untuk melukis potret Hana, sahaja.

Buku lukisan khas untuk cintanya.

Ditafsirkan sekali lagi, kerana dia ikhlas dalam mengejar.

Walaupun hal melukis terlihat remeh di mata orang orang, atas alasan kerana ianya tidak melibatkan wang yang banyak, apalagi kerana lukisan cumalah sampah yang bakal dibuang apabila dakwatnya sudah hilang. Namun begitu, keperluan ikhlas dalam sesuatu perkara lebih menjadi keutamaan buat Luqman.

Bukannya dia tidak mampu membeli hal yang mahal.

Cuma dia ingin melihat siapa yang mampu untuk bersamanya saat dia cuma bisa melakukan hal murah.

Arang pensel yang digenggam erat mulai menyentuh helaian kertas, menghasilkan garis garis nipis sebagai permulaan untuk lukisan pada bahagian wajah. Luqman terlihat lebih fokus daripada biasa. Melukis semampunya, supaya Hana tidak kecewa.

"abangg!" suara Aisha memanggilnya dari luar, serentak dengan bunyi tombol pintu yang dipulas perlahan.

Baru sahaja Luqman ingin menoleh, Aisha sudah pun duduk di hadapannya. Datang dengan hanya menggunakan hoodie dan rambut yang dihurai malas.

"siapa ajar ni tak pakai tudung naik balkoni?" tanya Luqman tegas.

"ala malam kot, mana ada orang lalu."

"kalau ada? pakai. tutup rambut pakai hoodie." balas Luqman, menutup buku lukisan dan meletakkannya ke atas meja. Gelas yang terisi kopi diteguk sekali.

Forgotten | y.jw [RE]Where stories live. Discover now