✩°:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
───────────────"we're oceans apart."
✩°:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
───────────────"ASSALAMUALAIKUM papa," tapak kakinya mencecah masuk ke dalam rumah. Pergelangan tangan baju kemeja miliknya sempat dirapikan sedikit sebelum akhirnya dapat memeluk hangat sang ayah di hadapan.
"Assalamualaikum jugak mama," senyuman manis dia hadiahkan. Tangan tua renta sang ibu yang sudah banyak kedutnya dicium dan disalami dengan penuh kasih sayang.
"Waalaikummusalam, qim."
Luqman pasang wajah ceria, sambil mengatur langkah menuju ke ruang tamu bersama kedua syurganya.
Kawasan dalam rumah tersebut sudah banyak berubah, walaupun baru sahaja 2 tahun Luqman jarang pulang ke sana. Ya, dia memang balik pada setiap bulan. Tapi tidak selalu. Cuma apabila kerjanya sudah usai, sambutan hari raya, sambutan hari lahir atau sebagainya.
"mana aisha dengan aish, ma?"
"adik qim dua orang tu tengah beli air tadi, katanya nak sambut qim datang." ujar ibunya sambil ketawa kecil.
"apalagi si aisha tu, memang excited lah dia abang dia yang sorang ni datang haih..aish tu pulak dah makin pendiam. heran pulak mama tengok kembar dua orang tu tak padan dengan diri masing masing."
Luqman pamer gigi putihnya. Menekan tombol on pada telefon kerana ingin menunjukkan sesuatu kepada si ibu.
"mama, papa tengokla, qim menang award Penulis Pilihan Pembaca minggu lepas! Alhamdulillah, rezeki qim. berkat doa mama papa jugak, Allah dah mudahkan urusan qim."
Luqman tidak dapat menyorok rasa gembira dan terharu yang dirasakan kini. Dia akhirnya berjaya mencapai cita cita yang telah lama dia pendam. Walaupun dahulu, orang orang selalu berbicara buruk tentang impiannya yang disamakan dengan sampah.
"Alhamdulillah, hebat anak papa! buku qim mana satu yang paling laris?"
deg.
Susah.
Susah untuk menjawabnya. Luqman kaku di kerusi.
"ya. buku apa, qim? sambung si ibu.
Luqman buat riak wajah biasa. Seolah olah dia tidak pernah gelabah.
"oh...buku for you,"
Si ayah hanya mengangguk bangga. "apapun pencapaian qim, papa tetap bangga. qim berjaya ke, tidak ke, papa sentiasa tahu yang qim dah berusaha sebaik mungkin."
"betul tu. walaupun qim sekarang dah besar, dekat mata mama papa qim masih kecik lagi."
Luqman sentiasa mensyukuri hidupnya yang telah dikurniakan dengan keluarga kecil, keluarga saling memahami dan bahagia walaupun kadang kala ada juga pertelingkahan.
Luqman bersyukur atas segalanya yang telah dia lalui di muka bumi Allah yang suci ini. Dia masih diberikan kesihatan walaupun sebelum ini dia hampir tidak dapat meneruskan perjalanan.
Semuanya terjadi dengan doanya, dan doa mama papa. Tidak lupa juga Aisha dan Aish yang sentiasa menjadi penyemangat dirinya.
"haaa qim, lupa papa nak tanya.." si ayah senyum dengan mencurigakan.
"qim bila nak bawak balik bakal menantu? mama dengan papa ni harapkan qim je, kalau nak tunggu Aisha dengan Aish tu lambat lagi nak habis university nyee."
Si ibu turut tersenyum sekali, kedua duanya memandang Luqman, berharap bahawa anaknya punya jawapan 'ada'.
"hehe qim belum ada calon lagi...busy. tak sempat nak cari jodoh, tengah tunggu jodoh datang la ni. mana tahu readers forgotten ni ada yang berminat dengan qim kan? lepastu dia dm suria bagitau yang character fiksi ni greenflag HAHAHAHAH."
"cepat cepat la cari calon, papa dengan mama teringin sangat nak ada menantu. tak pandai masak pun takpe, nanti mama ajar. asalkan dia sopan santun, tahu hormat orang tua, hormat qim sendiri pun dah cukup. tak perlu sempurna, akhlak boleh dipupuk kemudian."
"Insyaa Allah. qim tak janji ye."
klak! klak!
Bunyi tapak kasut high heels menjengah kawasan rumah. Menarik perhatian tiga anak beranak tersebut untuk memandang ke arah pintu.
"ABANG LUQMANNNNNNNN!!!!!" Aisha tikam sahaja high heels hitam nya di luar pintu rumah. Setelah menyerahkan plastik air kepada kembar lelakinya, Aish. Laju kakinya berlari menuju ke arah Luqman yang telah mendepakan tangan.
"Ya Allah, abang !!! aisha rindu sangat dekat abang. aisha stress tahu tak tinggal dengan aish ni. dia asyik tak sekepala je dengan aisha, sikit sikit gaduh, sikit sikit marah. ish. lelaki memang tak boleh harap." Belum beberapa saat dia leraikan pelukan, terus sahaja Aisha meluahkan tidak puas hatinya kepada si abang.
"dah, sana kau sha. aku pun nak peluk abang! ni abang aku jugak bukan kau sorang je punya!" Aish tolak Aisha dengan lembut. Tapi si drama queen jatuh macam kena tolak dengan tong gas je.
"tengokkkk!!! aish tolak aishaa!" rungutnya.
Luqman hanya mempamerkan senyum, rindu sebenarnya dengan gelagat adiknya yang dua ini.
"anyways, adik ada beli airrr!! jom minum, abang!"
───────────────
a/n ;
kembar aish aisha ni idea last minute yee
nanti kita rewrite lepastu atur balik hehe
YOU ARE READING
Forgotten | y.jw [RE]
Romansa"and i will forever remain forgotten." - yang jungwon au.