✩°:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
───────────────"maybe im just not enough.."
✩°:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
───────────────HARUSNYA sejak dahulu Luqman telah berhenti, berhenti dari mencintai hal yang tidak pasti. Segala usahanya, telah dimusnahkan oleh masalahnya sendiri.
- melelahkan.
"aisya," panggilnya lembut. Melambai ke arah adik yang sedari tadi duduk sambil meraup wajah di sudut bilik. Gadis itu kelihatan kusut, rimas.
Dengan langkah lemah, Aisya mendekati Luqman yang jelas terlantar.
"abang kuat kan, aisya?"
Sunyi.
"tolong cakap abang kuat. abang letih, abang perlukan sokongan, aisya."
Masih sunyi.
Luqman akhirnya mengambil keputusan untuk diam, lelah menanggapi sakit diri yang semakin hari semakin melarat.
"abang pentingkan diri sendiri."
Jejaka itu menoleh sebagai reaksi apabila suara Aisya menerpa telinga. Wajah mulus adiknya telah dibasahi dengan air mata jernih yang turun tanpa noda.
"kenapa abang tak pernah bagitahu aisya yang abang sakit? abang memang sengaja je kan? sengaja tinggalkan aisya, tinggalkan mama, papa."
"aisya tahu abang penat, abang kerja part time, abang sibuk study lagi. tapi ni bukan caranya, abang. abang tak boleh sorokkan sakit macamni dengan kitorang semua. tengok, macam sekarang..taruhannya apa? taruhannya nyawa abang tahu tak? kalau operation esok tak berjaya, nanti aban-"
Bangkit daripada katil, Luqman terus mendepa luas kedua belah tangannya. Memeluk Aisya yang tersedu sedu dengan tangisan. Luqman juga sakit, tetapi selain Mama dan Hana, dia juga tidak mampu untuk melihat Aisya menangis.
"Insyaa Allah, operation tu akan berjaya."
"abang kan kuat. abang nak jumpa aisya lagi, nak belanja aisya komik banyak banyak, nak belikan aisya ice cream chocolate, nanti kita makan sekali dengan kak hana. aisya nak?"
Aisya mengangguk laju. Sambil menangis, sempat dia hidu wangian Luqman yang terasa menenangkan. Ya, Aisya sebenarnya tidak suka dilayan seperti budak budak. Kerana baginya dia sudah cukup dewasa.
Tapi lain halnya jika ada Luqman. Aisya sendiri tidak kisah jika abang selalu menganggapnya seperti kanak kanak berumur enam tahun. Malahan, dia suka. Dia suka dimanjakan seperti itu.
"nanti, abang nak bawak aisya pergi pantai. sebab tahun lepas abang tak pandai ambik gambar lagi, lepastu aisya merungut gambar tak aesthetic. kali ni abang dah pandai, nanti abang ambik gambar aisya banyak banyak..ya, cantik?"
"lepastu nanti kalau keputusan exam pertengahan tahun aisya baik, abang nak bawak aisya sekali dengan mama papa pergi jalan jalan. pergi mana mana je, asalkan aisya suka."
"abang sentiasa sayangkan aisya tau? aisya jangan sedih, nanti abang tak happy waktu operation."
Luqman dapat merasakan bahawa jiwanya turut sekali runtuh dengan kenyataan itu. Bahawa sesayang mana kita dengan seseorang, tali takdir tetap akan berjalan.
Air mata dilap dengan hujung baju bahagian lengan. Aisya memujuk hatinya sendiri, dengan yakin bahawa Luqman bakal baik baik saja. Dan semuanya akan kembali seperti sediakala.
"macam tu lah adik abang, kuat."
Jujur Luqman katakan, Aisya sebenarnya lebih banyak memendam kesakitan daripada dia. Aisya lebih banyak berdiam daripada menuturkan kata. Mungkin di sisi luaran Aisya terlihat matang, namun hanya Luqman yang tahu dan mendengar rintihan gadis itu tatkala hujan turun menghempas bumi sewaktu malam.
Kata Aisya, hanya hujan yang mampu untuk menyembunyikan suara tangisan manusia. Memang senja banyak menyimpan masalah, namun hujan lebih banyak menyimpan tangisan berupa darah.
"a-aisya..sayang abang tau? ab-abang kena kuat..nanti aisya b-bawak ab-abang jumpa kak hana l-lagi. aisya tak suka tengok abang d-dengan kak hana g-gaduh macam ni." tersedu sedu sahaja gadis itu menuturkan kata kata.
Luqman anggukkan sahaja segala penyataan Aisya, sambil jejaka itu mengusap kepala gadis kuat di hadapannya.
"abang nak mintak tolong aisya kali ni, boleh?"
"satu, tolong jangan nangis. abang tak suka tengok aisya nangis, abang lemah."
"dua, sebelum kita bertolak esok, tolong kirim surat ni dengan kak hana. cakap abang mintak maaf, dan abang sayang dia."
✩°:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
YOU ARE READING
Forgotten | y.jw [RE]
Romance"and i will forever remain forgotten." - yang jungwon au.