Phuwin dan Gemini turun dari kapal terbang selepas Gemini duduk sebulan di Jerman untuk menenangkan fikiran. Mereka kembali ke tempat lahir mereka, Thailand. Sudah bertahun mereka meninggalkan Thailand sebab sambung belajar di luar negara.
" Aku nak beli minuman. Kau nak ? " tanya Phuwin, memandang matahari yang tegak di atas kepalanya.
" Hm, boleh ! Aku tunggu kau dekat depan "
" Okay ! Kau nak minuman apa ? "
" Americano. Aku tak nak tertidur sebab banyak kita kena uruskan di sini untuk masuk universiti " Gemini bersuara sambil memandang sekeliling.
Phuwin mengangguk sahaja dan dia pergi dari situ untuk membeli minuman dekat café yang berhampiran airport.
Gemini berjalan sambil menarik luggage hitamnya. Tiba-tiba bahunya dilanggar perlahan membuatkan Gemini memandang siapa yang melanggarnya ?
Mata Gemini terpaku dekat satu tubuh yang seperti familiar untuknya. Macam pernah nampak tapi di mana ? Beg galas warna biru cair itu membuatkan dia teringat akan seseorang. Seseorang yang membina kenangan bersamanya di kapal terbang.
" Fourth ! " panggil Gemini dan seseorang itu yang memakai beg galas biru cair berpaling seperti mencari sesuatu. Betul tekaan Gemini yang itu adalah Fourth. Lelaki yang membuatkan jantungnya berdegup.
Gemini ingin berjalan ke arah Fourth tetapi terhalang bila ramai orang berjalan di situ. Gemini menyelit-nyelit dan tiba sahaja di tempat Fourth berdiri tadi, Fourth sudah tiada.
Gemini mengeluh kecewa bila tidak dapat menemui Fourth. Gemini terus berjalan ke arah kereta Mercedes yang menunggunya dengan Phuwin.
Melihat Gemini, driver itu membukakan pintu kereta untuk Gemini. Gemini masuk ke dalam kereta, menunggu Phuwin. Tidak lama kemudian, Phuwin muncul di situ dengan dua americano di tangannya.
Phuwin terus masuk ke dalam kereta, duduk sebelah Gemini.
" Nah ! " Phuwin bagi americano dekat Gemini.
Gemini mengambil americano itu dan meminum perlahan. Kereta mulai bergerak keluar dari kawasan sesak airport.
" Kau dapat masuk universiti apa ? " tanya Phuwin, melihat-lihat telefon.
" Chulalongkorn University " bagitahu Gemini, melihat telefon Phuwin.
" Eh ! Sama macam aku ! " Phuwin berkata dengan senyuman manis di mukanya.
Gemini tersenyum lebar bila mengetahui Phuwin satu universiti dengannya.
" Jom, kita ambil gambar " Phuwin menekan apps camera dan mengangkat telefonnya untuk mengambil gambar mereka berdua.
Mereka berdua melakukan tanda ' good hand ' dan...
Kachak !
YOU ARE READING
Strawberry And Cigarettes
Любовные романыPhuwin Tangsakyuen berjumpa dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai doktor pakar bedah. Mereka berjumpa di Jerman semasa musim luruh. Walaupun lelakinya baik tetapi Phuwin tidak menyukai lelaki itu yang pernah merosakkan makanan favourite nya, st...