Chapter 17

367 17 0
                                    

Pond melihat Phuwin yang tengah makan lunch.

" Kalau awak mahu menghilangkan gastrik, awak tidak boleh skip any meal. Awak kena makan setiap masa. Breakfast, lunch, tea time and dinner " kata Pond ringkas.

Phuwin menghela nafasnya, " Malas nak memasak. Malas nak keluar rumah " balas Phuwin selamba.

Pond hanya menggelengkan kepala sahaja melihat sikap Phuwin.

" Kau kerja apa ? Doktor bahagian apa ? " tanya Phuwin, menolak pinggan yang sudah licin.

" Doktor pakar bedah dan hospital tu sebenarnya aku punya " beritahu Pond dengan senyuman manis.

Phuwin hanya menganggukkan kepala sahaja.

" Sebenarnya, saya datang ke Jerman sebab hospital di Jerman mahu saya membedah seorang pesakit yang mempunyai penyakit paru-paru berair. Semasa saya ingin pergi ke hospital itu, saya terjumpa awak di pokok jadinya saya cuba menegur awak. Saya ingatkan awak mengenal saya tetapi muka awak seperti kebingungan melihat saya. Saya yakin mesti mae dan pho awak tidak bagitahu perkara yang kita akan dinikahkan " bagitahu Pond, mengoncang jus epal menggunakan straw.

Phuwin hanya diam sahaja.

Pond mengeluarkan sebatang rokok dan dia menyalakan puntung rokok. Dia menghembuskan asap di udara.

" Rokok tidak baik untuk kesihatan, doktor bodoh " kata Phuwin dengan nada sarkastik.

" Satu batang rokok setiap hari, tidak memberi kesan. Saya seorang doktor, jadinya saya tahu cara mengatasinya " balas Pond dengan selamba.

Phuwin memandang Pond dengan tajam. Dia menghirup jus strawberi yang dipesan tadi.

Tiba-tiba Pond dan Phuwin bertatapan. Mereka terdiam. Phuwin melihat Pond tengah hisap rokok manakala dia tengah minum air strawberi. Peristiwa di Jerman menerpa di fikirannya.

" Strawberry and cigarettes  " ucap Phuwin perlahan. Phuwin memandang bibir tebal Pond. Dia menelan salivanya bila dia masih mengingat rasa campuran strawberi dan rokok.

Pond memandang Phuwin dengan bingung bila Phuwin hanya diam memandangnya.

Pond menghembuskan asap rokok dan masa itu juga, Pond sedar yang Phuwin tengah sedut jus strawberi. Tiba-tiba dia seperti dapat membaca fikiran Phuwin.

Pond tersenyum sinis. Dia bangun dari duduk dan dia membungkukkan badannya ke hadapan. Wajahnya sungguh dekat dengan wajah Phuwin membuatkan hidung mereka berlaga.

" Strawberry and cigarettes right ? " ucap Pond dan dia mengucup perlahan bibir Phuwin.

Phuwin tersedar dan dia terus bangun dari duduk, " APA YANG KAU LAKUKAN ?! " teriak Phuwin, memegang bibirnya. Jantungnya berdegup kencang bila nampak Pond tengah tersenyum ke arahnya.

" Saya ingin menanyakan sesuatu dekat awak " kata Pond dan mencampak rokok di dalam tong sampah.

" Ap.. Apa dia ? " tanya Phuwin dalam keadaan gagap selama 0.5 saat.

" Apakah awak setuju bernikah dengan saya ? " tanya Pond, mengangkat keningnya.

Phuwin memandang Pond dengan tajam, " HELL NO  !! " bentak Phuwin dan dia ingin pergi dari situ.

Pond terus tarik tangan Phuwin dan dia menarik Phuwin masuk ke dalam tandas awam yang berada berdekatan dengan kedai makan itu.

Pond masuk ke dalam salah satu bilik mandi dan menolak badan Phuwin ke dinding. Pintu bilik tandas ditutup dan dikunci dengan rapat.

" Apa ? Apa yang kau nak buat ni ? " tanya Phuwin, menolak dada Pond. Dia tidak dapat melepaskan diri kerana Pond makin menghimpit dirinya.

Pond membuka kancing kemeja yang dipakai Phuwin membuatkan Phuwin kalut.

" Apa ni Pond ? Lepaskan aku ! " Phuwin menolak Pond. Dia cemas.

Pond melekapkan kedua tangan Phuwin di dinding tandas membuatkan Phuwin tidak boleh terlepas dari kukungan Pond.

" Pond, pond ! Lepas aku " Phuwin cuba merentap tangannya tetapi tidak boleh kerana Pond menggunakan seluruh kekuatan.

Pond terus menyelusupkan kepalanya di ceruk leher Phuwin. Pond terus menggigit leher Phuwin membuatkan Phuwin bergidik ngeri.

" OKAY OKAY OKAY !! AKU SETUJU AKAN BERNIKAH DENGAN KAU !!! " jerit Phuwin kuat.

Pond senyum dan melepaskan cengkamannya di tangan Phuwin.

Phuwin memandang Pond dengan tajam, " Kau sengaja kan ! "

" Apa ? Bukan salah saya pun. Mae dan pho awak yang menyuruh saya memujuk awak supaya awak setuju untuk bernikah dengan saya dan awak setuju, jadinya saya akan bagitahu mae dan pho awak "

" Tapi tidak perlu sampai melakukan begini dekat aku " Phuwin terus pergi ke cermin dan melihat lehernya. Ada gigitan kemerahan di situ. Phuwin berdecit kuat.

" Bila pernikahannya ? " tanya Phuwin tiba-tiba.

" Minggu depan "

" What the fuck ?!!!! Seriously?! " tanya Phuwin dengan terkejut.

Pond hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

" Saya kena masuk dulu. Nanti kita bincang okay ? "

Phuwin hanya menjeling Pond sahaja, " Dah ! Aku nak pulang ! " Phuwin terus pergi dan dia sengaja melanggar bahu tegap Pond dengan kuat.

Pond ketawa kecil melihat sikap Phuwin. Sungguh menghiburkan hatinya.

Pond memegang bibirnya yang sudah menyentuh leher Phuwin. Pond senyum dengan pipi yang memerah sampai ke telinga. Malu.

Strawberry And Cigarettes Where stories live. Discover now