Chapter 14

368 15 0
                                    

Pagi yang cerah dengan bunyi burung berkicauan dengan riang. Gemini pergi ke dapur dan menuang susu segar ke dalam cawan.

Gemini memandang tong sampah di dapur kondominum. Ada dua botol beer di dalam tong sampah. Sudah dua hari Phuwin meminum beer. Dia sudah menghalang Phuwin tapi Phuwin mengabaikan pesanannya.

Gemini melihat jam jarum di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 8:15 pagi. Kelasnya bermula pukul 8:30 pagi tetapi kelas Phuwin sudah bermula dari pukul 8:00 pagi. Mana Phuwin ?

Gemini berjalan ke arah bilik tidur Phuwin yang hanya bersebelahan dengan kamar tidurnya. Gemini terus buka pintu tanpa meminta izin.

" Phuwin " panggil Gemini bila nampak Phuwin berselubung dengan comforter.

Phuwin mengeluarkan kepalanya dan memandang Gemini.

" Aku tak pergi kelas. Perut aku sakit " beritahu Phuwin tentang alasannya tidak ke kelas.

" Gastrik ? "

" Dah tahu, tanya lagi " kata Phuwin sinis dan menjeling Gemini.

Gemini tersengih, " Kan aku dah cakap jangan minum, kau minum juga. Gastrik mana boleh makan benda pedas, masam, tak boleh minum kafein, soda dan beer. Tapi kau langgar larangan tu. Haa, kan dah kena gastrik. Dalam sebulan ni, macam lebih 10 kali gastrik kau kambuh " bebel Gemini.

" Mae aku pun tak pernah bebel macam ni dekat aku " sindir Phuwin, duduk di atas katil.

Gemini menepuk Phuwin dengan buku di tangannya.

Phuwin tergelak melihat wajah keruh Gemini, " Iya, iya, aku minta maaf sebab buatkan kau risau ! Maaf ! " ucap Phuwin dan bangun daripada duduk. Phuwin mengambil tuala.

" Lagipun kau tahu kan, minum adalah perkara yang paling bahagia untuk orang yang ada masalah. Minum, mabuk, tidur dan tiada mimpi. Itu adalah cara untuk aku menenangkan diri. Melupakan masalah " beritahu Phuwin, membuka baju.

" Dan bila bangun dari tidur, yang kau rasakan adalah kosong tetapi beberapa minit kemudian, kau akan kembali ingat masalah yang kau hadapi saat ini " sambung Gemini dengan nada datar.

Phuwin hanya menjeling sahaja.

" Aku nak pergi kelas " Gemini terus keluar daripada bilik Phuwin dan pergi ke kelas.

Phuwin masih berdiri terpaku di situ. Dia masih ingat kata-kata Gemini.

" Tetapi beberapa minit kemudian, kau akan kembali ingat masalah  yang kau hadapi saat ini "

FOURTH yang memakai pakaian uniform sekolah, berlari ke arah bus stop. Semasa Fourth lari, Fourth ternampak Gemini tengaj jalan sendirian.

Bibir Fourth mengukirkan senyuman melihat Gemini. Sudah sebulan berlalu dan sekarang ini dia kembali berjumpa dengan Gemini. Dia fikir, itulah kali pertama dan kali terakhir dia berjumpa dengan Gemini tetapi takdir berkata lain daripada fikirannya.

Semasa Fourth ingin berjalan ke arah Gemini, kakinya terhenti bila nampak seorang perempuan berbadan chubby, memakai cermin mata dan berkulit putih menegur Gemini.

Melihat Gemini dan perempuan itu berbual agak lama membuatkan Fourth tahu yang dia tidak boleh berjumpa dengan Gemini waktu sekarang ini. Fourth melihat jam tangannya dan matanya terbeliak besar. Pukul 8:25 pagi.

" Sial ! " umpat Fourth dan dia terus berlari dengan laju, mahu sampai ke bus stop. Dia terlambat bangun kerana kepenatan semalam. Dia melakukan homework sampai ke tengah malam. Pond sudah menyuruh dia tidur awal tetapi dia yang berkeras ingin menyiapkan homework. Tadi pagi juga, Pond membangunkannya dari tidur tetapi dia yang ingin kembali tidur. Jadinya, dia yang terbangun lambat. Nak salahkan Pond, tidak masuk akal sebab ini memang salah dirinya.

Fourth berlari dan tanpa disangka, dia terlanggar bahu Gemini dengan kuat membuatkan Gemini sedikit berpaling ke arahnya. Fourth yang terlanggar, segera menoleh dan masa itu, matanya bertatapan dengan mata Gemini.

Mata Gemini mengecil melihat wajah Fourth. Seperti pernah jumpa tapi di mana ? Dia tidak ingat.

Fourth terus pergi macam itu sahaja dengan jantung yang berdegup laju. Dalam 5 langkah ke bus stop, Fourth nampak bas sudah berjalan membuatkan Fourth terkejut.

" Arghh !!! " jerit Fourth dan dia berlari, mengejar bas tersebut. Kadangkala, Fourth akan berhenti berlari ketika dia sudah kepenatan tahap maksimum dan akan menyambung larian semula.

Fourth nampak bas itu berhenti di hadapan Gemini. Dan perempuan chubby itu sudah hilang entah ke mana. Mana perempuan itu pergi ? Fourth memandang sekeliling, mencari-cari tubuh perempuan itu.

Bila memandang semula ke arah Gemini, mata Fourth terbuntang bila pintu bas hampir tertutup.

" TUNGGU !!! " teriak Fourth dan dia menahan pintu bas itu.

" Naik cepat ! " pinta pemandu bas itu.

Fourth tersengih sambil menggaru rambutnya, canggung. Fourth berjalan masuk ke dalam bas dan mencari-cari tempat duduk yang kosong.

Ada dua tempat duduk yang kosong. Satu di tepi tingkap dan dua di sebelah Gemini. Hmmmmm...

Fourth dengan senyuman, duduk di sebelah Gemini membuatkan Gemini memandang Fourth.

Fourth memandang Gemini dan melambaikan tangannya separas dada.

" Hai ? " sapa Fourth bila melihat Gemini seperti kebingungan.

Fourth nampak cara Gemini memandangnya. Cara mata Gemini itu seperti berbisik dekat dirinya yang 'apakah kita pernah bertemu sebelum ini?'.

Gemini memgerutkan dahinya bila pelajar menengah menegurnya. Wajah yang sungguh familiar. Gemini mengjongketkan kedua bahunya dan memandang tingkap kembali.

" Gemini ? " tegur Fourth lagi.

Gemini memandang Fourth.

" Apakah kita pernah berjumpa sebelum ini ? Bagaimana kau tahu nama aku ? Apakah kita saling kenal ? "

Strawberry And Cigarettes Where stories live. Discover now