Gemini memandangi jam jarum di pergelangan tangannya. Pukul 2 petang. Pod dikeluarkan dari poket jeans dan dia menghisap pod itu. Asap dihembus, memenuhi dirinya.
Gemini memasuki 7-Eleven. Dia melihat-lihat air di situ yang ada pelbagai perisa. Akhirnya, dia memutuskan mengambil sebotol ice lemon yang dingin.
Gemini membawa ice lemon itu dan berjalan ke arah kaunter. Di kaunter, Gemini nampak seorang budak lelaki sekolah menengah tengah meletakkan sesuatu.
Macam kenal susuk tubuh itu. Gemini mempercepatkan langkahnya, ingin melihat siapa budak lelaki itu. Sampai sahaja di sebelah, mata Gemini bercahaya bila memandang Fourth di sebelahnya yang tengah membeli makanan ringan dengan soda dan ada beberapa roti.
" Fourth " panggil Gemini dengan senyuman manis.
Fourth pandang sebelah dan dia mengukir senyuman nipis, " Oh Gem. Hai ! " sapa Fourth hambar dan dia melihat-lihat gula-gula yang berada di dalam satu bekas yang panjang.
" Do you want this candy ? " tanya Gemini, menunjuk gula-gula yang dilihat Fourth.
Fourth terdiam sebentar dan menggelengkan kepala sahaja.
Gemini memandang wajah muram Fourth. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran Fourth sampaikan membuat perubahan dekat sikap Fourth. Apakah Fourth mempunyai masalah ?
Fourth menyerahkan duit dengan cashier perempuan itu dan bakian duit diambil. Beg plastik yang penuh makanan dan minuman itu, diangkat dan dia keluar daripada 7-Eleven tanpa mengucapkan sepatah kata dekat Gemini.
" Eh Fourth ! " Gemini memanggil Fourth tetapi Fourth tidak dengar kerana jarak mereka.
Gemini mengambil ice lemon itu dan membayar duit menggunakan duit yang bernilai besar. Bila cashier perempuan itu ingin memberikan baki duit, Gemini menghalang.
" It's okay. Simpan sahaja bakian itu " Gemini terus berlari keluar, ingin mengejar Fourth tapi langkahnya terhenti bila nampak sesuatu.
" FOURTH !!! " teriak Gemini membuatkan Fourth menghentikan langkahnya.
Fourth memandang Gemini yang tengah berlari ke arahnya dengan wajah yang berkerut.
" Kenapa Gem ? Ada masalah ke ? " tanya Fourth, datar.
" Aku sepatutnya tanya soalan tu dekat kau. Apakah kau punya masalah ? Wajah kau muram dan kelihatan sedih " kata Gemini, berjalan di sebelah Fourth yang seperti tidak bersemangat.
Fourth hanya mengukirkan senyuman hambar, " Hanya masalah kecil di sekolah sahaja "
" Masalah apa ? Kau gaduh dengan kawan-kawan kau ke ? "
" Bukan "
" Then ? "
Fourth menghela nafasnya, " Tadi di sekolah, keputusan exam sudah keluar dan aku paling drop di dalam kelas itu. Bagaimana ini ? " Fourth meluahkan masalahnya dekat Gemini. Dia menendang-nendang batu kerikil.
"Tidak mengapa Fourth. Ada banyak masa lagi kau boleh memperbaiki pelajaran kau. Aku yakin kau boleh melakukannya. Aku percaya " Gemini memberi kata-kata semangat dekat Fourth.
Fourth berhenti berjalan. Dia berdiri, menghadap Gemini.
Gemini memegang kedua tangan Fourth dengan erat, " Aku yakin kau boleh menaikkan markah kau dalam setiap pelajaran. Tidak mengapa kalau waktu sekarang ini kau drop. Kau sudah melakukan yang terbaik. Berusaha lagi okay ? " pujuk Gemini dengan senyuman lebar.
Fourth menggigit bibir bawahnya. Hatinya menangis gembira mendengar semangat yang Gemini memberikan kepadanya. Fourth hanya mengangguk sahaja.
" Okay, now, mana senyuman kau ? " tanya Gemini, mencari-cari senyuman Fourth yang hilang dalam beberapa minit lepas.
YOU ARE READING
Strawberry And Cigarettes
RomancePhuwin Tangsakyuen berjumpa dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai doktor pakar bedah. Mereka berjumpa di Jerman semasa musim luruh. Walaupun lelakinya baik tetapi Phuwin tidak menyukai lelaki itu yang pernah merosakkan makanan favourite nya, st...