Nak ke tak?

2.2K 24 1
                                    

Pia jalan mundar mandir depan pejabat HEP. Sesekali matanya mengerling jam di tangan kanan. Ada lagi lima minit sebelum tamat waktu kerja . Pia jenguk ke arah pintu kaca. Belum nampak kelibat cik Nita. Eh, Nita. Malam tadi Nita suruh panggil dia Nita je. Tak payah la nak cik bagai. Nita cakap dia geli Pia panggil dia cik.

Pia dah mula bosan tunggu Nita macam orang bodoh. Malam tadi Nita yang suruh dia terpacak depan pejabat HEP sharp pukul 5:30 petang. Ni dah lebih lima minit, bayang Nita pun Pia tak nampak.

"Pundek kau panas berapi!"

Pia melatah dan hampir melompat apabila bahunya ditepuk kuat dari belakang. Nita ketawa mengekek sambil sempat merakam video Pia melatah.

Pia toleh kiri kanan. Mujur tiada siapa di situ. Kalau tak, jatuh la reputasi Pia sebagai gadis cantik manis sopan dan ayu. Malu besar Pia kalau orang dengar dia melatah. Selama ni Pia cukup jaga penampilan dan tingkah lakunya.

"Jom, bilik meeting!" Nita tarik tangan Pia masuk ke dalam pejabat HEP, kemudian menolak pintu sebuah bilik kecil yang memuatkan sebuah meja bujur dan beberapa buah kerusi. Pia letak beg atas meja bujur dan menanggalkan cardigan hitam lalu disangkut ke atas kerusi. Tinggal baby T sahaja yang membalut tubuh kecil Pia. Nita telan liur melihat kulit Pia yang mulus dan putih. Dia pura pura menyelongkar handbag mencari lipstick dan juga cermin kecil.

"Kau nak tolong aku macam mana, kak?" Pia segan nak panggil nama Nita sahaja. Umur Nita 29 tahun, sedangkan Pia berumur 20 tahun. Jauh juga jarak umur mereka berdua. Pia masih ada rasa hormat pada Nita.

"Dua ribu tu banyak, dik. Kau takkan sempat nak cari dalam masa beberapa hari ni. Aku ikut arahan orang atas je. Kolej ni bukan aku punya pun. Kau ingat aku suka suka ke nak maki kau? Kau adorable dik... Aku jadi kesian. Sorry tau, maki maki kau macam kau takde maruah."

Pia sandarkan tubuh ke kerusi. Dia mengaku memang tak sempat pun dia nak adakan duit dua ribu tu. Memang sah la lagi seminggu lebih dia akan kena tendang dari kolej ni.

'Ahhh, berhenti je lah!'

Tapi Pia rasa macam rugi pulak dia blah macam tu je sebab dah dua tahun setengah dia belajar di sini. Tinggal lagi satu semester sebelum dia grad. Rugi la kalau dia blah sekarang! Blah sebab tak dapat bayar yuran pulak tu. Macam tak berbaloi je dua tahun setengah yang dia habiskan selama ni demi mendapat segulung ijazah. Mana tahu, lepas dia grad nanti dia dapat kerja bagus. Boleh la ubah nasib dia dengan mak. Mak pun dah tak payah nak niaga nasi lemak lagi.

No way! By hooked or by crooked, Pia kena jugak habiskan belajar! Rugi kalau dia mengalah sekarang.

"Ye la, kau nak tolong aku macam mana?"

Pia jadi bengang dengan Nita sebab cakap tak habis, tergantung gitu je.
Bagitau je la nak tolong macam mana. Bagi pinjam duit ke apa!

Nita angkat kening dan senyum nampakkan baris gigi yang putih dan elok tersusun. Sempat Pia puji dalam hati, Nita cantik sebenarnya. Kulit kuning langsat, pipi sedikit tembam sebab badan Nita kategori plump and curvy. Semalam tu sengaja Pia bayangkan muka dia macam anjing sebab Pia geram kena hina depan staff yang lain.

"Aku kerja kerani je, dik. Tapi kau tengok ni, ni, ni... Ni semua ori tau, dik!"

Nita tunjuk handbag LV, lipstick Dior, jam tangan swarovski dan kaca mata hitam jenama Gucci. Pia sekadar berdecit. Mana la dia tau nak bezakan benda ori dengan tiruan. Ini la kali pertama dia tengok yang ori. Kalau Nita tipu pun, dia tak boleh nak agak.

"Kau rasa, setakat gaji aku 1.8K boleh beli ke semua ni?"

Nita pegang tangan Pia yang sedari tadi berlari lari atas meja bujur seolah sedang menulis beberapa perkataan.

"Aku nampak satu je, dik. Kau nak dapat dua ribu dalam masa beberapa hari, kau kena jadi macam aku. Kau nak ke tak?"

Lagi la Pia menyirap. Nita masih lagi buat cerita tergantung. Dia baru nak jerkah Nita apabila telefonnya berbunyi nyaring. Satu nombor tak dikenali terpapar pada skrin.

"Hello..."

Wajah Pia berubah demi mendengar suara di sebelah sana. Dada dipegang dan diusap perlahan. Pia bingkas mencapai beg dan bangun sebelum menoleh kepada Nita.

"Kak, tolong aku. Bawa aku ke Hospital Shah Alam, mak aku..."

Nita bingkas bangun dan dalam tempoh kurang dari dua puluh minit, mereka berdua sudah berada di dalam kereta Axia Nita membelah kesesakan jalanraya menuju ke Hospital Shah Alam.

*

Pia patah patahkan jari berulang kali. Rasa macam nak turun je dari kereta yang dari tadi lagi bergerak sangat perlahan sebab kereta banyak. Nita pun sedaya upaya cuba cari jalan alternatif supaya mereka sampai lebih cepat. Tapi tu la, sekarang ni waktu puncak. Kereta memang bersusun la atas jalan. Pia bersyukur sebab Nita sudi nak bawa dia ke hospital. Kalau nak tunggu grab atau bas, sikap hari bulan malam baru Pia sampai hospital.

Kereta Axia Nita berhenti betul betul di hadapan wad kecemasan. Nita suruh Pia turun dulu sementara dia cari parking. Nita cakap nanti dia akan teman Pia jumpa mak.

'Mak sakit apa? Sebelum ni mak cuma tak larat bangun sebab demam panas. Jangan la sakit teruk, mak. Pia ada mak sorang je. Pia nak mak ada dengan Pia sampai bila bila.'

Sebaik tiba di kaunter, Pia kesat airmata
dan sebut nama mak kepada lelaki yang sedang menulis sesuatu di atas kertas.

"Puan Rosiah dah masuk wad. Sekarang waktu melawat dah habis. Cik datang esok je, waktu melawat pukul 12:30 tengah hari sampai 2:30 petang dan jam 4:30 petang hingga 7:00 malam."

Pia naik angin mendengar kata kata petugas di kaunter itu. Takkan dia tak boleh nak fikir, yang kat dalam tu mak. Pia ni anak. Mesti la Pia nak jumpa mak untuk tahu keadaan mak macam mana. Pia cuba berunding, namun lelaki itu hanya menggeleng.

"Encik, saya nak jumpa mak saya. Kalau jadi apa apa pada mak, encik nak tanggung ke? Kalau mak saya mati, macam mana?"

Lelaki itu melambai ke arah seorang jururawat yang berada hampir dengan kaunter. Mereka bercakap perlahan sambil sesekali memandang ke arah Pia.  Pia pejam mata dan mulutnya kumat kamit berdoa agar jururawat itu lembut hati untuk membenarkan dia jumpa mak.

Tak lama kemudian, jururawat separuh baya itu melambai ke arah Pia dan bawa Pia masuk ke dalam wad mak. Pia ikut sahaja jururawat itu sambil melafaz syukur di dalam hati atas ihsan jururawat itu.

Nampak saja mak terbaring atas katil, Pia terus berlari dan peluk mak kuat kuat. Pia pegang pipi mak yang pucat. Mata mak yang terpejam rapat, Pia cium. Laju airmata Pia mengalir bila tengok mak terlantar macam tu kat atas katil. Muka mak nampak macam penat sangat. Nafas pun tersekat sekat.

"Mak..." Pia mengusap jari telunjuknya pada pipi nak dengan penuh kasih sayang.

"Mak, bangun la. Ni Pia datang, buka la mata mak..."

Mata mak masih terpejam rapat.

SEBENARNYA, AKU JALANG!Where stories live. Discover now